Ibu ayah mana yang boleh duduk diam bila anak demam tak kebah-kebah. Kalau boleh nak gantikan sahaja tempat anak. Badan panas, merengek, muntah-muntah, hilang selera makan, antara simptom yang dialami oleh anak bila demam.
Kalau demam biasa, 2-3 hari sudah baik, legalah hati ibu ayah tapi kalau suhu badan masih mencecah 39 darjah selsius ke atas walaupun sudah lebih tiga hari maka segeralah bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan rapi dan rawatan lanjut. Bimbang demam tersebut adalah petunjuk pada penyakit lain pula.
Pengalaman yang dilalui oleh seorang ibu yang juga doktor iaitu Dr. Erna Nadia boleh dijadikan panduan berguna untuk semua ibu bapa yang ada anak kecil.
Anak demam & suhu terus tinggi
Pagi semalam anak saya menggigil teruk dan muntah tiga kali.
Dia dah demam tiga hari tapi masih aktif dan berselera. Saya ingat dia dah nak kena sawan sebab teruk sangat gigil dia. Terus saya bagi ubat bontot dan bawa dia ke klinik kesihatan berdekatan.
Kebetulan saya ambil cuti sebulan tanpa gaji untuk jaga dia dan emak saya.
Sampai di klinik, tekan loceng dan mencari cari misi.
Saya jadi kalut sebab anak saya tak pernah menggigil macam ni. Bila periksa suhu, punyalah tinggi suhu : 39.5. Itu pun dah bagi ubat bontot.
Maknanya, sebelum bagi tu mesti lebih 40.
Terus saya lap lap badan dia sementara tunggu misi datang ambil darah.
Rupanya anak kena tonsils
Bila keputusan darah siap, rupanya darah putih dia tinggi.
Dan bila diperiksa, tonsils dia bengkak tahap dua dan ada putih sedikit.
Jadi, diagnosis dia adalah Acute bacterial tonsillitis.
Dapat paracetamol, amoxycillin dan ORS.
Harini Alhamdulillah nampak ok sikit.
Cuma perlu habiskan antibiotik seminggu insha Allah.
Ok,apa sebenarnya tonsilitis ni?
Tonsils adalah limfoid yang berada di kiri dan kanan tekak.
Ianya berwarna merah jambu.
Biasanya,untuk kanak kanak, tonsils ini bertindak sebagai sistem pertahanan pertama jika diserang kuman samada virus atau bakteria. Kuman akan terkumpul di situ supaya kuman tidak merebak ke bahagian badan yang lain.
Jadi, tonsils yang dijangkiti kuman akan menjadi bengkak dan kemerahan.
Ada juga yang bernanah,ada juga yang bertompok putih.
Ada empat tahap.
Tahap terakhir adalah berbahaya kerana tonsils telah bercantum ( kissing tonsils) yang boleh menyebabkan sesak nafas yang teruk.
Jika tidak dirawat dengan betul, kuman boleh menyerang organ badan lain seperti buah pinggang, paru paru dan darah. Jadi, jangan ambil enteng.
Apabila kanak kanak semakin membesar,sistem pertahanan mereka menjadi lebih kuat dan tonsils akan mula mengecut dan fungsinya semakin berkurang seiring dengan peningkatan usia.
Bagaimana boleh terjadi tonsilitis?
Kebanyakkan adalah disebabkan oleh virus.
Ada juga disebabkan oleh bakteria.
Bila ada orang lain yang ada jangkitan virus atau bakteria yang bersin atau batuk dan melepaskan berjuta juta kuman ke udara, individu yang bernasib malang akan terkena samada secara terus atau tidak terus.
Terus adalah apabila kuman tu terus masuk ke mulut atau hidung.
Tidak terus adalah seperti apabila kuman tu jatuh di sofa atau permukaan lain dan kita secara tak sengaja tersentuh dengan permukaan tu.
Yang paling senang kena adalah kanak kanak kerana immune mereka masih lemah.
Sebab tu kalau boleh tak payah bawa sangatlah anak anak kecil ke tempat tempat berisiko macam pasar malam, kedai mamak, tempat shopping yang crowded kerana kita taktau orang lain ada sakit apa.
Ini tidak,bila habis pantang,bayi baru 40 hari hidup,kita dah bawa mandi air terjun atau pergi fun fair?????
Gejala gejala tonsilitis ada diterangkan di dalam gambar di bawah.
Jika ada masalah seperti di dalam gambaq dan semakin teruk atau tiada tanda tanda sembuh,tolonglah ke klinik berdekatan dan dapat kan rawatan.
Wajib ambil darah untuk tengok samada jangkitan itu disebabkan virus atau bakteria atau mungkin masalah lain.
Ada banyak penyebab kenapa berlakunya setiap simptom yang disebutkan.
Bukan semua demam adalah disebabkan jin semata.
Kadangkala, kita perlukan throat swab( sedikit tisu di bahagian jangkitan) untuk dapatkan diagnosis yang lebih tepat.
Apakah rawatan yang akan diberikan?
2. Lozenges
3. Antibiotik
Rawatan sendiri yang boleh dilakukan adalah:
Biasanya, tonsilitis akan sembuh dalam masa 7-10 hari.
Jika masih tidak sembuh dalam seminggu, akan ada rawatan lain seperti tukar antibiotik yang kuat atau mungkin buang sahaja tonsils tersebut.
Jika tonsilitis terlalu kerap terjadi ( sebulan atau dua bulan sekali) atau Ianya mengganggu rutin harian, mungkin doktor akan sarankan untuk buang terus tonsils.
Sebab tu, dapatkan rawatan doktor bertauliah bukan doktor acah acah.
Insha Allah, prognosis tonsilitis adalah baik??
Nota kaki: Ingat ya, yang penting jangan gabra , nanti caca merba.
Dr. Erna Nadia
Kita mengingatkan diri kita dengan mengingatkan orang lain.
Kalau kita sendiri tak amalkan, kita sendiri yang malu