Anak Demam, Makan Ubat Pun Tak Okay? Doktor Kongsi Tip, Dalam 24Jam Mungkin Boleh Sembuh

Share

Anak demam, apa nak buat? Kita dah bagi ubat, nak tunggu lagi 6 jam untuk dos seterusnya, demam anak masih tinggi. Buntu dah kita nak buat apa.

Kadang, demam tu bagus, tanda body tengah lawan jangkitan kuman dalam badan anak. Dan kita pun kena bantu body anak, dengan tambah lagi makan minum yang boleh kuatkan imuniti.

Doktor ini berkongsi cara yang selalu dilakukan olehnya untuk merawat anak demam.

Korang boleh cuba apa yang saya selalu buat. Alhamdulillah, selalunya tak sampai 24 jam, suhu badan anak dah kembali normal, Allah izinkan. Paling lama pun, biasanya tak sampai 3 hari.

Korang boleh try k.

1. Air, air dan air.
– Air kelapa dan air putih, mesti kena ambil.
– Air kelapa boleh bagi setiap 1 – 3 jam. Sikit tetapi kerap.
– Kalau makan ubat, jarakkan 1 – 2 jam dari air kelapa.


2. Pakaikan baju dan seluar longgar. Kadang saya tak pakaikan baju pada anak, hanya seluar pendek.

3. Basahkan kain dengan air suam dan letak di kepala dan bahagian pelipat, ketiak, leher, belakang telinga.
– Kalau anak tak suka letak kain basah, ambil botol spray, dan spray air suam pada anak terutama bahagian pelipat.

4. Rendam magnesium atau epsom salt.
– Anak akan segar dan cepat kebah. Sangat berkesan untuk anak saya, dengan izin Allah, alhamdulillah.
– Buat 2 atau 3 kali sehari, dengan air suam.

5. Minyak zaitun, minyak kelapa, madu, air boabab.
– Kalau hari biasa makan sekali sehari je, tapi bila anak demam boleh bagi 2 kali sehari.
– Kalau hari biasa kita tak ambil, time anak demam bagi sekali sehari.
– Boabab tinggi vitamin C untuk imuniti anak.

6. Skin to skin
– Kalau anak masih baby, angkat anak letak atas badan ibu atau ayah, macam baru lepas bersalin.
– Kalau anak dah besar, kita letak tapak tangan kita atas badan anak.
– Emosi anak demam makin stabil bila kita kerap skin to skin.

7. Grounding
– Waktu awal pagi atau lewat petang bila cuaca tak panas, bawak anak ke taman atau tempat berpasir. Pantai pun boleh.

8. Makanan bersup
– Sup, singgang, tomyam, bubur. Anak tak lalu makan, dapat hirup kuah je pun jadi.

9. Tinggal makanan proses
– Roti, biskut, susu, jajan, semua ni kena stop kejap kalau nak anak cepat sembuh.

10. Doa
– Ini yang kena buat dulu. Doa dan solat hajat. Allah yang beri sakit pada anak, Allah jua yang beri penyembuhan pada anak.

Korang boleh cuba, mana yang serasi dengan korang. Tak semestinya kena buat semua k.
Kadang saya hanya bagi air kelapa, rendam magnesium dan anak tak pakai baju. Kain basah semua tak buat pun. Eh anak dah sembuh esok pagi.

InsyaAllah kita cuba jaga usus anak supaya sihat selalu.

Kredit: Dr Mazliana Mazlan

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Published by
NuFa