Tumbesaran kanak-kanak adalah suatu perkara yang sangat diraikan oleh ibu bapa. Daripada berat badan, ketinggian atau pelbagai lagi aspek perkembangan anak, mereka sangat teruja untuk melihatnya. Begitu juga dengan aspek pergerakan anak mereka. Daripada mengiring, meniarap, mengesot, merangkak, duduk, berdiri sehinggalah berjalan, ibu bapa perlu sentiasa ada untuk membantu anak anda.
Kebiasaannya, kanak-kanak akan mula mampu berjalan sekitar umur mereka 1 tahun atau lebih bergantung kepada keupayaan fizikal mereka. Sebagai ibu bapa, anda perlulah memainkan peranan dan menjadi cikgu yang baik untuk melatih mereka belajar berjalan dengan betul dan selamat. Berikut merupakan 7 tip yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membantu anak anda belajar berjalan.
1. Jangan memaksa anak anda berjalan
Anda perlu tahu bahawa perkembangan kanak-kanak itu berbeza mengikut kemampuan mereka. Oleh itu, jangan membanding-bandingkan anak anda dengan anak individu lain yang sudah mampu berjalan meskipun sama usianya. Paling penting, jangan memaksa anak anda untuk berjalan selagi mereka belum bersedia untuknya. Keyakinan mereka akan jatuh merudum sekiranya mereka dapat mengesan yang anda hampa dengan mereka.
2. Berikan mereka ruang untuk praktis
Anak anda memerlukan ruang dan peluang yang secukupnya untuk praktis dan memperbaiki kemahiran berjalan mereka. Apa yang anda boleh lakukan untuk menyediakan kesempatan itu adalah dengan membawa mereka ke taman permainan atau mana-mana tempat yang menarik dan biarkan mereka sendiri menerokai kawasan tersebut dengan berjalan perlahan-lahan. Namun, anda diingatkan untuk sentiasa mengawasi pergerakan mereka.
3. Berikan galakan dan dorongan kepada mereka
Kadangkala, kanak-kanak akan mudah putus asa atau menangis setiap kali mereka gagal melakukan sesuatu termasuklah cubaan untuk berjalan. Jika ini berlaku, jangan sesekali memarahi mereka. Sebaliknya berikan sokongan dan berikan semangat kepada mereka untuk cuba berjalan perlahan-lahan sehingga berjaya.
4. Pastikan keselamatan mereka terjamin
Ads
Kanak-kanak masih belum dapat membezakan apa yang bahaya dan apa yang selamat untuk mereka cuba. Ketika mereka sedang dalam proses belajar berjalan, pastikan di sekeliling mereka tidak terdapat sebarang objek yang berbahaya dan boleh mendatangkan bahaya kepada mereka seperti guli, mainan kecil, alatan tajam ataupun perabot berbucu yang terdapat di ruang tamu rumah anda.
5. Lakukan aktiviti yang menyeronokkan
Sebagai ibu bapa, anda disarankan untuk tidak memberikan tekanan kepada anak anda ketika mengajar mereka berjalan. Sebaliknya, anda boleh lakukan aktiviti yang menarik seperti berjalan bersama haiwan peliharaan anda. Ini kerana aktiviti yang menarik dapat membuat mereka rasa teruja dan lebih relaks untuk belajar sesuatu pergerakan yang baru.
6. Biarkan mereka bermain di luar rumah
Kadangkala, belajar berjalan di rumah sahaja boleh mendatang kebosanan kepada anak anda. Oleh itu, ambil inisiatif dengan membawa mereka keluar ke taman permainan atau padang rekreasi yang selamat untuk anak anda. Mereka akan berasa lebih seronok dan selamat lebih-lebih lagi jika anda berjalan bersama-sama mereka dengan perlahan-lahan.
7. Lakukan praktis secara berperingkat
Tidak semua perkara perlu digesa termasuklah kemampuan anak anda untuk berjalan. Jangan sesekali menganggap sekali latihan sahaja sudah mencukup untuk mereka berjalan sendiri kelak. Sebaliknya, beri peluang untuk anak anda melakukan praktis secara berperingkat. Satu persatu langkah anak anda sebenarnya akan membuahkan hasil yang bagus juga akhirnya.
Adakah anda perlu risau jika anak anda lambat berjalan?
Menurut ‘Red Flags of Development’, ada petanda yang perlu menjadi ukuran seseorang kanak-kanak itu lambat berjalan. Berikut merupakan petandanya:
12 bulan: masih belum boleh berdiri dengan sokongan
18 bulan: masih belum boleh berjalan sendiri tanpa sokongan
24 bulan: masih belum stabil semasa berjalan
Ads
Sekiranya anda mendapati bahawa terdapat petanda ini pada anak anda, segera bawa mereka berjumpa dengan pakar pediatrik untuk mendapatkan khidmat nasihat atau rawatan doktor.
Biasanya tengok ibu bapa yang ada anak lebih dari tiga orang, perkataan pertama keluar dari mulut, “Ramainya anak dia”.
Tapi kita tak sedar kata-kata itu boleh mengundang rasa tak senang ibu bapa tersebut. Bagaimanapun lain pula dengan instafamous, Irene Nadia yang bangga mempunyai anak ramai kerana setiap dari mereka ada rezeki masing-masing.
Ibu selalu ucap syukur dalam hati, Allah bagi kemudahan untuk ibu dan ayah, dengan kehadiran cahaya mata no 4 .
Bagi sesetengah orang mungkin fikir ramainya anak. Dekat-dekat pulak tu. Tapi itulah, orang luar bukan berada di situasi kita, bukan orang luar yang menjaga makan pakai keluarga kita. Allah bagi rezeki anak ramai pastilah ada sebabnya kan, janji jangan terikut-ikut dengan life orang lain, antara mampu handle ataupun tidak je.
Kalau rasa tak mampu, janganlah paksa diri. Pernah dengar tak ayat, bila kita dengar berita orang lain mengandung, kita doakan kebaikan untuk dia, bukan kata yang sebaliknya sebab doa-doa inilah yang akan berbalik pada kita sendiri dan future kita pun tak pasti lagi apa akan terjadi.
Tapi anak ramai ni memang meriah sekaligus mengajar kita menjadi seorang ibu ayah yang hari-hari cuba improve menjadi yang terbaik untuk didik anak-anak.
Sampai terdetik, kenapa Hud ni baik sangat. Since dalam pantang memang itulah perangainya behave, nangis pun jarang. Asal kenyang susu, mandi, tidur, golek-golek depan tv, kena tinggal sorang-sorang, dia boleh happy macam tu je.
Sumber: Ig Irine Nadia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masuk usia 3 tahun, memang kelasakan anak akan meningkat 2 kali ganda. Berlari, melompat, memanjat dan berguling tu dah jadi lumrah hidup dia. Sabar je la…
Anak sebenarnya sedang nak penuhi milestone perkembangan dia, Bukan saja-saja nak melasak! Pada usia 3 tahun ini yang patut anak dah capai.
– Dia dah pandai seimbangkan badan. Boleh jalan lurus, ke belakang, ke sisi dan melompat.
– Dia patut dah pandai basuh tangan sendiri, buka dan pakai baju dengan sedikit bantuan, kayuh basikal roda tiga dan pegang sudu atau pensil.
– Masa ni juga anak patut dah boleh untuk ikut giliran, tunggu giliran dan berkongsi. Walau dia tak suka tapi dia boleh akur.
– Dah boleh faham sedikit tentang emosi. Marah, sedih, frust, geram dan sebagainya. Paling bagus bila anak sendiri boleh sebut, “saya marah”
– Boleh kawal diri bila rasa kecewa. Sebab ni dia melasak untuk tingkatkan daya tahan fizikal, emosi dan mental yang kuat.
– Ada anak dah boleh kenal dan hafal setiap huruf dan nombor. Ada juga yang bertatih-tatih lagi, itu pun okey sihat milestone.
– Dah boleh beza warna dan bentuk. Makin banyak dia bermain, makin tinggi awareness warna dan bentuk dia.
Jadinya ibu ayah, usahlah marah bila anak melasak ya sebab mereka sedang gigih nak membesar tu.
1 – 2 tahun fasa untuk bermain lagi, tapi masuk usia 3 tahun itu fasa untuk membesar dah. Patut marah bila dah umur 3 tahun,
– anak masih susah nak bercakap
– anak masih tak pandai seimbang badan
– anak masih takut-takut nak bermain
– anak masih tantrum yang agresif
– anak masih tak faham arahan mudah
Ini bahaya, itu petanda milestone perkembangan dia tak berapa cantik.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan pelawak wanita berbakat, Jihan Musa dan suaminya Ungku Hariz? Kedua-dua artis berbakat ini telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ungku Arsalan Haq yang dilahirkan dengar berat 3.85 kg pada bulan Januari tahun lalu.
Ketika ditemui semasa sesi penggambaran rancangan TV Pa&Ma, team kami sempat bertanyakan tentang karakter anak sulung mereka itu. Ditanyakan tentang tabiat comel anaknya yang dipanggil Baby Ninja itu, Jihan memberitahu yang Arsalan suka mengenyitkan mata apabila diminta. “Bila kita cakap blink your eyes, nanti dia akan kenyit mata. Dua-dua belah pula tu,” kata Jihan sambil tertawa.
Kami tanyakan pula apa persamaan karakter Jihan dan Arsalan. Menurut Ku Hariz, tidak boleh berjanji dengan kedua-dua mereka. Pasti akan dituntut sehingga janji dilaksanakan. Turut menambah, Ku Hariz dan Jihan tidak memanjakan anak mereka dengan kemewahan, tetapi setiap keperluannya akan dibeli untuk Arsalan. “Belikan ya, tapi mewah tidak,“ kata Ku Hariz. Kata Jihan pula, anak mereka masih kecil untuk tahu tentang jenama mewah.
Memandangkan Jihan mengandung Arsalan ketika sibuk menjalani penggambaran di Jepun, kami tanyakan jika Arsalan sukakan makanan negara itu. “Belum pernah kami cuba bagi dia makan. Pulut pun tak pernah kami bagi,” terang Ku Hariz. Pun begitu, kata Jihan anak mereka itu gemarkan sup ayam.
Ditanyakan tentang siapa yang akan pujuk jika Arsalan merajuk, mereka sepakat mengatakan Ku Hariz. Penyayang Ku Hariz ni rupanya! Sempat juga suami Jihan ini memeberitahu, anak mereka akan merengek jika berada di tempat yang panas.
Semasa kami menjalankan sesi temu ramah ini, jelas kelihatan Ku Hariz seorang suami dan bapa yang bertanggung jawab dan menyayangi keluarganya. Pa&Ma mendoakan agar mereka sekeluarga sentiasa berbahagia dan dikurniakan lebih banyak rezeki selepas ini.
Saksikan pasangan Jihan Muse & Ungku Hariz dalam Pa&Ma Musim kelima dengan kupasan topik episod ke-6 ‘Mula Jaga Mulut & Gigi Anak Dari Kecil’ pada 7 Ogos 2019, Rabu jam 9 malam di saluran Astro Prima (ch 105), Prima HD (ch 121) dan Astro Go (apps).
#pamatv
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengacara yang cukup terkenal dengan bait-bait puitis, Fedtri Yahya meluahkan rasa bangga namun sedikit hiba terpaksa melepaskan anak sulungnya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh.