Bila bercerita soal demam, mulalah kita rasa bimbang bila anak asyik demam. Tambah cemas lagi bila mana suhu badan anak masih lagi tidak kebah walaupun selepas diberikn ubat demam mengikut aturan masa.
Apa nak buat? Selepas diberikan ubat demam mengikut kuantiti dan aturan masa yang tepat, mak ayah boleh usahakan cara ini, seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan.
Kita dah bagi ubat, nak tunggu lagi 6 jam untuk dos seterusnya, demam anak masih tinggi. Buntu dah kita nak buat apa.
Kadang, demam tu bagus, tanda body tengah lawan jangkitan kuman dalam badan anak. Dan kita pun kena bantu body anak, dengan tambah lagi makan minum yang boleh kuatkan imuniti.
Korang boleh cuba apa yang saya selalu buat. Alhamdulillah, selalunya tak sampai 24 jam, suhu badan anak dah kembali normal, Allah izinkan. Paling lama pun, biasanya tak sampai 3 hari. Korang boleh try k.
1. Air, air dan air. – Air kelapa dan air putih, mesti kena ambil. – Air kelapa boleh bagi setiap 1 – 3 jam. Sikit tetapi kerap. – Kalau makan ubat, jarakkan 1 – 2 jam dari air kelapa.
2. Pakaikan baju dan seluar longgar. Kadang saya tak pakaikan baju pada anak, hanya seluar pendek.
3. Basahkan kain dengan air suam dan letak di kepala dan bahagian pelipat, ketiak, leher, belakang telinga. – Kalau anak tak suka letak kain basah, ambil botol spray, dan spray air suam pada anak terutama bahagian pelipat.
Ads
4. Rendam magnesium atau epsom salt. – Anak akan segar dan cepat kebah. Sangat berkesan untuk anak saya, dengan izin Allah, alhamdulillah. – Buat 2 atau 3 kali sehari, dengan air suam.
5. Minyak zaitun, minyak kelapa, madu, air boabab. – Kalau hari biasa makan sekali sehari je, tapi bila anak demam boleh bagi 2 kali sehari. – Kalau hari biasa kita tak ambil, time anak demam bagi sekali sehari. – Boabab tinggi vitamin C untuk imuniti anak.
6. Skin to skin – Kalau anak masih baby, angkat anak letak atas badan ibu atau ayah, macam baru lepas bersalin. – Kalau anak dah besar, kita letak tapak tangan kita atas badan anak. – Emosi anak demam makin stabil bila kita kerap skin to skin.
7. Grounding – Waktu awal pagi atau lewat petang bila cuaca tak panas, bawak anak ke taman atau tempat berpasir. Pantai pun boleh.
Ads
8. Makanan bersup – Sup, singgang, tomyam, bubur. Anak tak lalu makan, dapat hirup kuah je pun jadi.
9. Tinggalkan makanan proses – Roti, biskut, susu, jajan, semua ni kena stop kejap kalau nak anak cepat sembuh.
10. Doa – Ini yang kena buat dulu. Doa dan solat hajat. Allah yang beri sakit pada anak, Allah jua yang beri penyembuhan pada anak.
Korang boleh cuba, mana yang serasi dengan korang. Tak semestinya kena buat semua k. Kadang saya hanya bagi air kelapa, rendam magnesium dan anak tak pakai baju.
Ads
Kain basah semua tak buat pun. Eh anak dah sembuh esok pagi. InsyaAllah kita cuba jaga usus anak supaya sihat selalu, mudah-mudahan bila demam datang, anak akan cepat sembuh.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Walaupun kita hidup dalam era serba moden, tak dapat dinafikan petua-petua turun-temurun masih diamalkan oleh ramai. Terutama bila dah rasa sendiri keberkesanan petua tu, pasti kita tergerak hati nak kongsikan dengan orang lain.
Begitu juga kisahnya dengan seorang doktor pakar otak yang dikenali ramai, Dr. Rizal Abu Bakar. Dia sendiri mengamalkan beberapa petua tradisional untuk menjaga kesihatan tubuh badannya.
Dalam satu posting di Facebook, Dr. Rizal berkongsi cara-cara dia menjaga kesihatan, terutama dengan cuaca yang tak menentu sekarang ini, supaya terhindar dari jangkitan selesema dan batuk.
“Sekarang ni cuaca tak menentu kan? Sekejap hujan. Sekejap panas.
“Bila cuaca macam ni mudah nak sakit. Saya ni kalau boleh nak elak dari sakit sakit. Jadi petang semalam ambillah aloe vera. Buat detoks dan tingkatkan imun.
“Bila imun dah kuat, tenteta dalam dah power, sakit tak boleh nak himpit. Off course dengan izin Allah. Kita ni ikhtiar. Usaha saja.
“Apapun petua minuman ni lawan inflamasi tubuh. Bantu turunkan berat badan. Turunkan kolesterol. Jauhkan selsema dan batuk,” ujarnya.
Nak buat pun mudah. Cuma perlukan
Aloe Vera – satu potong
Lemon – sebiji
Halia – sebesar ibu jari sendiri
Air – menutupi semua bahan di atas
Madu – satu sudu atau secukup rasa.
Caranya pun mudah. Blend saja. Minum.
Lepas minum kita sendiri akan rasa badan ringan. Tak lemau. Ada energi lebih sikit.
Selepas selamat melahirkan bayi sulungnya pada 25 April lalu, pelakon Tasha Shilla kini berkongsi gambar dan nama buat anak sulungnya.
Menerusi Instagramnya, Tasha turut berkongsi beberapa keping gambar si comel permata sulung yang kini hadir melengkapkan kehidupan bahagianya bersama suami tersayang, Atiq.
Bukan hanya berkongsi gambar bahkan Tasha juga sempat mengumumkan nama indah yang diberikan olehnya dan suami iaitu, Raees Zander.
Kata Tasha lagi, dia amat bersyukur dengan rezeki dari Allah malah turut memperkenalkan buah hatinya.
“Syukur Alhamdulillah, sempena hari ketujuh kelahiran anak saya dan suami @atiqidris, kami ingin perkenalkan “Raees Zander bin Muhammad Atiq,” tulis Tasha di Instagramnya.
Dalam pada itu, pelakon yang sering membawakan watak antagonis ini juga turut memohon doa semoga putera sulungnya itu sentiasa diberkati Allah SWT malah menjadi anak soleh kelak.
“Saya memohon dengan keberkatan, agar kalian semua tolong doakan untuk dia semoga menjadi anak yang soleh, penyejuk mata hati Ibu dan ayahnya, beri dia ilmu yang bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya, dilimpahi rezeki yang luas dan halal.
“It’s our happiest moment to announce that a baby boy “Raees Zander” has arrived in our family. Please keep him in your prayers 🤲🏼 Baby Bedding @tinypalms,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Tasha turut memuji akan kecomelan Raees malah menyatakan Raees persis ibunya serta turut mendoakan si comel kesayangan itu.
Terdahulu, Tasha dan suaminya, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020 dan pada 25 April lalu, si comel Raees Zander menjadi pelengkap bahagia pasangan ini.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @atiqidris & @tashashilla
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui bahawa malnutrisi pada kanak-kanak merujuk kepada kekurangan nutrisi dalam badan. Kekurangan nutrisi ini terjadi apabila kanak-kanak tidak mengambil kalori dan protein yang mencukupi untuk membesar dengan baik. Sebenarnya, malnutrisi juga merujuk kepada keadaan pengambilan nutrien yang terlebih.
Keadaan ini berlaku apabial kanak-kanak mengambil lebih kalori daripada yang diperlukan. Artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut berkaitan kekurangan nutrisi.
Apakah yang menyebabkan malnutrisi?
Diet yang tidak seimbang menjadi punca utama keadaan ini. Apabila anak anda tidak cukup makan atau makan makanan yang tidak bernutrien tinggi, mereka akan mengalami kekurangan nutrien dalam badan. Terdapat penyakit tertentu yang boleh mengakibatkan anak anda sukar untuk menghadam makanan. Ini secara langsung akan menyukarkan proses pengambilan nutrien. Penyebab lain keadaan ini pula adalah isu kesihatan mental anak-anak. Anak-anak yang mengalami kemurungan cenderung mempunyai tabiat makan tidak sihat yang secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya malnutrisi. Selain itu juga, harga makanan yang mahal atau kehabisan belakan makanan juga menyumbang kepada berlakunya kondisi ini.
Apakah tanda-tanda malnutrisi?
Antara simptom malnutrisi adalah seperti berikut:
Penurunan berat badan
Masalah pernafasan
Kemurungan
Tinggi risiko komplikasi pembedahan
Tinggi risiko hipotermia
Sistem imun yang lemah akibat kekurangan sel darah putih
Mudah kesejukan
Mengambil masa yang lambat untuk pulih daripada kecederaan
Mengambil masa yang lambat untuk sembuh daripada penyakit
Ketidaksuburan ketika dewasa kelak
Kurang penghasilan otot
Selalu kepenatan
Mudah marah
Kanak-kanak yang mengalami malnutrisi mungkin akan menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:
Kurus dan berkulit kering
Pipi cengkung dan mata yang tenggelam
Rambut kering dan mudah gugur
Mempunyai jantung, hati dan sistem pernafasan yang lemah
Kebuluran (tiada pengambilan kalori langsung) selama 8 sehingga 12 minggu boleh membawa maut.
Sesetengah kondisi malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak akan mengakibatkan perkembangan mental kanak-kanak yang lemah selain meningkatkan risiko anak anda mengalami masalah mental yang serius.
Kekurangan nutrisi juga mengakibatkan kesan jangka masa panjang walaupun setelah dirawat. Kerosakan fungsi mental dan sistem penghadaman anak anda mungkin akan kekal sepanjang hayat anak anda jika tidak dirawat pada awal usia mereka lagi.
Bagaimana untuk merawat malnutrisi?
Rawatan malnutrisi bergantung kepada tahap keseriusan kondisi kanak-kanak. Rawatan susulan juga perlu diberikan kepada mereka sekiranya terdapat penyakit lain yang timbul akibat kondisi ini.
Rawatan malnutrisi ini ditumpukan sepenuhnya kepada keperluan kanak-kanak itu terhadap nutrisi yang diperlukan. Oleh itu, pengambilan diet yang seimbang dan suplemen tambahan amat dititikberatkan bagi menjamin kanak-kanak itu mendapat nutrien dan kalori yang secukupnya.
Malnutrisi adalah kondisi kesihatan yang lebih mudah dicegah berbanding dirawat. Oleh itu, anda sebagai ibu bapa perlu memastikan anak anda mengambil diet seimbang yang lengkap dengan nutrisi diperlukan untuk tumbesaran anak anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.