“Anak Dapat Macam-Macam, Orang Sana Kids Friendly” Bawa Anak Kecil Umrah, Ibu Kongsi Pengalaman

Share

Nak bawa anak kecil menunaikan ibadah Umrah bukan perkara mudah. Pelbagai persiapan perlu dilakukan agar mood si kecil sentiasa dalam keadaan yang baik.

Bagi yang pertama kali nak melakukan umrah, banyak perkara yang belum anda ketahui seperti larangan membawa stroller atau kerusi roda di bahagian kaabah untuk tujuan tawaf kerana ada bahagian khas untuk tawaf bagi pengguna kerusi roda/stroller.

Ibu ini berkongsi sedikit sebanyak pengalaman ketika di sana untuk ibu bapa lain yang berhajat membawa anak kecil menunaikan umrah. Semoga artikel ini membantu anda membuat persiapan awal.

Okay ke bawa anak pergi Umrah?

Ini adalah pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman pergi umrah bersama anak saya, Maryam Kamila yang berumur 4 tahun 4 bulan.

1. Kenali anak anda dahulu. Anda sebagai ibu ayah tahu anak jenis macam mana. Suka berlari lari ke, jenis duduk diam ke, apa yg dia suka dan tak suka etc.

Baca:

Kanak-Kanak 3 Tahun Diikat & Kepala Tersepit Pada Pokok, Kaki Tangan Ditoreh Dipercayai Dibunuh

Adik Hafiza, 8 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Tangan Kaki Terikat & Badan Terurai Tanpa Organ Dalaman

Bayi Kembar Ajaib, Lahir Hampir Tak Bernyawa Kini Genap Setahun. Pemegang Rekod Dunia Guinness

2. Makanan untuk anak anak sangat senang dapat. Macam saya, Maryam sejenis yang makan apa sahaja yang mak dia makan. So, memang makan apa yang agensi sediakan di hotel sahaja. Tapi kalau anak kalian jenis memilih ada banyak je kedai kedai makan sekitar.

3. Untuk memudahkan kami pergi balik ke Masjid ( tak kisah masjid Nabawi atau Masjidilharam), saya bawa stroller boleh lipat. Dekat Madinah hotel agak dekat dengan masjid, jadi Maryam okay je jalan kaki. Tapi di Mekah banyak guna stroller sbb cuaca panas dan sangat ramai orang.

4. Sentiasa pakaikan baju lengan panjang dan stokin untuk mengurangkan kulit kering. Bila kulit kering, anak anak akan rasa gatal. Bila dia menggaru garu dan mula meragam, mak akan mula naik hijau.

5. Untuk ibadah umrah, saya memang fully guna stroller untuk bawa Maryam. Awalnya plan untuk tawaf Maryam pusing sendiri dulu sebab kalau guna stroller tak boleh tawaf tingkat bawah. Kena naik first floor. Tapi masa unrah pertama, baru dua puaingan Maryam dah mengantuk sebab dah lewat malam. Masa tu pukul 12 malam. So terpaksa naik atas.

6. Untuk saie, ada laluan khas untuk stroller. Tapi kalau nak jalan sama sama dengan orang yang tak bawa stroller boleh nakk first floor. Tak ramai sangat. Boleh ikut lorong biasa. Masa umrah pertama saya tolak Maryam di bawah sebab asalnya nak cari mak ayah tapi tak jumpa. So teruskan saie sendiri je kat laluan stroller dan kerusi roda.

7. Untuk umrah kedua, masa tawaf kami guna scooter elektrik di third floor. Yang ni kena bayar (125riyal). Saie buat di first floor sebab jalan sekali dengan mak. So, guna laluan biasa je sambil tolak Maryam dalam stroller.

8. Sekarang untuk umrah ada pintu khas tak macam masa saya pergi tahun 2019 dulu. Pintu tu agak jauh dari hotel kami. Jadi memang kena pusing lah bila nak balik hotel. So, kalau kalian nak pergi, better ambil hotel yang dekat dengan pintu laluan umrah. Lebih senang dan tak penat.

9. Masjid Nabawi tak bagi kanak kanak masuk dalam. So, setiap waktu kami hanya solat di luar sahaja. Ada minta juga nak bawa Maryam masuk dalam sebab nak bagi dia merasa masuk dalam tapi tak lepas. Anak anak orang depa ramai je lepas masuk dalam 😌

10. Orang di sana sangat kids friendly. Masa kita solat, ramai yang memberi anak anak makanan. Maryam dapat macam macam jenis snek, coklat, air kotak dan kekacang.

11. Kena plan aktiviti untuk isi kebosanan anak anak di masjid. Maryam ni saya sediakan buku dan pensil warna.

12. Kalau nak minum air zam zam, ambil yang tulis ‘not cold’. Sebab yang sejuk tu boleh buat sakit tekak kalau tak tahan. Lepas sakit tekan mulalah batuk batuk. Sediakan ubat batuk dan selsema juga siap siap.

12. Better pergi dengan pasangan/ ahli keluarga/ kawan kawan yang kita boleh bertukar tukar untuk buat tawaf. Sebab macam saya, sentiasa buat tawaf dekat atas. Tawaf dekat atas jauh sangat beza jarak dengan yang ground floor. Dekat bawa satu pusingan 10 min pon boleh settle, atas dekat 25 min baru habis satu pusingan 😅 saya tak boleh nak bertukar tukar sebab mak dan ayah buat dekat bawah. Mak pon kena jaga ayah yang kurang sihat juga.

13. Next umrah, saya nak bawa anak lagi tapi nak pergi dengan Syazrul. Boleh switch dengan dia untuk tawaf. Saie boleh buat sama sama.

Ada banyak sangat perbezaan pengalaman bawa Maryam 1 tahun dan 4 tahun. Masa 1 tahun tak boleh pergi masjid setiap waktu, tapi 4 tahun ni hampir setiap waktu boleh pergi masjid. Sebab Maryam dah faham dan boleh ikut solat sekali. Cuma umrah kalini lebih letih sebab tolak stroller Maryam semakin berat.

Apa apa pon, umrah kalini macam we time dengan Maryam. Setiap masa ada bersama. 🥰 Bahagia betul rasa.

Kredit: Rubi hasman

i

Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
NuFa