Ibu ayah mana yang boleh duduk diam bila anak demam tak kebah-kebah. Kalau boleh nak gantikan sahaja tempat anak. Badan panas, merengek, muntah-muntah, hilang selera makan, antara simptom yang dialami oleh anak bila demam.
Kalau demam biasa, 2-3 hari sudah baik, legalah hati ibu ayah tapi kalau suhu badan masih mencecah 39 darjah selsius ke atas walaupun sudah lebih tiga hari maka segeralah bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan rapi dan rawatan lanjut. Bimbang demam tersebut adalah petunjuk pada penyakit lain pula.
Pengalaman yang dilalui oleh seorang ibu yang juga doktor iaitu Dr. Erna Nadia boleh dijadikan panduan berguna untuk semua ibu bapa yang ada anak kecil.
Anak demam & suhu terus tinggi
Pagi semalam anak saya menggigil teruk dan muntah tiga kali.
Dia dah demam tiga hari tapi masih aktif dan berselera. Saya ingat dia dah nak kena sawan sebab teruk sangat gigil dia. Terus saya bagi ubat bontot dan bawa dia ke klinik kesihatan berdekatan.
Kebetulan saya ambil cuti sebulan tanpa gaji untuk jaga dia dan emak saya.
Sampai di klinik, tekan loceng dan mencari cari misi.
Saya jadi kalut sebab anak saya tak pernah menggigil macam ni. Bila periksa suhu, punyalah tinggi suhu : 39.5. Itu pun dah bagi ubat bontot.
Maknanya, sebelum bagi tu mesti lebih 40.
Terus saya lap lap badan dia sementara tunggu misi datang ambil darah.
Rupanya anak kena tonsils
Bila keputusan darah siap, rupanya darah putih dia tinggi.
Dan bila diperiksa, tonsils dia bengkak tahap dua dan ada putih sedikit.
Jadi, diagnosis dia adalah Acute bacterial tonsillitis.
Dapat paracetamol, amoxycillin dan ORS.
Harini Alhamdulillah nampak ok sikit.
Cuma perlu habiskan antibiotik seminggu insha Allah.
Ok,apa sebenarnya tonsilitis ni?
Tonsils adalah limfoid yang berada di kiri dan kanan tekak.
Ianya berwarna merah jambu.
Ads
Biasanya,untuk kanak kanak, tonsils ini bertindak sebagai sistem pertahanan pertama jika diserang kuman samada virus atau bakteria. Kuman akan terkumpul di situ supaya kuman tidak merebak ke bahagian badan yang lain.
Jadi, tonsils yang dijangkiti kuman akan menjadi bengkak dan kemerahan.
Ada juga yang bernanah,ada juga yang bertompok putih.
Ada empat tahap.
Tahap terakhir adalah berbahaya kerana tonsils telah bercantum ( kissing tonsils) yang boleh menyebabkan sesak nafas yang teruk.
Jika tidak dirawat dengan betul, kuman boleh menyerang organ badan lain seperti buah pinggang, paru paru dan darah. Jadi, jangan ambil enteng.
Apabila kanak kanak semakin membesar,sistem pertahanan mereka menjadi lebih kuat dan tonsils akan mula mengecut dan fungsinya semakin berkurang seiring dengan peningkatan usia.
Bagaimana boleh terjadi tonsilitis?
Kebanyakkan adalah disebabkan oleh virus.
Ada juga disebabkan oleh bakteria.
Ads
Bila ada orang lain yang ada jangkitan virus atau bakteria yang bersin atau batuk dan melepaskan berjuta juta kuman ke udara, individu yang bernasib malang akan terkena samada secara terus atau tidak terus.
Terus adalah apabila kuman tu terus masuk ke mulut atau hidung.
Tidak terus adalah seperti apabila kuman tu jatuh di sofa atau permukaan lain dan kita secara tak sengaja tersentuh dengan permukaan tu.
Yang paling senang kena adalah kanak kanak kerana immune mereka masih lemah.
Sebab tu kalau boleh tak payah bawa sangatlah anak anak kecil ke tempat tempat berisiko macam pasar malam, kedai mamak, tempat shopping yang crowded kerana kita taktau orang lain ada sakit apa.
Ini tidak,bila habis pantang,bayi baru 40 hari hidup,kita dah bawa mandi air terjun atau pergi fun fair?????
Gejala gejala tonsilitis ada diterangkan di dalam gambar di bawah.
Jika ada masalah seperti di dalam gambaq dan semakin teruk atau tiada tanda tanda sembuh,tolonglah ke klinik berdekatan dan dapat kan rawatan.
Wajib ambil darah untuk tengok samada jangkitan itu disebabkan virus atau bakteria atau mungkin masalah lain.
Ads
Ada banyak penyebab kenapa berlakunya setiap simptom yang disebutkan.
Bukan semua demam adalah disebabkan jin semata.
Kadangkala, kita perlukan throat swab( sedikit tisu di bahagian jangkitan) untuk dapatkan diagnosis yang lebih tepat.
Apakah rawatan yang akan diberikan?
Paracetamol atau ibuprofen
Untuk melegakan sakit tekak dan mengurangkan demam.
Panadol tu bukan untuk demam sahaja ok. Ianya juga adalah analgesic iaitu ubat tahan sakit.
2. Lozenges
Untuk melegakan sakit tekak
3. Antibiotik
Hanya jika keputusan darah atau tonsils ada tanda tanda jangkitan bakteria
Bukan semua tonsilitis perlukan antibiotik,jadi jangan minta minta antibiotik sangat
Rawatan sendiri yang boleh dilakukan adalah:
Berkumur dengan air garam
Minum air suam atau ais dengan banyaknya
Makan aiskrim untuk memberikan rasa kebas
Makan makanan yang lembut lembut
Berhenti merokok
Berehatlah di rumah
Jangan bercium cium sangat
Untuk bayi yang menyusu badan, teruskan susu badan
Untuk bayi yang minum susu formula,jika bayi tak mahu menyusu,jangan paksa. Banyakkan air masak ( untuk bayi lebih 6 bulan). Bayi bawah 6 bulan, sila bawa ke hospital kalau kurang minum.
Jangan lupa periksa pampers bayi setiap 4-6 jam. Kalau kurang air kencing atau tak ada air kencing,tolonglah bawa ke klinik atau hospital segera. Tidak ada air kencing bermaksud bayi dalam keadaan dehidrasi.
Kalau di Russia, mereka suka minum madu campur lemon sikit. Minum suam suam. Besttt
Ada yang nak minum air asam jiwa, pun tak ada masalah cuma elok banyakkan air masak.
Biasanya, tonsilitis akan sembuh dalam masa 7-10 hari.
Jika masih tidak sembuh dalam seminggu, akan ada rawatan lain seperti tukar antibiotik yang kuat atau mungkin buang sahaja tonsils tersebut.
Jika tonsilitis terlalu kerap terjadi ( sebulan atau dua bulan sekali) atau Ianya mengganggu rutin harian, mungkin doktor akan sarankan untuk buang terus tonsils.
Sebab tu, dapatkan rawatan doktor bertauliah bukan doktor acah acah.
Insha Allah, prognosis tonsilitis adalah baik??
Nota kaki: Ingat ya, yang penting jangan gabra , nanti caca merba.
Dr. Erna Nadia Kita mengingatkan diri kita dengan mengingatkan orang lain. Kalau kita sendiri tak amalkan, kita sendiri yang malu
Anak dah masuk umur 6 tahun tapi masih tak boleh membaca. Mesti ibu ayah risau memikirkannya kan? Setiap kali diajak belajar membaca mesti akan berakhir dengan anak menangis dan ibu atau ayah menyinga.
Cuba kalau bermain, laju je anak-anak kalau boleh tak nak berhenti bermain. Jangan cepat marah ibu ayah. Memang fitrah anak kecil adalah bermain. Apa kata lakukan kaedah membaca dalam suasana ceria seperti bermain.
Sebagai ibu dan guru yang berpengalaman luas mendidik anak-anak pra sekolah, Puan Masturah A. Latib berkongsi tips yang dilakukan sendiri mengajar anaknya membaca.
TIPS AJAR ANAK MEMBACA DI RUMAH
Sebagai ibu bapa, kita mesti tahu yang FITRAH anak 0-6 tahun adalah BERMAIN. Jika anda mahu anak belajar tentang sesuatu, cara paling berkesan adalah dengan BERMAIN.
Bila kita sebut BERMAIN, tentulah suasananya lebih santai, seronok dan anak-anak mendapat satu kepuasan ketika sedang bermain juga yang paling penting STRESS FREE.
Dan ketika ini juga anak dah bersedia untuk menerima sesuatu yang baru, cabaran baru, permainan baru.
Jadi, ibu bapa hanya perlukan sedikit perancangan untuk memastikan sesi BERMAIN itu sebagai satu sesi PEMBELAJARAN tanpa di sedari. Pendek kata, mereka tak sedar pun dalam mereka bermain tu mereka sedang belajar sesuatu
Ada beberapa tips/panduan yang saya ingin kongsi hasil daripada bacaan buku AJAR ANAK KECIL MEMBACA AWAL, terbitan READNETWORK dan di tulis oleh pn Nik Eliani Nik Nawi dan tn hj Othman Ahamad.
1. SINGKATKAN MASA
Perlu diingat, had waktu anak lelaki dan anak perempuan tidak sama terutama yang berumur dapam lingkungan 4-5 tahun. Anda sebagai ibu bapa lebih mengenali anak-anak anda bukan?
Namun, masa yang paling baik yang dicadangkan oleh penulis ialah 5 minit untuk anak PEREMPUAN, 2 minit untuk anak LELAKI.
Jadi, sesi masa untuk sesi belajar bagi anak-anak yang sesuai ialah 2-5 minit sahaja. Ini secara intensif, jika anda mahu melanjutkan lagi sesi belajar anak, gantikan dengan sesi bermain.
Contoh :-
2-5 minit === sesi belajar SEBUT BUNYI & KENAL SIMBOL
5-10 minit === sediakan aktiviti BERMAIN yang sesuai dengan apa yang anak dah belajar tadi. (Boleh rujuk dalam buku permainan kreatif)
SINGKATKAN MASA untuk pembelajaran yang lebih berkesan dan sediakan aktiviti BERMAIN untuk pengukuhan anak-anak.
2. BERHENTI SEBELUM JEMU
Adalah lebih baik jika anda berhenti mengajar ketika anak masih dalam MOOD belajar. Uiks, kenapa macam tu?? Anak tengah syok belajar kenapa nak STOP?? haaa… ini lah tricknya, supaya anak itu berasa tidak puas belajar dan memudahkan kita untuk meneruskan sesi seterusnya nanti. Which is by that time anak tu dah tak sabar nak belajar lagi dan lagi dan lagi
3. KERAP / BERULANG
Anak-anak kecil ni mudah lupa, tambahan pula jika diajar sesuatu yang tidak bermakna dalam hidup mereka di tambah pula dengan aktiviti bermain yang tidak menarik dan bermakna.
Itu yang selalu timbul isu “anak saya ni kalau saya ajar, esok bila tanya dia dah lupa” atau pun ” saya ajar dia ari ni, tanya semula esok dah lupa”.
Apa nak buat ek?? pembelajaran perlu BERULANG, tak perlu lama, tapi KERAP kali.
Masa yang sesuai amat penting, seperti yang dicadangkan penulis Ajar Anak Kecil Membaca Awal, selepas mandi, selepas makan, selepas menonton rancangan tv dan sebelum tidur.
Contoh : – Ajar sebut bunyi
Selepas sarapan pagi – ajar sebut bunyi dan asosiasi(2-5 minit)
selepas makan tengah hari – tanya bunyi yang diajar, minta anak buat asosiasi (2-5 minit)
selepas menonton TV – buat latihan sebut bunyi beserta asosiasi bersama anak
sebelum tidur – tanya anak bunyi apa dan macam mana asosiasi untuk bunyi tersebut
tadaaaaa…… mudah kan???
Kemahiran menggabung bunyi amat penting dalam proses mengajar anak membaca menggunakan kaedah Fonik Bacalah Anakku.Adik Aqilah, 4 tahun sebelum ini telah menguasai gabung bunyi secara lisan.Sekarang, adik Aqilah dapat menggabung bunyi menggunakan kad dengan mudah. Inilah proses awal anak2 belajar untuk menguasai gabung bunyi dalam kaedah Bacalah Anakku#buildingthereadingcircuit#fonikgabungbunyiBacalahAnakku
Anak-anak lah orang yang paling mudah, senang memberi kerjasama jika kita pandai mengambil hati mereka. Benda paling mudah ialah PUJI dan PUJI dan PUJI.
Wahhh….. bukan main lebar senyuman bila diberi pujian.
cer ibu try test kalau tak percaya.
Melalui pengalaman saya dengan anak nombor 2, Nur Ain Syakirah, Dia seorang yang sangat low self confident. Dia selalu menganggap dirinya ‘tak pandai’. Pada dia, kakak lebih pandai, kat sekolah pandai, kat rumah pun pandai.
Tapi, selepas saya sentiasa beri galakan terutama dalam proses mengajar dia membaca, tanpa dia sedari yang dia dah boleh membaca, ada satu hari dia tanya saya ” ibu, kenapa ain dah pandai baca?” masa ni la saya puji dia kaw kaw ” haaaa… siapa kata ain tak pandai? ain pandai baca sebab ain rajin usaha, ain rajin belajar… orang yang rajin, cepat la pandai ”
Sejak hari tu sehinggalah sekarang, buku menjadi kawan baiknya, ke mana sahaja dia pergi, di heret semua buku kegemarannya bersama. Alhamdulillah
Jadi, buat ibu bapa sekalian, sentiasalah beri galakan pada anak-anak kita, puji dan berilah lah ganjaran kepada mereka atas usaha dan semangat mereka dalam belajar sesuatu perkara.
“pandainya anak ibu” “hebatnya anak abah “ “Terbaiklah kakak, baru ajar sekali dah pandai “
5. KEEP CALM/ KEEP COOL
Saya sendiri sebagai ibu masih dalam proses meng ‘kool’kan diri. Teacher percaya ini merupakan halangan dan cabaran paling utama di kalangan ibu bapa, kan kan kan?
Dengan karenah anak yang pelbagai, tambah anak ramai macam ai
ni, fuhhhh!!!! betul betul menguji tahap kesabaran.
Cadangan penulis, waktu belajar mesti SINGKAT, ngam ngam dengan TAHAP KESABARAN KITA. Kalau anak perlu berhenti sebelum jemu, kita perlu berhenti sebelum MELETOP
Intonasi, nada suara perlu juga ‘COOL and STEADY ‘ . Suasana belajar yang tidak tenang dan keadaan yang tertekan akan menyebabkan sesi pembelajaran menjadi tidak BERMAKNA dan BERKESAN. ibu fed up, anak pun down
Jadikan seai pembelajaran lebih menyeronokkan dan menyenangkan. Anak bersedia, ibu lebih tenang… KEEP CALM AND KEEP COOL
Oleh itu, untuk memastikan sesi belajar lebih berkesan dan bermakna, belajarlah mengikut FITRAH anak anak itu sendiri. Kita masuk dunia mereka, jangan bawa masuk mereka dalam dunia kita
Sama-sama berkongsi dan memberi manfaat pada yang lain di luar sana.
Sebagai ibu dan ayah yang baik, seeloknya didiklah anak untuk saling menyayangi antara adik-beradik. Pupuk nilai-nilai murni dan mengutamakan keluarga dalam diri mereka sedari kecil.
ajar anak,ajar anaja
Bergaduh kecil sesekali itu lumrah, namun sekiranya anda sudah mendidik mereka erti kasih sayang antara adik-beradik, tidak mustahil mereka akan berbaik dalam masa yang singkat lantaran tahu menilai kasih sayang yang telah anda terapkan dalam diri mereka.
Berikut adalah antara perkara yang perlu dilakukan semasa anak-anak anda masih lagi kecil. Diharapkan ia dapat membantu anda membina hubungan adik-beradik yang kukuh sepanjang hayat;
1. Makan bersama
Dalam sehari, pastikan anda dan anak-anak berkumpul seisi keluarga untuk makan bersama-sama. Selesai makan, anda dan mereka boleh saling berbual dan bercerita tentang apa sahaja yang berlaku pada hari kejadian. Dengan yang demikian, semua ahli keluarga berasa seronok apabila dapat terlibat dalam aktiviti seharian masing-masing.
2.Jaga antara satu sama lain
Sentiasa ingatkan anak-anak untuk menjaga diri mereka antara satu sama lain. yang lebih berusia perlu tengok adiknya yang lebih kecil. malah anak yang lebih muda pun boleh melakukan perkara yang sama juga.
Sebelum tidur katakan pada anak-anak “Abang atau kakak perlu jaga adik. Begitu juga adik. Perlu juga jaga abang atau kakak.” Percayalah jika dari kecil anda sudah ingatkan perkara ini kepada anak-anak, apabila mereka dewasa kelak, pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka.
3. Berlaku adil
Tanpa sedar, kadang-kadang ibu bapa itu sendiri berlaku tidak adil kepada anak-anaknya.
Paling biasa dilakukan ialah apabila adik buat silap, kakak atau abangnya akan dipersalahkan. Hal sebegini akan membuatkan anak yang tua berasa kecil hati dan berdendam kepada adiknya.
Sama juga halnya apabila membeli sesuatu barangan. Pastikan anda sentiasa berlaku adil. Hal ini penting untuk tidak menimbulkan perasaan cemburu di antara mereka. Tidak kira apa-apa pun, sebenarnya setiap anak mahu dihargai secara sama rata. Untuk itu, anda perlu bijak mengawal keadaan.
4. Tolong-menolong
Biarpun anak-anak masih kecil tetapi sikap tolong-menolong perlu diajar daripada awal. Antara yang boleh anda lakukan ialah meminta adik dan kakak atau abangnya sama-sama mengemas alat permainan yang telah digunakan semasa bermain bersama-sama. Sambil mereka mengemas, jangan lupa selitkan kata-kata pujian kepada mereka. Pastikan mereka bangga dapat berbuat baik sesama sendiri.
5. Tunjukkan contoh baik
Jika mahu anak-anak berhubungan baik antara satu sama lain, anda sendiri pun perlu menjaga hubungan dengan adik-beradik. Sikap saling tolong-menolong, ziarah-menziarahi dan saling berhubung antara anda dan adik-beradik, secara tidak langsung menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan yang ada itu perlu dijaga setiap masa. Contoh yang baik seperti ini dapat mereka jadikan panduan di masa hadapan mereka.
Membesarkan anak pada masa ini tidak semudah ketika kita sewaktu kecil dahulu. Ini kerana terdapat pelbagai ‘ancaman’ dan tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa. Dengan kecanggihan teknologi dan sebagainya, sedikit sebanyak mendatangkan tekanan atau stres kepada kita dan juga anak-anak kita.
Mungkin ada orang dewasa boleh mengalihkan stres yang dialami dengan pelbagai cara alternatif, tetapi kanak-kanak yang mengalami stres tidak dapat mengendalikan rasa tertekan yang dialami. Ini menyebabkan mereka mengeluarkannya menerusi kelakuan yang ditunjukkan.
Kemungkinan kanak-kanak yang terlalu kuat meragam dan buat perangai adalah kanak-kanak yang sedang mengalami stres. Adakah anak anda sedemikian? Cuba kita semak 8 ciri-ciri berikut:
Susah tidur
Petunjuk awal kanak-kanak mengalami stres adalah mereka tergolong dalam kelompok anak yang sukar tidur. Waktu tidur yang tidak menentu, sering tidur lewat malam bahkan ada yang menjelang pagi, sentiasa resah dan jika tidur hanya seketika. Sepatutnya pada usia kanak-kanak, mereka perlu tidur seawal pukul 9 malam dan tidur lena yang berkualiti kerana ia penting untuk perkembangan yang sihat dan positif.
Terlalu aktif
Ada kanak-kanak tidak boleh duduk diam walau sekejap. Ada sahaja yang ingin dilakukan dan biasanya hal yang dilakukan berbahaya kepada dirinya dan sering membuatkan anda marah. Lebih teruk, kanak-kanak ini akan merosakkan barang yang dipegangnya.
Pemalu
Sikap pemalu berlebihan yang ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak kemungkinan petanda dia mengalami stres. Anda patut berasa curiga sekiranya terlalu malu dan takut apabila berjumpa dengan orang yang baru dikenali.
Suka mengamuk
Ada kalangan kanak-kanak yang mudah mengamuk dan meragam jika kemahuannya tidak dituruti. Sikap suka menggigit, menendang, memukul, menumbuk, menjerit tanpa sebab juga salah satu ciri anak stres. Kesabaran anda sangat diperlukan dalam menangani situasi ini. Kemarahan dan tengkingan dari anda hanya akan meningkatkan lagi stres si anak.
Cerewet makan
Terlalu cerewet dalam bab makan, bahkan hanya akan makan makanan kegemarannya sahaja dan enggan langsung makan makanan lain.
Kencing malam
Anak anda sudah besar tetapi kerap kencing malam di atas katil? Ini antara tanda-tanda anak stres dan kurang percaya pada diri sendiri. Dia berasa tidak tenang, Ia merasa tidak selesa dan kurang mendapat perhatian sehingga terbawa ke dalam tidur perasaan tersebut sehingga sukar mengendalikan rasa hendak buang air kecil.
Mudah menangis
Cengeng adalah gelaran yang diberikan kepada anak kecil yang kuat menangis. Kanak-kanak yang mudah menangis dan tangisannya sukar dihentikan seolah-olah satu tanda meluahkan perasaan kemungkinan juga mengalami stres.
Ketakutan
Kanak-kanak yang stres selalu mengalami ketakutan tanpa sebab. Dia seperti kehilangan rasa tenang sehingga memerlukan lebih perhatian daripada ibu dan ayah.
Sumber: mamapeduli.blogspot.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.