Anak Dah Tertidur Tapi Belum Sendawa, Boleh Ke? Ini Jawapan Konsultan Tangisan & Tidur Bayi

Share

Percaya atau tak, ada ibubapa baru atau ibubapa yang miliki anak newborn 0-3 bulan yang sampai naik stress melayan bab sendawa ni tau.

Ada yang nak sampai sejam tepuk anak , tak juga dengar bunyi sendawanya. Anak pun dah siap tertidur di bahu.

Nak kejut, takut sangat anak mengamuk. Tak kejut, orang keliling takut-takutkan nanti anak kembung lah, tak lena lah, jeluak lah.

Bila kejut, jadi berjam-jam pula nak tenangkan dan tidurkan semula.

Bagi mama papa yang buntu, ini penjelasan daripada Konsultan Tangisan & Tidur Bayi PERTAMA Malaysia, Puan Uswatun.

1️. Gas terhasil dalam badan bayi menerusi tindakan pencernaan susu. Maka gas dihasilkan setiap masa kerana anak menyusu juga sepanjang masa. Mendakwa anak jadi kembung SEMATA-MATA akibat tak disendawakan adalah tak benar bila gas itu sendiri non stop di hasilkan, tak kisah samada sebelum, semasa atau selepas bayi menyusu, ketika berjaga atau tidur

2️. Yes gas boleh sebabkan bayi tak lena JIKA ternyata ada gas yang ganggu bayi. Tapi kalau bayi jelas tunjuk dia selesa menerusi aksi telah pun terlelap dan tenang happy saja, bagaimana nak kata ada gas sedang ganggu bayi?

3️. Jeluak akan SENTIASA terjadi samada bayi disendawakan atau tak, baring atau di dukung , berjaga atau tidur. Kenapa? kerana PUNCA jeluak adalah akibat gelung LES di bawah perut bayi newborn yang tak matang maka kurang berkesan jalankan tugas tahan isi perut bayi dari naik ke atas semula. Itu punca jeluak. bukan sebab tak sendawa

Mari pandai dan tenang jaga anak dengan ilmu.

Kredit: Baby Language

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa