Terdapat beberapa jenis ubat yang diambil dengan memasukkannya ke dalam rektum atau dipanggil ubat supositori seperti diclofenac, paracetamol dan sebagainya.
Umumnya supositori adalah ubatan kecil berbentuk torpedo yang dimasukkan ke dalam punggung – rektum. Ubat jenis ini akan cair di dalam rektum kerana kepanasan pada suhu badan dan seterusnya diserap ke dalam darah.
Bagaimanapun, ibu bapa yang ingin memberikan ubat jenis ini, perlu betul-betul faham mengenai jenis Supp. PCM dan Diclofenac.
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Doktor Pediatrik, Dr Redza Zainol ada jawapannya.
Baru-baru ni, kawan saya dari Selangor hubungi saya. Dia kata anak dia demam tinggi dan tak kebah-kebah. Bila pergi ke klinik, rupanya positif jangkitan Influenza.
Doktor tu nak bagi ubat demam melalui punggung tapi kawan saya ni tak bagi.
“Aku dengar bahaya bagi ubat demam melalui punggung. Betul ke?”
Ads
Saya kata gini.
Ada 2 jenis ubat demam yang selalu diberi melalui punggung ni. Yang pertama namanya Paracetamol.
Bila Paracetamol diberi melalui punggung, kita panggil ia sebagai Suppository Paracetamol.
Nama pendek dia Supp. PCM.
Yang kedua, namanya Diclofenac dan ia dibawah kumpulan NSAID (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drug).
Diclofenac pun boleh diberi melalui punggung dan nama pendeknya ialah Supp. Voren.
Ada 1 kajian yang diterbitkan di Jepun. Dia dapati kadar kematian meningkat bila ubat Diclofenac diberi pada pesakit yang positif jangkitan Influenza. Jadi, dah jelas yang kita tak boleh bagi Suppository Diclofenac kalau positif jangkitan Influenza.
Saya nasihatkan dia untuk guna Supp. PCM sahaja. Dos untuk Supp. PCM, kiraannya macam ni:
Ads
• Umur 3 bulan – 11 bulan : 60 – 125mg
• Umur 1 tahun – 4 tahun : 125 – 250mg
• Umur 5 tahun – 11 tahun : 250 – 500mg
Selalunya, Supp. PCM datang dalam dos 250mg. Jadi kalau anak umur setahun, boleh patahkan ubat Supp. PCM jadi dua dan beri separuh.
“Separuh lagi tu kau simpan. Lagi 6 jam, kau bagi lagi separuh tu kalau masih demam.”
Maksimum boleh bagi Supp. PCM 4 kali sehari dan ubat ni tak boleh ditelan. Kalau masih tak sihat, saya minta dia bawa ke klinik lagi.
Seorang ibu berkongsi pengalaman memendekkan nama anak-anaknya kerana terlalu panjang dan sukar untuk dieja oleh anaknya. Keputusan tersebut dibuat setelah berbincang dengan suaminya.
Puan Diana turut berkongsi di facebook miliknya bagaimana pengalaman dia melalui proses mengubah nama/memendekkan nama anak-anaknya.
Miqayla bersama adiknya, Delaila
Saya baru tefikir..takut nanti dia sekolah,susah nak tulis nama..panjang sangat kan..kesian pula dekat anak.
Sebab anak pertama..semua excited nak namakan dia…sekali gabung,macam ni lah jadinya. Sekarang baru nak menyesal. Atas persetujuan suami saya, kami bersepakat untuk memendekkan nama anak kami.
Mama-mama yang nak ubah or potong nama anak tu dah p buat ke??saya dah suda..😁😁
Hanya sediakan photocopy; -Ic mak/bapa -Surat lahir anak -Mykid anak -Sijil nikah -Dan bawak original semua sekali. -Ambik borang ke bahagian jabatan pendaftaran surat lahir…cakap borang nak ubah nama or potong nama…
Bila dah isi borang…kena cop ke suruhanjaya sumpah..kalau x nak ke mahkamah..bole pegi kedai photocopy atau kedai gambar,tanya diorang,d mana nak cari suruhanjaya sumpah..slalunya diorang buka meja kat sebelah kedai photocopy@kedai gambar…mcm kat jpn setia tropika johor…meja² suruhanjaya sumpah tu,ada je kat kedai luar,depan bangunan jpn,
Macam saya,bingung nak isi borang..sbb dia nak tau alasan kita tukar or potong nama..alasan paling kukuh,nanti susah bila dia sekolah nanti,saya bayar je pekeja bahagian urus surat sumpah tu,1 borang rm45,dia tolong settle semua…tinggal datang sana..dia bawak ke kedai sebelah cop suruhanjaya sumpah..suami,isteri dua² wajib ada..sbb diorang nak tandangan suami,isteri..lepas tu,tinggal bawak je semua borang tu,ke bahagian daftar surat lahir anak.
Bawah 1 tahun bayar rm5, atas 2 tahun rm50..bole tukar nama bawah 12tahun je. Bahagian johor..kalau nak berurusan tentang kat atas tu..bole call or whatsapp name card yg saya bagi tu..dia tolong settlekan bahagian isi² borang dan cop d perlukan..bayar dia je
Anak pertama
Sebelum: Mikayla Amanda Fillieyah Binti Mohammad Hazriq Selepas: Mikayla Amanda Binti Mohammad Hazriq
Anak kedua
Sebelum: Aemily Al Zahra Binti Mohammad Hazriq Selepas: Aemily Delaila Binti Mohammad Hazriq
Pada yang menyesal namakan anak panjang-panjang tu..dan nak potong nama anak..segera lah ke jpn ye mama semua.
Tak mudah pun untuk kita tunjukkan penghargaan pada pasangan. Tidak perlukan hadiah yang mahal jika tidak mampu tetapi belajarlah berterima kasih dengan ikhlas hati sudah cukup membuatkan rumah tangga makin harmoni dan bahagia.
Belajar menghargai setiap perkara dengan ikhlas. Itu sebaiknya. Inilah yang cuba disampaikan oleh Dr Taufiq Razif yang berkongsi cerita kehidupan berumah tangga.
Tadi bidadari saya minta bajet daripada saya untuk beli Ipad. Katanya senang nak buat Live dan buat projek projek kerja dia.
Saya dengan muka tanpa emosi terus iyakan je lah. ” Yelah. Belilah sayang “
Sebelum beredar keluar daripada bilik pejabat saya, isteri saya jengah kepalanya ke pintu bilik sambil mengucapkan sesuatu yang membuatkan saya sangat terharu.
” Terima kasih abang. Semoga Allah murahkan rezeki abang. Semoga Allah mudahkan segala urusan abang “
Saya buat muka tanpa emosi je sehinggalah isteri saya hilang daripada pandangan. Ketika itulah suatu perasaan sebak tiba tiba hadir dalam diri saya.
Saya tahu duit dan rezeki yang hadir ni dalam hidup saya ni bukan saya yang punya, semuanya Allah punya tapi bila pasangan sendiri berterima kasih dan menghargai pemberian saya, ada perasaan indah yang mengalir di dalam dada.
Patutlah saya pernah terbaca satu Hadis Nabi ini : لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى امْرَأَةٍ لَا تَشْكُرُ لِزَوْجِهَا وَهِيَ لَا تَسْتَغْنِي عَنْهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada seorang wanita yang enggan berterima kasih kepada suaminya dan kepada wanita yang tidak merasa memerlukan suaminya”
Riwayat al-Nasa’ie (9086) dan al-Baihaqi (7/294)
Sekarang baru faham kenapa perlu ada rasa berterima kasih sesama pasangan. Memang kita tak nafikan kita kena ikhlas dalam berbuat kebaikan tetapi memang lumrah dan fitrah manusia untuk merasai dihargai kerana penghargaan membenihkan dan menumbuhkan ketenangan dan kebahagiaan dalam perkahwinan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuti sekolah bakal tiba tak lama je lagi. Tentunya dah ada perancangan untuk bawa anak-anak bercuti ke mana-mana. Umrah juga biasanya dilakukan pada musim cuti sekolah terutamanya untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil atau bersekolah.
Tapi senang ke nak bawa anak-anak yang masih kecil ke umrah tu? Ya lah mama dengan papa mestilah nak banyakkan beribadat sepanjang disana kan? Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Nur Shazareen Kamarozaman di Facebook miliknya, dia menyatakan memang mencabar bila menunaikan umrah dengan anak-anak. Tapi banyak juga keseronokan dan momen indah yang dapat diabadikan Bersama.
Dalam perkongsian tersebut juga, wanita ini berkongsi lima tip dalam mempersiapkan anak-anak sebelum menunaikan umrah Bersama-sama.
UMRAH BERSAMA ANAK-ANAK?
Umrah bersama anak-anak sememangnya mencabar. Tapi banyak keseronokan dan moment indah yang dapat dicipta.
Menunaikan ibadah umrah bersama anak-anak sudah pasti persiapannya tidak akan sama dengan pergi hanya membawa diri sendiri sahaja. Anak-anak juga perlu mempersiapkan diri mereka sebelum ke sana. Biarlah mereka faham dan bersedia untuk sama-sama beribadah di sana kelak. Walaupun mungkin mereka tidak mampu memahami sebagaimana kita, tapi sekurang-kurangnya berilah mereka peluang mengenal ibadah umrah dan jatuh cinta pada Kaabah serta bumi Haramain.
Kita sebagai ibubapalah perlu bantu memberi kefahaman dan mempersiapkan diri mereka.
Ini antara perkara yang kami lakukan sebelum ke tanah suci :
1. MEMBACA BUKU KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI KAITAN DENGAN IBADAH UMRAH BERSAMA MEREKA.
Alhamdulillah, kebetulan saya pernah belikan anak-anak saya buku berkaitan tempat-tempat yang disebut di dalam al-Quran. Ia termasuklah Mekah, Madinah, Kaabah, Bukit Safa dan Bukit Marwah.
Sambil melihat gambar-gambar dan ilustrasi di buku, saya menceritakan kepada Tuqo dan Taqi tentang sejarah dan maklumat berkaitan dengan tempat-tempat tersebut. Bagi saya, sekurang-kurangnya mereka sudah pernah mendengar nama-nama tempat tersebut dansedikit kisah tentangnya.
Contohnya apabila bercerita tentang Mekah, saya katakan kepada Tuqo dan Taqi bahawa Mekah adalah tempat kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW. Di Mekah juga nabi mula berdakwah. Tuqo pula memang suka sangat bila dengar perkataan ‘dakwah’. Seakan-akan menarik minatnya.
Kemudian saya ceritakan pula tentang Bukit Safa dan Marwah serta kisah penat lelah Saidatina Hajar berlari-lari membawa Nabi Ismail AS dan juga bagaimana wujudnya air zam-zam. Sungguh, ini antara kisah yang Tuqo sangat minat dan ingat. Apabila melihat reaksi dan responnya, seakan-akan dia tidak sabar untuk melihat sendiri Bukit Safa dan Marwah serta meneguk sendiri air zam-zam. Watak-watak seperti Saidatina Hajar juga Tuqo mampu hafal dan ingat peranannya dalam setiap kisah yang saya ceritakan. Inilah buktinya yang anak-anak dapat faham dan ingat dengan baik apa yang kita sampaikan.
Ya,mereka kelihatan seperti belum memahami. Tapi hakikatnya otak mereka sedang menerima dan mengingat dengan baik.
Selain itu, saya juga ceritakan tentang Madinah serta Raudhah sehingga membuatkan Tuqo sering meminta untuk dibawa ke Raudhah dan makam baginda Rasulullah SAW. Tak sabar-sabar!
2. TUNJUK VIDEO BERKAITAN IBADAH UMRAH
Video sangat membantu dalam mempersiapkan diri anak-anak. Ia seperti membuatkan jiwa anak-anak melompat tidak sabar mahu ke sana.
Selain itu, ia juga memberi kefahaman dan gambaran bagaimana ibadah umrah akan dilakukan seperti tawaf dan saie. Sekurang-kurangnya mereka tahu, bila sampai di Kaabah kelak, kita perlu tawaf. Tawaf itu pula maksudnya adalah mengelilingi Kaabah. Tidaklah bila sampai di sana kelak, anak-anak hanya melopong dan tertanya-tanya apa yang sedang dia lakukan.
Kalau anak-anak bertanya di sana, lagi payah nak menjawab. Mana mahu fokus ibadah, mana mahu menjawab soalan anak. Jadi sebaiknya, fahamkan anak-anak terlebih dahulu sebelum berangkat ke sana.
3. SERING BERSEMBANG DAN BERCERITA DENGAN ANAK-ANAK TENTANG IBADAH UMRAH DAN KELEBIHANNYA.
Sembang secara santai itu lebih seronok. Di dalam kereta atau sambil berjalan-jalan. Bedtime story juga menjadi lebih seronok apabila bercerita tentang umrah. Barangkali mereka akan tidur dengan tenang sambil mimpi pergi ke sana mengelilingi Kaabah.
Sambil bersembang, kami kebiasaannya akan minta anak selitkan doa. Hati dan jiwa mereka masih suci. Harapan mereka terlalu tinggi. Sebaiknya kita ajar mereka supaya bergantung harap dengan Allah Yang Esa dan berdoa semoga Allah izinkan untuk ke sana kelak.
Maka akan kedengaranlah suara halus Tuqo berdoa,
“Ya Allah, kakak nak pergi Kaabah. Kakak nak minum air zam-zam. Kakak nak pergi Raudhah, nak jumpa Rasulullah”.
Kami juga turut menumpang doa dari Tuqo. Kami aminkan sama-sama tanda menyambut baik apa yang dipohon kepada Allah.
Kami jadikan topik berkaitan umrah ini sebagai topik utama perbualan kami untuk beberapa minggu sebelum berangkat. Kalau dah tak tahu nak cerita apa, kami ulang cerita yang sama. Dan saat itu, kami mula terkejut kerana Tuqo sudah pandai sambung sendiri apa yang ingin kami sampaikan. Itu merupakan satu kepuasan bagi kami sebagai ibubapa.
4. BAWA ANAK-ANAK SOLAT DI MASJID.
Untuk membiasakan diri anak-anak dan juga kami sendiri di sana kelak, beberapa minggu sebelum berangkat kami mula berlatih membawa Tuqo dan Taqi untuk solat di masjid.
Tujuannya bagi membiasakan Tuqo dan Taqi dengan suasana masjid, solat dan orangramai, dalam masa yang sama persediaan kepada kami bagaimana untuk membawa mereka bersama kelak ketika solat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.
Ini seolah-olah latihan praktikal buat kami anak-beranak.
Pemilihan masjid yang sesuai juga penting. Bagi saya surau tidak berapa sesuai, kerana surau bersaiz kecil. Sedangkan Masjid Nabi dan Masjidil Haram tersangatlah besar. Sudah tentu kondisinya tidak sama.
Dari simulasi praktikal ini kami dapat sesuaikan diri dan mula mendapat sedikit gambaran. Perancangan asal kelak di Tanah Haram, Taqi akan bersama saya ketika solat manakala Tuqo pula akan mengikut suami saya memandangkan Taqi agak sukar berpisah dengan saya.
Tapi keputusan berubah setelah melakukan latihan simulasi solat di masjid. Taqi rupanya lebih behave apabila bersama abahnya. Kalau dengan saya, dia akan merengek dan minta didukung ketika saya sedang solat. Tapi apabila dengan abahnya, dia setia menungguabahnya solat dengan sangat sopan tanpa banyak ragam.Tuqo pula yang kian membesar sebenarnya memang sesuai bersama saya sebab mudah baginya untuk menyesuaikan diri dengan jemaah wanita yang lain.
5. PASANGKAN LAGU-LAGU NASYID BERKISAR UMRAH, HAJI, DAN BERKAITAN RASULULLAH SAW.
Untuk mencipta mood, saya kerap memainkan lagu-lagu yang berkaitan dengan Mekah, Madinah dan Rasulullah SAW yang kebanyakannya dinyanyikan oleh Maher Zain, Irfan Makki atau Opick seperti Medina, Labbaik Allahumma Labbaik dan Waiting For The Call.
Tiap kali mendengar lagu-lagu itu, perasaan seperti melonjak tidak sabar mahu pergi ke sana. Terasa benar rindu untuk menjadi tetamu Allah. Tuqo dan Taqi juga sering meminta supaya lagu-lagu itu tadi diulang-ulang. Seronok mereka menyanyi dan bertalbiah bersama.
Semoga sedikit perkongsian saya ini dapat membantu para ibubapa yang bercadang untukmembawa anak mereka untuk sama-sama menunaikan ibadah umrah.
Semoga Allah bakal menjemput kita semua menjadi tetamu-Nya tak lama lagi. Aminn..
Dr Afifah Hidayah kongsi pengalaman amalkan Baby-Led Weaning — kaedah bayi makan sendiri sejak enam bulan. Teknik moden ini bantu anak belajar berdikari dan gembira ketika waktu makan.