Siapa yang tidak kenal dengan pelawak wanita berbakat, Jihan Musa dan suaminya Ungku Hariz? Kedua-dua artis berbakat ini telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ungku Arsalan Haq yang dilahirkan dengar berat 3.85 kg pada bulan Januari tahun lalu.
Ketika ditemui semasa sesi penggambaran rancangan TV Pa&Ma, team kami sempat bertanyakan tentang karakter anak sulung mereka itu. Ditanyakan tentang tabiat comel anaknya yang dipanggil Baby Ninja itu, Jihan memberitahu yang Arsalan suka mengenyitkan mata apabila diminta. “Bila kita cakap blink your eyes, nanti dia akan kenyit mata. Dua-dua belah pula tu,” kata Jihan sambil tertawa.
Kami tanyakan pula apa persamaan karakter Jihan dan Arsalan. Menurut Ku Hariz, tidak boleh berjanji dengan kedua-dua mereka. Pasti akan dituntut sehingga janji dilaksanakan. Turut menambah, Ku Hariz dan Jihan tidak memanjakan anak mereka dengan kemewahan, tetapi setiap keperluannya akan dibeli untuk Arsalan. “Belikan ya, tapi mewah tidak,“ kata Ku Hariz. Kata Jihan pula, anak mereka masih kecil untuk tahu tentang jenama mewah.
Ads
Memandangkan Jihan mengandung Arsalan ketika sibuk menjalani penggambaran di Jepun, kami tanyakan jika Arsalan sukakan makanan negara itu. “Belum pernah kami cuba bagi dia makan. Pulut pun tak pernah kami bagi,” terang Ku Hariz. Pun begitu, kata Jihan anak mereka itu gemarkan sup ayam.
Ditanyakan tentang siapa yang akan pujuk jika Arsalan merajuk, mereka sepakat mengatakan Ku Hariz. Penyayang Ku Hariz ni rupanya! Sempat juga suami Jihan ini memeberitahu, anak mereka akan merengek jika berada di tempat yang panas.
Ads
Semasa kami menjalankan sesi temu ramah ini, jelas kelihatan Ku Hariz seorang suami dan bapa yang bertanggung jawab dan menyayangi keluarganya. Pa&Ma mendoakan agar mereka sekeluarga sentiasa berbahagia dan dikurniakan lebih banyak rezeki selepas ini.
Saksikan pasangan Jihan Muse & Ungku Hariz dalam Pa&Ma Musim kelima dengan kupasan topik episod ke-6 ‘Mula Jaga Mulut & Gigi Anak Dari Kecil’ pada 7 Ogos 2019, Rabu jam 9 malam di saluran Astro Prima (ch 105), Prima HD (ch 121) dan Astro Go (apps).
#pamatv
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak membina keperibadian anak-anak sememangnya perlu bermula dari awal usia. Apabila mempunyai keperibadian yang baik, perkembangan minda mereka juga akan lebih baik. Dalam hal ini ibu dan ayah memainkan peranan dalam membentuk peribadi si kecil dari usia dini.
Dalam satu perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, beliau senaraikan 10 tip buat ibu dan ayah praktikkan buat si kecil tersayang bagi menjadikan mereka lebih pintar dan mempunyai keperibadian yang tinggi.
Ini yang dikongsikan oleh beliau:
Pendidikan awal kanak-kanak sangat dekat di hati saya sebab saya belajar kaunseling dan percaya perkembangan minda dan peribadi kanak-kanak itu bermula dari pendidikan awalnya. Saya ingin kongsikan 10 untuk menjadikan anak lebih pintar dan berperibadi yang tinggi.
1. Jaga Pemakanan Berikan makanan yang halal dan bernutrisi (toyyiban). Makanan yang natural dan dimasak sendiri. Galakkan mereka minum air mineral dan makan sayur/buah. Elakkan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi (manis) seperti kek, coklat dan minuman dalam kotak.
2. Banyak Berkomunikasi Dengan Anak Banyaklah berkomunikasi dengan mereka. Bicara dengan penuh emosi. Jangan malu untuk berkomunikasi dengan cara mereka. Bercakap dengan nada, mimik muka, ketawa dan suara-suara yang mencuit hati mereka.
3. Bermain Dengan Anak Bermain dengan mereka. Mereka ibarat anak-anak singa yang memerlukan pergerakan fizikal untuk menguatkan otot-otot tubuh mereka. Kita perlu pantau, dan bukan hanya berada di sisi. Memerhatikan keselamatan dan melihat perkembangan mereka. Mereka juga perlukan permainan minda. Soal jawab dengan mereka dan kita akan kagum dengan jawaban mereka. Kita bukan mahu jawaban yang betul, tetapi jawaban yang logik pada tahap pemikiran mereka. Cuba bertanya "Kenapa kenapa kentut kita busuk?" Tentu kita dapat jawaban yang mencuit hati kita.
4. Menyanyi Bersama-sama Bernyanyi bersama mereka. Dalam perjalanan yang jauh bersama keluarga kita boleh nyanyi bersama-sama, sama ada lagu kanak-kanak, lagu nasyid atau lagu patriotik. Mereka pasti mengenangkan pengalaman ini apabila mereka dewasa. "Lagu ini lagu kesukaan bapa saya. Kami pernah nyanyi bersama-sama dalam kereta. Itu saat manis yang saya ingat. Selepas itu ayah saya sentiasa sibuk dan tiada lagi masa untuk saya"
5. Ajar Anak Ilmu Baru Bawa anak berjalan dan ajarkan ilmu baru. Ajak ke tepi rumah dan tunjukkan tumbuhan/haiwan kecil yang tidak pernah dia lihat. Berjalan di waktu malam, dan bertanyakan "mengapa bulan itu bulat?" Temani anak menonton TV. Bila anak menonton TV, luang masa bersama mereka walaupun hanya cerita kartun. Luangkan sedikit masa 10-15 min untuk melayan emosi mereka kita menonton.
6. Tutur Perkataan Yang Baik-baik Ucapkan perkataan yang baik-baik saja di hadapan mereka. Tegur mereka jika mereka menggunakan perkataan yang buruk. Selalu sebutkan perkataan "terima kasih, saya sayang awak" apabila dia melakukan perkara yang baik walaupun kecil. Ajar mereka dengan minta mengulangi perkataan baik depan kita.
7. Selalu Peluk & Cium Anak Selalu memeluk dan mencium anak. Peluk dan cium mereka paling kurang sehari sekali. Apabila kita baru balik rumah dan mereka telah tidur, peluk dan cium mereka juga. Jadikan rutin hidup. Mulakan dari kecil. Anak yang sentiasa dipeluk dan dicium selalunya akan mengikut kata kita.
8. Beri Perhatian Pada Anak Dengar rintihan mereka dan beri perhatian. Apabila mereka takut, kita dengar dan bantu. Tidak semua kanak-kanak akan memberikan respon yang serupa. Ada kanak-kanak yang menjadi kuat bila dibiarkan, ada kanak-kanak yang semakin lemah.
9. Perhatikan Bakat & Kebolehan Anak Perhatikan kebolehan anak dan apa bakat dan kekuatan dia. Ada anak yang cemerlang dalam akademik, ada yang cemerlang dalam kemahiran pertukangan, ada yang cemerlang dalam komunikasi, ada yang cemerlang dalam sukan. Jangan memaksa anak untuk memenuhi cita-cita kita. Tetapi bantu anak memenuhi cita-cita mereka.
10. Ajar Lebih Dari Satu Bahasa Perkenalkan lebih dari satu bahasa. Bercakap dengan mereka dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Arab, french, Spain etc. Mereka mudah mengingat perkataan-perkataan itu. Otak mereka seperti sponge.
Yang terakhir selalu doakan anak untuk menjadi manusia yang terbaik. Baca doa depan mereka supaya mereka dapat dengar.
Kecerdasan anak-anak tidak hanya bergantung kepada faktor genetik, tetapi cara kita mendidik mereka. Semoga bermanfaat.
Adalah normal untuk si kecil berminat untuk ‘imitate’ buat kerja macam anda buat: cuci kereta, cuci pinggan, gosok gigi sendiri, mop lantai, sapu lantai, basuh baju dengan tangan, mesin basuh, blender mesin, tumbuk alu, sidai baju, vakum, kacau buat air, kacau bancuhan cekodok, kacau masakan di kuali /periuk panas, terbalikkan masakan di kuali, pakaikan pampers sendiri dsb…
Menurut Pakar Psikologi Dan Keibubaapaan, Maznah Ibrahim walau hanya 5% dia try buat, dan kita murnikan 95% ‘balance’ nya, jangan risau hasil kerjanya dan niat anda masih ‘up to standard’
Walau 5%, namun impaknya amat besar, iaitu pengalaman sewaktu dia EAGER NAK CUBA BUAT, + ANDA BERI = ia jadi KEPUASAN MAKSIMA macam kita dapat balasan ‘Give High 5’ yang penuh 100% ditepuk (cuba buat sekarang). Puas sangat.
Dan sebenarnya sesuatu berlaku di neurons otaknya, berkaitan emosi. Ia jadi ‘matched’, emosi real dan positif dipenuhi untuk dirembeskan, dan ia memang semulajadi, genuin, dan layak diraih untuk peringkat perkembangan mereka saat itu.
Dan, sebenarnya ia jadi satu memori kekal dalam badan dia untuk dia tidak kekok lakukannya bila dia sudah besar nanti.
Saya saksikan anak sekolah rendah, dan orang dewasa yang yakin diri dan helpfull, tidak kekok buat, atau sebaliknya kekok dan self esteem rendah, kurang proaktif, banyak berpunca dari ketiadaan peluang atau disokong sewaktu perkembangan peringkat autonomi dan inisiatif nya…
Anda pun tak naklah anak remaja atau anak dewasa anda tidak reti basuh pinggan makan sendiri, masak nasi sendiri, telur goreng sendiri, lipat baju sendiri, or jadi menantu orang yang kekok buat kerja rumah, tak reti main peranan bantu isterinya kelak.. kan? Hanya sebab kecil, masa dia usia awal ini anda halau dia dari duduk di dapur ‘kacau anda memasak’ atau di bilik kacau anda lipat baju. Hmm..
Anak usia 3-6 pula sudah pandai dalam bab penjagaan kepada orang lain, contoh jaga adik baby, nak dukung adik baby, nak pakaikan pampers adiknya.
Ini peringkat inisiatif (3-6 tahun dalam Erikson Psikososial) dan peringkat peranan gender lelaki/perempuan (dalam Psikoseksual 3-5/6 tahun). Maka sokonglah peringkat keperluan perkembangan mereka, dan tugas perkembangan mereka, demi melahirkan generasi yang proaktif, dan caring, punyai hati… InsyaAllah…
Raikan keinginan mereka, beri ruang dan peluang mereka cuba buat,
Lepas puas dalam beberapa saat, mereka akan lepaskan kepada anda, masa dia buat pantau 100%, katakan “hati-hati” sahaja. Anak akan kenal lebih baik banyak benda, nama benda, rasa, panas, bahaya dan berat.
Tengok anak orang lain dah bergolek meniarap bila tengok anak kita baru meniarap kejap dah nangis macam tak ada esok. Dia tak suka ke?
Umur dah 4 bulan ni. Tak meniarap lagi … Aduhh.. anak aku ada masalah ke??
Mesti ada yang risau kan tengok anak tak meniarap lagi. Bila tiarapkan terus nangis. Macam mana tu ya?
Melalui perkongsian Puan Lin Talib, meniarap ni biasanya umur 3-4 bulan dia start. Memula dari terlentang ke meniarap lepas tu dia akan belajar dari meniarap ke terlentang.
Masa meniarap tu, dia akan belajar untuk angkat kepala dia. Ini akan membantu dalam menguatkan leher dan juga tulang belakangnya. Sambil tu, meniarap melatih pernafasan anak dan menjadikan paru-parunya lebih kuat.
Tapi ..Bagaimana nak latih anak meniarap ni?
Jom kita tengok:
1. Letak atas bantal
Letakkan bantak kecil di bawah badan anak dan biarkan anak meniarap kejap. Letakkan juga mainan di hadapan anak supaya dia ralit tengok mainan sambil meniarap.
2. Letak atas badan ibu/ bapa
Saya suka letak anak atas badan saya. Di mana dadanya di atas perut saya.
Sambil dia meniarap kita main la dengan dia. Pastikan tangan kita pegang anak. Jadi badut kejap. Sambil menguatkan bonding antara parent dan anak, ia juga membantu anak berlatih meniarap.
Bila letak atas badan kita, memang rasa kurang stabil sikit. Sambil itu ia melatih keseimbangan atau vestibular anak. Boleh mulakan seawal 3 bulan.
Memula kita pegang anak, dah lepas tu kita tengok dia akan mula pandai balance badan dia, jadi kita sekadar berjaga-jaga saja.
Sambil dia meniarap, sambol kita main dengan dia, sambil tu tangan kita urut belakang dia. Dari bahu urut sampai ke pinggang ok?
3. Buat ikut kiraan masa
Masa mula-mula buat.. cuba buat ikut kiraan 10 saat. Lepas tu kita terbalikkan. Buat lagi.
Lepas tu upgrade la jadi seminit… 2 minit dan seterusnya.
4. Urut badan guna minyak
Setiap kali lepas mandi dari umur sebulan sampai la sekarang, memang amalkan sapu minyak kelapa pada badan anak.
Cara urutan guna ibu jari pelan light light je kita urut belakang dia, tangan dari bagu sampai ke jari-jari.. punggung sampai ke kaki.. lepas tu depan pulak..
Urutan pada bayi ni bagus tau. Ia mampu meransang sensori serta otot bayi supaya jadi kuat sambil melancarkan perjalanan darah dalam badan.
Sambil tu, ia menenangkan anak dan dapat mengeratkan bonding tauu. Tapi jangan urut macam urut Tok Wan pulak.
5. Mandikan gaya orang India mandikan bayi
Yang ni tak tahulah nak demo macam mana. Haha. Sebab masa saya berpantang, bidan saya yang ajarkan dan saya buat ketika anak umur sebulan sampailah sekarang.
Alhamdulillah, walaupun nampak kasar tapi anak jadi cergas!
Maybe ada kawan-kawan Indian kita boleh share kan cara mandian bayi mereka?
Ha, nanti cuba buat dekat anak ya. Buat sikit-sikit dulu dan relax. Banyakkan bermain dengan anak. Biarkan anak rasa disayangi ya
Bila anak tu rasa disayangi.. dia rasa selamat.. jadi dia akan mudah nak berkembang. InsyaAllah.