Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai pembelajaran di sekolah walaupun:
- Mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
- Mempunyai keupayaan intelektual yang normal
- Telah mendapat rangsangan dan panduan pembelajaran yang mencukupi
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
Mereka mungkin mengalami kesukaran:
- Membaca
- Menulis
- Memahami
- Mengeja
- Mengira
Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah mempunyai masalah disleksia Kanak-kanak lelaki lebih ramai mengalami Disleksia berbanding perempuan.
Apakah ciri-ciri Disleksia?
Di peringkat pra sekolah mereka mungkin:
- Lambat bertutur
- Mengalami kesukaran sebutan dalam sebutan
- Sukar menulis nama sendiri
- Payah mengenal bentuk atau warna
- Sukar menceritakan kembali sesuatu yang telah didengarinya
Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin:
- Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
- Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
Mempunyai kecenderungan untuk membaca huruf, perkataan dan nombor secara terbalik:
- 15 dengan 51
- “was” menjadi “saw”
- ‘b’ dengan ‘d’‘
- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’\
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?
- Di antara orang-orang ternama yang mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
- Ada di antara mereka mempunyai daya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
- Mereka juga bijak dengan kemahiran tangan atau sukan
Apakah masalah yang mungkin dialaminya?
- Mereka sering disalah anggap dan digelar sebagai pemalas, bodoh atau lembab
- Terdapat risiko pembentukan imej diri yang tidak sihat sehingga kanak-kanak merasa rendah diri
- Jika tidak dikenal pasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan
- Gangguan emosi (seperti kemurungan)
- Masalah tingkah laku (seperti melawan)
- Pencapaian akademik yang rendah (menyebabkan keciciran sekolah)
Bagaimana membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah Disleksia?
Strategi yang boleh membantu mereka adalah:
- Bantu kanak-kanak dan keluarga memahami permasalahan ini dan bina keyakinan diri mereka
- Rawat gangguan lain yang mungkin berkait denagan Disleksia seperti Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan
Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui:
- Terapi pertuturan
- Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
- Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
- Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
- Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
- Merasa pergerakan bibir
- Menulis huruf atau perkataan
Langkah-langkah pemulihan:
- Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
- Mengajar secara berulang-ulang (konsep ajar berlebihan)
- Gunakan video atau alat audio untuk belajar
Program pemulihan khusus:
Terdapat sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi khusus untuk masalah Disleksia
Kredit: My Health Portal
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!