
Musim sekarang ini, boleh dikatakan ramai anak-anak kecil tak sihat. Demam, batuk dan selesema antara yang biasa dihadapi dan buatkan ibu bapa pun risau. Kadang baru je baik, sakit semula.
Perkongsian daripada seorang ibu atas akaun @ayishwafiy di TikTok boleh beri peringatan buat ibu bapa untuk lebih memantau keadaan kesihatan anak terutamanya yang masih kecil.

Dalam perkongsian tersebut, ibu ini memaklumkan anak perempuannya dikenali sebagai Yaya kerap mengalami demam on off tak baik selama dua bulan sehinggakan doktor di klinik pun pelik sebelum diminta untuk membuat rujukan pakar.
@ayishwafiy #VirusRSV ♬ suara asli – 🌀WILFEXBOR🌀
Setelah mendapatkan nasihat doktor pakar, anak perempuannya itu dilaporkan telah mengalami jangkitan virus RSV ataupun nama saintifiknya, Respiratory Syncytial Virus.

Virus ini dikatakan boleh menyerang saluran pernafasan dan menyebabkan jangkitan paru-paru terutamanya buat kanak-kanak dan bayi yang berusia 2 tahun ke bawah.
Menurut doktor pakar yang merawat Yaya, virus itu juga sedang aktif menyerang dan menjangkiti kanak-kanak.
@ayishwafiy #fyp ♬ Miss Each Other Because of Love – Tido Kang
Antara simptom-simptom yang dialami oleh Yaya adalah demam panas on off yang kerap tapi tak berpanjangan (hampir 2 bulan – mencapai 40).

Selain itu Yaya juga susah bernafas, batuk berkahak, muntah, tak aktif dan hilang selera makan.

Pesan ibu ini juga, jika nampak keadaan ini berlaku pada anak cepat bawa ke hospital. Jangan bertangguh! Pantau kesihatan anak agar sakit yang dialami tidak memudaratkan.
Kredit: TikTok ayishwafiy
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Bangga! 5 Hulubalang Bakal Angkat Jenazah Kita Nanti”, Isteri AG Azmeer Selamat Lahirkan Cahaya Mata Lelaki!

Kelahiran cahaya mata sememangnya menjadi penambah kasih sayang keluarga. Berkongsi berita gembira di laman instagram, pengacara dan penyampai radio, AG Azmeer memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata ke-5 mereka pada tanggal 10 September lalu.
Kata AG di dalam entrinya, kehadiran anak kelimanya ini menambahkan lagi kasih sayang dan kegembiraannya dan keluarga. Malah melalui entri yang sama, suami dan bapa penyayang ini juga turut berkongsi wajah comel anak kelimanya. Comel sekali.

Alhamdulillah, di hari Jumaat yang mulia ini , AG nak share berita gembira. Pada 10 Sept 2020 yang lalu, genap seminggu sudah, Allah kurniakan kami seorang lagi anak lelaki. Ya Allah, syukur ke hadrat Mu.. tiada yang terbaik selain dari pemberian mu ya Allah.
Kehadiran buah hati ke 5 AG n wife @mel_hulubalang menambahkan lagi kasih sayang dan kegembiraan kami sekeluarga. Syukur…Alhamdulillah. Moga Allah panjangkan umur kita semua untuk di beri kesempatan mendidik anak-anak kita untuk mendoakan kita di alam kubur kelak. Inshaallah … Aminnnn,” katanya berkongsi gembira.
View this post on InstagramA post shared by Ag Azmeer (@ag_azmeer) on
Nama Indah Buat Hulubalang Kelima
Dalam pada itu, bapa penyayang ini juga turut berkongsi nama indah yang dipilih buat putera kelimanya ini. Penyampai radio Kool.fm sebelum ini memiliki empat anak lelaki sebagai pelengkap hidupnya bersama isteri tercinta.
Meskipun masih belum dikurniakan anak perempuan, namun AG tetap bersyukur dengan kurniaan dan rezeki Allah buatnya.
“Muhammad Aesry Athmar bin Muhammad Azmir .. daddy, mama n abang love u soooo much!!” ❤️❤️❤️
Suami penyayang ini tidak ketinggalan mengucapkan rasa syukur malah berterima kasih kepada bidadari hatinya yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak kelimanya ini. Malah katanya lagi, biarpun tidak dikurniakan anak perempuan, dia berbangga mempunyai lima cahaya mata lelaki yang bakal mengangkat jenazahnya kelak.
“@mel_hulubalang terima kasih bidadari hati 🌹💋.. 15 tahun usia perkahwinan kita. Rasa bangga kerana Allah memilih kita untuk memiliki 5 anak lelaki. Inshaallah , jika diizinkan Allah, ke 5 hulubalang kita yang akan mengangkat jenazah kita nanti. Aminn Ya Allah”.
“Pada kawan-kawan yang masih menanti hadirnya cahaya mata, di hari Jumaat yang mulia ini AG dan sekeluarga mendoakan agar Allah mempercepatkan rezeki kawan semua. Amin Ya Rabbal Alamin,” kata AG lagi.

Dalam pada itu, para pengikut AG serta rakan-rakan artis tidak ketinggalan mengucapkan tahniah di atas kelahiran ini.


Terdahulu, AG telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Emelda Amir pada tanggal 30 April 2005. Malah pasangan sepadan ini juga turut memiliki empat cahaya mata, Muhammad Aeril Aqmar, Muhammad Arraz Ammar, Muhammad Aqriz Anmar serta Muhammad Affan Afmar.
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina #AstroRIA #MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents
Sumber: @ag_Azmeer
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Asap Rokok Tetamu Di Majlis Akikah, Undang Maut Buat Bayi Berusia Sebulan

Umum mengetahui merokok membahayakan kesihatan, malah ia turut memberi kesan kepada orang-orang di sekitar yang turut menghidu asap rokok yang dihasilkan. bukan sahaja membahayakan kesihatan orang dewasa, malah kanak-kanak dan bayi juga tidak terkecuali.
Kisah seorang bayi meninggal dunia kerana asap rokok yang dihidu ketika acara akikah di Indonesia ini tentu dapat membuka mata semua. Hafizh Syawal bayi yang baru berusia sebulan meninggal dunia kerana terhidu asap rokok seorang tetamu ketika berlangsung majlis cukur jambul dan akikahnya pada Julai 2017.
Tidak sedar ada tetamu yang merokok
Ibunya Fitria Indah Lestari menyatakan tidak tidak menyedari akan kehadiran perokok kerana sibuk melayan tetamu jemputan malah dibiarkan si kecil Hafizh di ruang tamu kediaman mertuanya kerana ramai yang hadir ingin melihat si kecilnya itu.
“Pagi itu, tgl 17 juli 2017 kami sekeluarga akan mengadakan pesta cukur rambut dan aqiqah untuk hafizh. Kami pun menginap dari seminggu yang lalu dirumah ibu mertuaku (acara diadakan dirumah ibu mertuaku, karna di rumahku lingkungannya terlalu sempit).
Akhirnya pada malam acara itu putraku Hafizh ku bawa ke ruang tamu. Karna banyak tamu yg ingin melihat Hafizh, aku terlalu sibuk dengan tamu, sampai aku tak menyadari kalau ada orang yang sedang merokok.
Awalnya Hafizh baik-baik saja tak ada kendala. Sampai 2 hari sesudah acara itu, Hafizh batuk-batik dan nafasnya tersendat sendat (sesak).
Aku memberitahukan suamiku tentang keadaan Hafizh, akhirnya aku diberikan obat batuk. Karna Hafizh masih terlalu kecil, aku yang minum obatnya (saat itu aku menyusui)”

Bayi Mula Batuk & Sesak Nafas
Namun dua hari selepas majlis berlangsung, Hafizh mula mengalami batuk dan sesak nafas. Disebabkan masih menyusu, Fitria terpaksa meminum ubat batuk bagi melegakan sakit bayinya yang masih kecil itu.
Namun batuk Hafizh masih berterusan dan setelah di bawa ke hospital bayinya disahkan menghidap paru-paru berair selain terbaring lemah dengan bantuan mesin oksigen dan suntikan doktor.
“Ya Allah berat rasanya melihat putraku yang masih terlalu kecil masuk ke ruang IGD dan divonis mengalami pneumonia berat, kalau aku bisa meminta.
Aku saja yang terkena penyakit itu daripada aku harus melihat Hafizh terbaring lemah dengan infusan, oksigen, suntikan, dan lain lain :'(
Setiap detik, aku hanya menginginkan kabar baik yang diucapkan oleh dokter. Sampai pada akhirnya, Hafizh harus melakukan rontgen agar bisa diteliti lebih dalam penyakitnya.”
Setelah pemeriksaan X-ray dilakukan, ternyata keadaan Hafizh sudah semakin parah dan doktor meminta Fitria dan pasangan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
“Jadi gini Bu, Pak.. Bayi Hafizh ini mengalami pneumonia sangat berat. Ini hasil rontgennya, seharusnya paru parunya itu berwarna hitam. Tapi disini paru paru bayi hafizh hampir putih semua.
Hitamnya hanya sebagian aja. Saya minta tanda tangan untuk persetujuan kalau nanti terjadi hal yang tidak diinginkan ya Bu, Pak.”
Akhirnya Hafizh Pergi Jua
30 Julai 2017 merupakan Tarikh Hafizh menghembuskan nafas yang terakhir setelah dua minggu bertarung nyawa dengan pelbagai rawatan. Meskipun perit untuk Firtia dan suami terima namun keduanya pasrah pasrah dengan apa yang berlaku.
“Kulihat Hafizh menatapku dalam-dalam, seperti pertanda kalau ia akan meninggalkan aku pergi selamanya. Aku pun tersenyum membalas tatapannya.
Bunda sayaaanggg banget sma dd Hafizh. Kucium keningnya dan tak lama Hafizh pun ‘tiada’. Innalillahi wa inna ilaihi roji’un.

Semua menjadi sangat gelap. Duniaku telah pergi untuk selamanya. Tangisku dan tangis suamiku meledak.”
Walaupun sudah lama berlalu, kisah bayi meninggal kerana asap rokok ini perlu dijadikan pengajaran buat semua agar perkara sebegini tidak berlaku lagi pada masa hadapan.
Sumber: The Asian Parent Indonesia & Borakdaily
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Merah & Merengsakan Buat Bayi Tak Selesa. 10 Tip Doktor Kongsi Nak Elak Ruam Lampin Pada bayi!

Ruam lampin memang sering berlaku kepada bayi yang masih kecil, untuk elakkan perkara ini terjadi Dr Ahmad Samhan berkongsi 10 tip dengan penerangan sekali bagi memudahkan ibu-ibu menguruskan si kecil.
Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan.
Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha.
Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:
- Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.
- Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.
- Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor).
Saya kongsikan 10 tips elak ruam lampin bayi. Penerangan pada setiap gambar.
Kongsikan pada keluarga dan mak ayah yang ada anak kecil.
- Pastikan bayi dalam keadaan kering
Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.
- Tukar lampin dengan kerap

Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera. Jangan lengahkan dalam tempoh yang lama.
- Cuci dengan air

Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air.
- Guna krim ruam bayi

Guna krim ruam bayi setiap kali menukar lampin. Contoh krim ruam yang bagus seperti Sudocream, Drapolene Cream, Pureen Nappy Rash Cream, Sebamed Baby Diaper rash Cream, River Veda Nurture Nappy Rash Cream.
- Kurangkan penggunaan sabun

Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap memadai 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.
- Elakkan bedak talkum

Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik. Ini kerana bedak talkum merbahaya pada paru-paru dan boleh mengganggu pernafasan bayi. Kalau mahu guna juga, gunakan bedak talkum yang diperbuat dari ‘cornstarch’. Biarkan kawasan tersebut kering sentiasa.
- Longgarkan lampin

Pastikan bayi dalam keadaan selesa. Jangan pakaikan lampin ketat-ketat. Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.
- Jangan basuh cloth diaper dengan sabun pencuci

Ini untuk pengguna ‘cloth diaper’ sahaja. Elakkan guna sabun yang berbau wangi dan juga pelembut pakaian. Ini kerana bahan kimia akan bertindak dengan kulit bayi yang sensitif. Basuh sahaja dengan air panas dan bilas banyak kali. Pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.
- Minta probiotik atas saranan doktor

Probiotik menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat dalam usus yang boleh mengurangkan peluang anak anda mendapat ruam lampin.
- Breasfeeding/susukan bayi

Breastfeeding’? Nampak tidak relevan bukan? Jangan salah faham. Menyusu anak anda selama yang anda boleh. Penyusuan susu ibu meningkatkan ketahanan anak anda terhadap jangkitan secara umum dan menjadikan dia kurang memerlukan antibiotik.
Moga bermanfaat!
Dr. Ahmad Samhan
Mama jom take a break, jamu mata & shopping! Klik sini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

Akhirnya Hafizh Pergi Jua
