Musim anak demam, batuk dan selesema yang melanda anak-anak kita kini sememangnya buat kita risau. Selain pengambilan ubat dalam rutin biasa, apa kata kita tambahkan Sup Chicken Broth ini untuk tambah memulihkan anak.
Macam mana resipinya? Jom ikuti perkongsian Pn Ainini Zainal ini.
Allah izinkan, sejak 9 tahun lepas, anak saya sembuh demam, selesema, batuk tanpa pengambilan apa-apa ubatan lain, hanya makanan semulajadi yang bersifat antivirus, antibacterial dan antiinflammatory (antiradang).
Ini bukan maksudnya mengenepikan ubat-ubatan lain, tetapi apa yang saya ingin tekankan adalah, bila kita makan makanan daripada sumber semulajadi dan kaya nutrisi, banyak kelebihan yang kita dapat untuk Sistem Imun Badan anak. Semua orang akan sakit, tetapi bila kuat Sistem Imun Badan kita, healing process jadi lebih mudah. Itu maksudnya.
Pengambilan makanan less processed, antiradang, bersifat immune boosting dan bebas daripada bahan-bahan sintetik/tiruan memudaratkan seperti MSG, gula putih, pewarna tiruan daripada junkfood, fastfood (yang jika lihat kajian, terlalu banyak kesan sampingannya), dapat berikan peluang lebih besar untuk lebih mudah sembuh secara sihat.
Bila anak kurang sihat, antara yang saya berikan adalah: Madu Habbatus Sauda Minyak Zaitun Minyak kelapa Air kelapa tanpa gula Singgang Broth Soup
Broth Soup? Ada berjenis-jenis versi yang telah saya cuba. Bahan, ikut apa yang ada. Amalkan minum pada hari biasa sebagai naturalsupplement. Ia immune boosting food semulajadi.
Ads
Bila tak sihat, berikan 2,3 kali sehari untuk hirup. Ia juga bantu elakkan badan dehydrate di samping nutrisi di dalamnya yang kaya protein dan kalsium serta bahan antiradang membantu – turunkan suhu badan – melawan kuman dan bakteria dalam badan – meredakan selesema dan batuk – sumber elektrolit untuk badan – melegakan hidung tersumbat dan mengurangkan hingus serta kahak. – menjadikan badan lebih kuat setelah melalui fasa demam, selesema dan batuk.
Ini sebahagian yang saya sempat tulis. Resipinya di sini. Semua bahan di bawah sangat berkhasiat. Gunakan, ya.
CHICKEN BROTH SOUP AININI ZAINAL
Bahan-bahan:
1 labu bawang putih
2 biji bawang besar
3 inci halia
2 inci kunyit
¼ biji labu
1 biji lobak merah
Organic Shiitake Mushroom (optional)
Apa apa sayuran hijau
1 mangkuk kaki ayam atau ayam bahagian tulang
2 liter air
1 biji tomato
1 sudu besar perahan lemon atau 1 asam keping
1 sudu besar Garam Himalaya
Organic celery, jika ada
Ads
Reneh semua bahan di atas dengan api paling kecil selama 2-4 jam atau guna slow cook dan masak 2-4 jam.
Atau jika anak ada Ekzema, reneh paling lama 1 jam setengah kerana ia MSG semulajadi akan keluar dalam sup bila direneh lama.
Setelah siap, tapis dan minum supnya. Boleh guna sup ini dalam bubur, sup sayur, nasi ayam dan sebagainya.
Tahan di bahagian Chiller selama 4-5 hari. Tahan di freezer sehingga 3 bulan.
Buat dalam bentuk kiub, tuang dalam acuan, bekukan pun boleh. Nak masak, ambil je beberapa kiub.
Ads
**MSGsemulajadi pun sensitif bagi yang ada ekzema, bayangkan kalau kita kerap bagi anak makanan ada MSG atau guna serbuk perasa MSG, kiub masakan komersial tinggi MSG dalam masakan?
Jom perlahan-lahan kurangkan yang tak perlu untuk kebaikan kesihatan anak dan kita semua.
Semoga post ini bermanfaat untuk semua. Boleh guna resipi ni untuk sediakan bila anak tak sihat, tau.
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nasi lemak dipagi hari tak terasa enaknya tanpa sambal yang sedap. Nak lain dari yang lain dan sedapnya lain macam, tambahkan bahan kisaran ini.
Resipi dengan ikan bilis kisar yang dikongsikan oleh Yayar B. Awang Noh ini anda kena cuba. Sedap!
Resipi sambal bilis nasi lemak.
Bahan-bahan:
Bawang besar 5 labu
Bawang putih 5 ulas
Ikan bilis -ambil sedikit untuk dikisar
Belacan
Daun pandan
Asam keping
Cili kering kisar
Gula melaka
Sedikit sos cili, sos tomato
Kisar bawang besar dan bawang putih. Tambah kan secubit ikan bilis dan terus kisar bersama bawang tadi. Sedikit belcan.
Dalam kuali panaskan minyak, masukkan sehelai daun pandan yang disimpul.
Masukkan asam keping 2 keping yang kecil-kecil.
Masukkan bawang kisar tadi dan masak sehingga perang ataupun separuh masak.
Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan gula melaka(nise) 2 keping. Masukkan sos cili 3 sudu dan sos tomato 3 sudu.
Masukkan ikan bilis bersama hirisan bawang besar.
Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jika kurang manis boleh tambahkan gula.
Masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak dan pekat.
Anak suka telur dan suka makan roti, masa ni lah ibu boleh tunjuk skil buatkan sandwich telur yang sedap dan paling cepat siap. Bukan untuk hidangan ahli keluarga je, kalau yang rajin boleh buat duit sampingan pula menjualnya.
Kadang kalau beli sebekas tak cukup untuk anak ramai. Apa kata buat je sendiri. Lagi jimat dan berbaloi sangat! Anak yang tak makan telur kuning sebelum ini bila dah buat sandwich telur pasti akan makan.
Tak percaya boleh cuba resipi ni ya!
RESIPI SANDWICH VIRAL
Ini resepi untuk 2 bundle roti yang besar ye. Kalau guna roti kurang daripada itu, kurangkan juga untuk bahan-bahan asasnya itu.
Bahan-bahan:
10 biji telur direbus dan dilecek
1 senduk mayonis
1 sudu teh lada sulah ajishio
Cara-cara:
1. Campur semua sekali dan gaul sebati.
Bahan sampingan:
Tomato dipotong bulat
Salad (Ikut suka nak guna salad pokok atau salad biji@bulat)
Cara melapis:
1. Sapu roti dengan mentega.
2. Ambik sekeping roti, letakkan tomato
3. Letakkan sesudu bumbu bancuhan telur dan letak atas tomato tadi dan ratakan.
4. Letakkan sekeping salad di atas bancuhan telur dan last sekali letakkan roti.
5. Potong serong 2@4. Siap
Potong serong 4 dan masukkan dalam paper cup atau potong 2 serong.
Yang ni Nanie potong serong 2. Letak dalam bekas sandwich yang 3 segi. kalau nak jual RM2 satu
Kalau nak tambah atau crab stick tu boleh jugak. Celur dulu sosej dan crab stick tu, potong kecil dan gaul sekali dalam bancuhan telur. Upkan sikit harga jualan.
Selamat mencuba. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu sediakan makanan sihat untuk anak dan bagi mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan. Boleh jual kat rakan kat opis, kat jiran-jiran Kalau rajin memang boleh buat duit.
Anak-anak paling suka menu berkuah dalam hidangan nasi mereka. Selain beraneka sup seperti sup ayam, ikan dan daging, anda boleh juga mempelbagaikan menu berkuah lain buat anak. Rasa lemak-lemak manis juga buat anak suka untuk makan. Tapi ingat, bukan dari gula sebaliknya daripada manis buah labu dan udang untuk anak-anak kita.
Resipi Udang Masak Lemak Labu yang dikongsikan oleh Puan Irna Syafiqah di facebooknya ini memang unik. Tak gunakan santan dalam masak lemaknya sebaliknya digantikan dengan cream cheese buat si manjanya, Afrina yang baru berusia 1 tahun. Memang sedap. Jom cuba!
Hari ni mommy first time nak perkenalkan udang kepada Afrina. Walaupun mommy TAK MAKAN udang, takkan la Afrina pun kena tak makan kan? Jadi kita cuba perkenalkan, kalau takda allergy, alhamdulillah.
Cheese salah satu cara nak tambah berat bayi. Lagipun bayi kan, so memang saya tak pakai santan. So salah satu caranya pakai cream cheese.
So, menu hari ni adalah UDANG MASAK LEMAK LABU.
Bahan bahannya:
Bawang holland 1 biji sedang
Bawang putih 1 ulas
Serai 1 batang
Udang
Kunyit hidup (saya pakai serbuk kunyit je)
Cream cheese (saya tak pakai santan)
Labu
Stok kaki ayam 2 ketul
Mudahnya je mommies, cara cara ada di setiap gambar.
Ni bahan bahan yang saya gunakan. Untuk pengetahuan mommies, saya memang masak pakai cream cheese ye untuk lauk Afrina. Tak pakai santan.
Basuh udang bersih.
Kisarkan bawang hollang & bawang putih. Tak rajin nak tumbuk hari ni.
Ini hasil kisaran tadi.
Masukkan sesudu minyak. Jangan banyak ye. Tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau. Masukkan serai dan kacau.
Agak agak dah kering, masukkan udang.
Kemudian, masukkan sedikit air. Agak agak ikut kesukaan mommies. Kalau nak pekat kurangkan air. Kalau nak kuah cair sedikit lebihkan air.
Masukkan labu yang telah dipotong kecil dan kunyit. Sebenarnya kena pakai kunyit hidup. Tapi kunyit hidup takda. Kunyit serbuk pun boleh.
Masukkan cream cheese. Kacau hingga mendidih ye mommies. Masukkan 2 ketul cube Chicken Feet Stock. Boleh kata semua masakan Afrina saya akan masukkan CFS ni. Biarkan mendidih sikit lagi.
Alhamdulillah! Siap dah. Ini hasilnya. Udang masak lemak labu is done.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.