Jika anak selalu sakit, cuba periksa 6 perkara ini terlebih dahulu.
1. Terdedah pada virus di pusat jagaan
Menurut pakar, pusat penjagaan kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selsema dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Anak-anak kecil yang bergaul bersama lebih mudah dijangkiti kuman. Mereka juga masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar.
Ingatkan pada anak anda untuk basuh tangan selepas pulang dari taska dan segera tukar baju. Pastikan taska tersebut mengamalkan kebersihan pada cara penyediaan makanannya, persekitarannya dan pada anak muridnya.
2. Selalu makan makanan ringan
Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat, malah menjadikan anak lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak anda dengan memberikannya makanan kaya ‘phytonutrien’. Menurut pakar pemakanan, makanan kaya phytonutrien mudah dikenali kerana warnanya yang terang. Buah-buahan dan sayuran yang kaya phytonutrien ialah seperti beri biru, keledek, tomato dan bayam.
Ads
Lebihkan juga pengambilan makanan kaya Vitamin C seperti buah oren, vitamin D seperti tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.
3. Anak tak cukup tidur
Jangan biasakan anak tidur lewat dengan gajet di tangan atau menonton televisyen sehingga lewat malam. Ajarkan juga dia supaya lakukan kerja sekolah lebih awal supaya tidak perlu bersengkang mata untuk siapkannya.
Kanak-kanak yang tidak cukup tidur membuatkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Untuk anak di bawah umur 13 tahun, pastikan mereka mendapat tidur 10 jam sehari. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badan mereka.
Ads
4. Anak kurang bergerak aktif
Tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa, bersukan adalah cara terbaik untuk kekal sihat bertenaga. Asyik terperap saja di rumah menonton kartun.
Ajak anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar.Menurut kajian, bila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.
5. Berkongsi barang
Anak-anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.
Ads
Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan mereka dengan ‘hand sanitizer’ jika perlu. Ingatkan mereka untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangan tidak bersih kerana virus lebih mudah masuk melalui mata, hidung dan mulut. Latih mereka untuk tidak berkongsi cawan, straw dan berus gigi.
6. Mangsa asap rokok
Satu lagi perkara yang mungkin anda terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok terhadap bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada anda merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi ‘secondhand smoker’ tetap akan menjejaskan kesihatan mereka.
Ini kerana, anak-anak memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Bahkan, DoktorBudak.com melaporkan bahawa kanak-kanakyang tinggal bersama perokok ini lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.
Jika pasangan anda adalah perokok tegar dan masih belum boleh berhenti merokok, ingatkan mereka untuk mandi dan menukar pakaian setiap kali sebelum memegang bayi.
Sistem Imunisasi Anak Sedang Berkembang
Mengelakkan anak dari penyakit bukan perkara mudah. Kita juga perlu faham yang anak kecil lebih sering sakit kerana sistem imunisasinya sedang berkembang. Kekerapannya untuk jatuh sakit akan semakin berkurang apabila anak semakin membesar.
Ibu bapa perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi oleh ibu bapa. Jika penyakit berlarutan agak lama, segeralah dapatkan nasihat doktor.
Ruam ni gatal-gatal sikit, merah-merah terutamanya bila kena sabun, habuk atau bila berpeluh. Sikit-sikit je, dia hilang sendiri. Rupa-rupanya ekzema!
Ramai ada pengalaman macam ni. Ingatkan macam ruam “biasa-biasa” je boleh baik sendiri tetapi ekzema! Menyesal sebab ambil mudah dan tak serius awal-awal dulu. Nak salahkan ibu bapa pun tak boleh. Selalunya yang jadi macam ni biasanya anak pertama dan tak pengalaman kan?
Bagi ibu bapa yang keliru ruam anak ni ekzema atau ruam biasa-biasa je, Dr Hafiz Sulaiman kongsikan beberapa langkah boleh diambil supaya dapat penyelesaian yang cepat.1) PENGESAHAN
Kita bukan profesional yang dilatih mengenal penyakit. Jadi langkah terbaik ialah sahkan diagnosis dengan berjumpa dengan doktor. Jimat masa dan elak risiko main teka-teka atau tanya pendapat orang lain. “Expert” online tidak akan bertanggungjawab dengan “diagnosis” dan syor mereka online berbanding doktor kita di klinik.
2) PEMAKANAN
Mungkin ruam tu bukanlah sebab pemakanan. Namun begitu, merah keradangan dan kegatalan boleh jadi lebih teruk dengan pemakanan yang menyebabkan radang jadi lebih teruk.
Kita perlu tahu makanan yang paling asas boleh sebabkan radang jadi lebih teruk.
# Gluten
# Susu dan hasil tenusu (kecuali susu ibu)
# Gula berlebihan
# Makanan proses
Tak salah pun pantang makanan ni sekejap..malah makanan di atas kebanyakannya bukan makanan sihat.
3) PERSEKITARAN
Apa-apa persekitaran yang tidak “fitrah” bagi kulit bayi mungkin menyebabkan peningkatan stres pada kulit.
# Habuk dan hama
# Sabun yang beralkali (pH kulit adalah asid), merengsa dan bahan toksik seperti paraben, methylisothiazolinone, SLS dll.
# Cuaca terlalu sejuk atau terlalu panas.
# Terlalu bising atau sesak.
# Bahan kimia seperti minyak wangi, pelembap, minyak rambut.
# Air tercemar bahan kimia dan logam berat…atau tinggi chloramine. Jika radang seluruh badan, eloklah mandi air bertapis.
4) GAYA HIDUP
Gaya hidup bayi? Makan, main dan tidur lah.
# Bayi tak makan banyak. Jangan paksa bayi menyusu dan makan banyak jika bayi tak nak. Perut baby ni kecil, tak perlu banyak-banyak makan. Cuma perlu makanan padat nutrisi seperti susu ibu. Jika di bawah 6 bulan, susu ibu memadai mengikut keperluan individu bayi.
# Bayi ni tidur lagi banyak daripada makan dan bermain. Biarlah baby tidur lama dan sediakan persekitaran tidur yang sesuai dengan bayi kita. Secara amnya, persekitaran tidur kena gelap, sejuk dan senyap.
5) USAHA DAN TAWAKAL
Doa itu penting amat. Doakan anak kita diberi kesihatan yang baik, dan berusaha bersungguh-sungguh supaya anak pulih sihat seperti biasa. Membiarkan anak pulih sendiri adalah langkah tidak proaktif yang mungkin memudaratkan di kemudian hari.
Tawakal dan usaha akan jadikan kita lega dan tidak risau, bukannya dengan “assurance” dan bukannya kata penyedap hati orang lain bahawa anak kita tak ada apa-apa masalah.
Kesimpulannya, elakkan radang melarat. Jangan teka-teka dan bertangguh dalam ikhtiar pulihkan masalah kulit anak yang baru timbul supaya radang tak melarat. Ekzema ni kes yang sangat-sangat berleluasa di zaman moden ini yang sebenarnya jika kita jaga, insha Allah mungkin boleh dipulihkan peringkat awal.
Semoga tips ini bermanfaat dan menjadikan kita lebih berusaha dan redha dengan apa-apa ketentuan dariNya. Insha Allah ada hikmah bagi setiap sesuatu yang terjadi. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada anak-anak kita saya doakan.
SHARE post ni sebab ramai sangat yang ambil mudah ruam-ruam biasa kononnya ruam peluh yang akhirnya jadi ekzema.
**Teringin untuk dapatkan barangan anak pada harga istimewa, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Imbas kembali getir melahirkan anak, deejay radio Feeya Iskandar mahu anak jadi soleh & membesar dengan sihat.
Ibu-ibu selalu akan throwback pengalaman melahirkan anak, keperitan dan kesukaran yang dilalui semasa proses bersalin apabila tiba ulang tahun kelahiran anak.
Feeya Iskandar tidak ketinggalan mengimbau kembali kenangan melahirkan anak keduanya, Nuh Aryyan Nurashid Wahab setahun yang lalu.
feeyaiskandar sbb mummy dah ngantok,nk tunggu kul 12 lambat ag.so mumy nk wish happy birthday my gebu nuh arryan yg ke 1 thn.
cpt betul masa berlalu,tahun lepas time2 begini mummy tgh menahan sakit nk tunggu awk keluar.
Ingatkan awk keluar sama date dgn nenek awk tapi awk keluar kul 1 pagi daa 31 january 2018.
in sha allah mummy akan cuba utk jadi mummy terbaik utk anak2 mummy.semoga membesar dgn sihat.jadi anak yg soleh ya.kasih mummy pada awk tiada tandingan nya.❤️i love u so much nuh aryyan.
Apabila plasenta anda berpisah daripada rahim semasa proses kelahiran, tahap hormon progesteron dalam tubuh anda akan ketara menurun, seterusnya menyebabkan pengeluaran kolostrum dan susu badan.
Bayi baru lahir akan menerima kolostrum sebagai susu awal dalam tubuh ibu. 2 hingga 4 hari kemudian, susu badan anda akan ada dan menjadi cecair pertama.
“Akan tetapi, bagaimana jika pengeluaran susu badan saya terlalu sedikit untuk bayi?” – kebanyakan ibu bertanyakan mengenai soalan ini.
Artikel ini menyediakan anda punca paling lazim yang menyebabkan kekurangan penghasilan susu badan selepas bersalin.
Faktor berkemungkinan tiada susu badan selepas bersalin
1. Faktor kelahiran
Pendedahan kepada tekanan kerap dan berpanjangan: Lebihan hormon stres yang dibebaskan sebelum dan semasa kelahiran disebabkan oleh kesukaran untuk bersalin atau penggunaan forseps atau C-sections boleh menyebabkan penurunan dramatik kuantiti susu ibu dan mengelakkan susu badan daripada keluar.
Kehilangan darah yang banyak: Lelehan darah bersalin disebabkan keadaan kesihatan seperti pendarahan postpartum atau sindrom Sheehan syndrome boleh menyekat kemampuan otak untuk mengawal hormon laktasi.
Plasenta atau tisu plasenta halus terlekat: Jika plasenta terlekat dalam badan anda, paras progesteron tidak akan menurun. Maka, tiada isyarat susu awal dihantar kepada otak.
Salah jajaran vertebra tulang belakang.
Kelahiran pramatang: Jika bayi anda lahir sebelum tarikh jangkaan bersalin, tisu kalendar anda belum cukup matang untuk memulakan pengeluaran susu.
Penggunaan ubat penahan sakit.
Bayi berat semasa lahir.
2. Keadaan perubatan
Keadaan kesihatan ibu juga menjadi penyumbang besar kepada kuantiti dan kualiti pengeluaran susu selepas bersalin:
Diabetes: Ibu yang mengalami diabetes tetap atau diabetes sementara semasa hamil (atau diabetes gestasi) boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu.
Ini kerana penyusuan susu ibu amat bergantung kepada paras insulin. Ibu yang mengalami sebarang bentuk diabetes bermakna anda tidak boleh mengawal paras insulin anda, menyebabkan tubuh anda tidak mampu untuk mengawal pengeluaran susu badan.
Terlebih berat badan atau obesiti: Sama ada ia disebabkan gangguan metabolisma yang wujud sebelum hamil (seperti hyperthyroidism) atau disebabkan gaya hidup, ibu pasti berisiko tinggi mengalami kekurangan prolaktin jika bacaan BMI sebelum hamil adalah melebihi 26.
Sista lutein teka ovari gestasi: Ini merupakan keadaan luar biasa di mana tubuh menghasilkan jumlah testosteron berlebihan yang boleh menumpaskan pengeluaran susu yang betul semasa tempoh selepas kelahiran.
Bagaimanapun, paras testosteron akan beransur berkurangan selepas 3 hingga 4 minggu dan susu badan akan mula keluar apabila paras testosteron menurun kepada sekitar 300 mg/dL.
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/health-food/bees-talk-pure-honey-value-set-20159518?utm_source=pama&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”flat” background=”#ef402d” size=”6″]Bees Talk Pure Honey Value Set[/su_button]
3. Pengurusan penyusuan
Penting untuk setiap ibu untuk mula memerah susu menggunakan tangan dalam tempoh beberapa jam terawal selepas kelahiran, untuk merangsang pengeluaran susu dan mencegah pembengkakan payudara (akibat susu penuh).
Pembengkakan payudara adalah keadaan yang boleh menjurus kepada kekurangan susu badan.
4. Faktor lain yang berpotensi
Pengunaan ubat tertentu semasa kehamilan dan kelahiran berkait dengan pengurangan pengeluaran susu.
Risiko penghasilan susu terbantut akan meningkat seiring dengan usia ibu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.