Sebaik dilahirkan bila doktor sahkan anak ada G6PD ibu jangan cepat down. Ia bukan penyakit atau kecacatan. Lazimnya, G6PD tidak berbahaya sekiranya kita mengenali tentang cara menguruskannya.

G6PD ialah Glokosa-6-Fosfat Dehidrogenase yang merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu atau makanan. Sebenarnya G6PD bukan penyakit tetapi berkaitan dengan genetik atau keturunan

Seterusnya apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksigen dengan berkesan ke seluruh tubuh, akan berlaku keadaan dikenali sebagai anemia hemolitik. Anemia hemolitik adalah penyakit anemia yang terjadi ketika sel-sel darah merah mati lebih cepat daripada kecepatan sumsum tulang menghasilkan sel darah merah.

Anak Disahkan G6PD, Mak Ayah Kena Jadi Cerewet. Langgar Pantang Larangnya Sangat Bahaya

Paling ditakuti bayi baru! G6PD akan menyebabkan jaundis (demam kuning). Oleh kerana kekurangan enzim G6PD, sel darah merah bayi mudah pecah dan menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi. Kandungan bilirubin yang tinggi akan menjadi toksik kepada otak dan menyebabkan kecacatan kepada bayi. Apabila ini berlaku, pemindahan darah perlu dilakukan dengan segera.

Namun anda tidak perlu risau jika anak mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan, makanan atau bahan kimia tertentu yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap mempunyai daya ketahanan melawan penyakit Malaria.

Apa yang pastinya, kena jaga pantang larangnya. Jika langgar kemungkinan akan  wujud permasalahan antaranya sel darah merah mati, sel darah merah pecah, kerosakan hati dan terdapat juga sesetengah kes yang menyebabkan kematian!

Berikut adalah antara pantang larang iaitu

IKLAN

Pemakanan:

1.Kacang parang (fava beans)

2.Asid askorbik tiruan yang terdapat dalam vitamin C

3.Gula-gula dan makanan berperisa menthol

4.Makanan yang mengandungi sulfida kacang soya atau produk soya.

IKLAN

5.Sesetengah produk bebas gluten seperti tepung semua jenis kacang atau produk kacang

6.Makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue

Persekitaran:

7.Ubat nyamuk (mengandungi pyrethium)

8.Ubat-ubatan herba atau jamu

IKLAN

9.Ubat anti-malaria

10.Ubat sakit kepala seperti paracetamol (mengandungi thylenol)

11.Ubat gegat (mengandungi napthalene)

12.Ubat-ubatan cina (senseh)

NOTA PENTING:

Maklumkan pada doktor atau pakar perubatan bahawa anak anda penghidap G6PD. Ia  untuk mengelakkan kemungkinan tindak balas yang berbahaya daripada rawatan yang diterima.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI