Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai pembelajaran di sekolah walaupun:

Anak Disleksia Sukar Kuasai Pembelajaran Walaupun Dah Belajar Bersungguh-Sungguh! Kenali Simptom Disleksia

  • Mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
  • Mempunyai keupayaan intelektual yang normal
  • Telah mendapat rangsangan dan panduan pembelajaran yang mencukupi

Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi

Mereka mungkin mengalami kesukaran:

  • Membaca
  • Menulis
  • Memahami
  • Mengeja
  • Mengira

Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah mempunyai masalah disleksia Kanak-kanak lelaki lebih ramai mengalami Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri-ciri Disleksia?

Di peringkat pra sekolah mereka mungkin:

  • Lambat bertutur
  • Mengalami kesukaran sebutan dalam sebutan
  • Sukar menulis nama sendiri
  • Payah mengenal bentuk atau warna
  • Sukar menceritakan kembali sesuatu yang telah didengarinya

Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin:

IKLAN
  • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
  • Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas

Mempunyai kecenderungan untuk membaca huruf, perkataan dan nombor secara terbalik:

  • 15 dengan 51
  • “was” menjadi “saw”
  • ‘b’ dengan ‘d’‘
  • Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
  • Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’\
  • Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
  • Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

 

Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?

  • Di antara orang-orang ternama yang mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
  • Ada di antara mereka mempunyai daya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
  • Mereka juga bijak dengan kemahiran tangan atau sukan

Apakah masalah yang mungkin dialaminya?

IKLAN
  • Mereka sering disalah anggap dan digelar sebagai pemalas, bodoh atau lembab
  • Terdapat risiko pembentukan imej diri yang tidak sihat sehingga kanak-kanak merasa rendah diri
  • Jika tidak dikenal pasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan
  • Gangguan emosi (seperti kemurungan)
  • Masalah tingkah laku (seperti melawan)
  • Pencapaian akademik yang rendah (menyebabkan keciciran sekolah)

Bagaimana membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah Disleksia?

Strategi yang boleh membantu mereka adalah:

  • Bantu kanak-kanak dan keluarga memahami permasalahan ini dan bina keyakinan diri mereka
  • Rawat gangguan lain yang mungkin berkait denagan Disleksia seperti Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan

Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui:

  • Terapi pertuturan
  • Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
  • Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
  • Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
  • Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
  • Merasa pergerakan bibir
  • Menulis huruf atau perkataan

Langkah-langkah pemulihan:

  • Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
  • Mengajar secara berulang-ulang (konsep ajar berlebihan)
  • Gunakan video atau alat audio untuk belajar


Program pemulihan khusus:

IKLAN

Terdapat sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi khusus untuk masalah Disleksia

Kredit: My Health Portal

Anak Disleksia Sukar Kuasai Pembelajaran Walaupun Dah Belajar Bersungguh-Sungguh! Kenali Simptom Disleksia

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!