Keibubapaan

“Anak Demam, Elak Hantar Anak Ke Pusat Jagaan” Dr Izzar Mohon Mak Ayah Peka Jangkitan HFMD!

Share

Kes kenaikan jangkitan penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD) yang cukup tinggi hingga mencapai paras bahaya di negara kita amatlah membimbangkan. Mak ayah perlu meletakkan kesedaran yang tinggi dalam aspek menjaga kebersihan. Basuhlah tangan anak setiap masa.

Ini yang cuba dikongsikan oleh Dr Izzar Anwari, suami kepada pelakon, Ummi Nazeera yang sering berkongsi mengenai kesihatan anak. Dalam kita beraya, kita peka lah pada kesihatan anak kita.

Ini yang anda perlu tahu mengenai penyakit HFMD ini. Paling penting, jangan bawa anak keluar ketika anak dijangkiti!


Hand, Foot & Mouth Disease (HFMD)

HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh virus Coxsackie A16(COX A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Kebiasaannya ia berlaku pada kanak-kanak bawah 6 tahun, tetapi sesiapa pun boleh kena HFMD ni. Kawan saya pun ada kena tahun lepas.

Penyakit ini selalunya tak serius tetapi ia cepat merebak (contagious). Tambah-tambah kalau berkumpul ramai seperti di sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

Tetapi, ada juga kes jangkitan HFMD serius oleh virus EV71 yang boleh menyebabkan komplikasi radang otak atau jantung.

HFMD merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister), dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta melalui sentuhan permukaan yang tercemar dengan virus HFMD.

Anak-anak yang dijangkiti HFMD biasanya akan bergejala seperti
🔴 Demam
🔴 Luka di mulut (ulcer)
🔴 Lepuh (blister) di tapak tangan dan kaki

Langkah-langkah pencegahan untuk mengelak anak dari dijangkiti adalah :

✅️Menjaga kebersihan diri dan anak-anak. Selalu cuci tangan tu.

✅️Ibu bapa dapatkan rawatan segera untuk anak. Jangan bawa ke tempat jagaan anak pula kalau dah tau anak demam atau ada ruam/lepuh . Kang anak orang lain dijangkiti.

✅️Pusat jagaan kanak-kanak buat pembersihan pembersihan permis dan saring anak-anak yang masuk ke premis tiap hari.

Kes HFMD tengah meningkatlah kat Malaysia sekarang ni. Terkejut saya masa buat laporan wabak kebangsaan sebelum raya haritu. Tu pun sebelum raya tau.

Ni masa raya anak berjumpa dengan ramai orang, ada kemungkinan HFMD atau penyakit lain boleh merebak lagi. Jadi ibu bapa pantau keadaan dan kesihatan anak-anak ya. Pusat jagaan kanak-kanak pun kena peka.

 

Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM