Bukan sesuatu yang mudah buat ibu bapa bila anak menangis dan tak selesa bila demam. Jika diikutkan demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.

Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika suhu bayi susah turun dan demam berpanjangan.Silap haribulan jika tak pantau betul-betul boleh kena demam sawan.

Berdasarkan perkongsian Dr Halina Mohd Yunos melalui instagramnya, dia ada berkongsi mengenai salah seorang anak kembarnya Noah yang mengalami demam sejak lima hari lalu dengan suhu tinggi. Dalam postnya dia turut memberi beberapa tip kepada ibu yang mengalami situasi sama dengannya apa tindakan yang perlu dibuat jika anak demam panas.

Tip rawat anak demam panas

Jika suhu terlalu tinggi, gunakan PCM

IKLAN

Ubat yang dimasukkan melalui bontot boleh cepat menurunkan suhu demam yang terlalu tinggi. Dalam kes ini Dr Halina memberikan Noah ubat ini setiap 6 jam sekali. Biasanya ubat ini cepat bertindak berbanding ubat makan.

Anak Demam Lama Tak Kebah-Kebah, Cuba Tip DiKongsikan Dr Halina Pada Anak Kembarnya

Buat sponging

Teknik ini membantu anak yang demam panas untuk rasa lebih selesa. Kerap basahkan kain dan letak dibahagian kepala dan badan anak.

IKLAN

Jumpa doktor

Sekiranya demam anak masih berpanjangan, segera berjumpa doktor untuk pastikan tiada masalah lain. Macam kes Noah demamnya dah lima hari walaupun dah diberi pemantauan di rumah. Nak tak nak Noah kena jumpa pakar pediatrik untuk dapatkan rawatan susulan walaupun Dr Halina sendiri seorang doktor.

Buat ujian darah/ x-ray

Biasanya bila demam tak kebah-kebah, doktor akan buat ujian darah dan x-ray untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya. Macam kes Noah melalui ujian darah yang dilakukan ada jangkitan kuman. Hasil dari x-ray juga menunjukkan simptom pneumonic changes.

IKLAN

Anak Demam Lama Tak Kebah-Kebah, Cuba Tip DiKongsikan Dr Halina Pada Anak Kembarnya

Jika perlu makan antibiotik

Jika sama macam kes Noah, antibiotik adalah cara terakhir untuk pastikan kesihatan anak kembali sembuh. Tapi perlu pastikan ia mesti dapat nasihat doktor terlebih dahulu.

Jadi pada ibu bapa yang mengalami masalah anak demam berpanjangan, boleh ikut tip macam ni. Nampak mudah tapi kadang-kadang kita tak tahu nak buat apa bila berdepan dengan situasi sedemikian.

Sumber : ig Dr Halina

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI