“Memang padat. Non stop. Day in day out. Dari pagi sampai malam. Tapi tak pernah penat. Tak pernah merungut. Sebab dah biasa sejak umur 3 tahun.”
Itu antara perkongsian santai tapi sangat memberi inspirasi dari Dr. Sheikh Muszaphar Shukor di Instagram beliau tentang rutin dua anak lelakinya, Noah dan Adam.
Dua beradik kembar ni dah mula dengan pelbagai aktiviti sejak kecil — sekolah, mengaji, taekwondo, berenang, muzik dan macam-macam lagi. Tapi baru-baru ni Dr. Sheikh berkongsi yang dia baru tambah satu lagi dalam jadual mereka iaitu latihan olahraga (track & field) dua kali seminggu.
Katanya, “I just added athletics. Running track & field. Twice a week. I asked myself – what have I done? But it’s upon their request. The boys asked for it. They wanted it. They enjoyed every activity. Daddy yang penat…”
Ads
Perkongsian ringkas tapi deep tu tunjukkan betapa anak-anak ni bukan saja aktif, tapi mereka juga ada minat yang kuat untuk belajar dan mencuba benda baru. Tak pernah merungut, tak pernah mengeluh penat walaupun aktiviti harian mereka padat dari pagi sampai malam. Dan apa yang paling kagum, semua ni bukan dipaksa, tapi mereka sendiri yang minta.
WARGAMAYA KAGUM
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kagum dan terinspirasi dengan cara Dr. Sheikh dan isteri mendidik anak-anak mereka. Ramai juga ibu bapa luah kagum setelah melihat perkongsia beliay. Mana taknya yanak-anak mereka baru buat satu dua aktiviti dah mengeluh letih, tapi Noah dan Adam boleh jalani hari yang penuh dengan semangat dan disiplin.
Ads
“Ni bukan biasa-biasa punya parenting,” “Bila anak-anak dibentuk dari kecil dengan rutin dan disiplin, hasilnya memang luar biasa,”
Tak dinafikan, setiap anak itu berbeza, tapi perkongsian sebegini memang boleh jadi motivasi untuk ibu ayah muda hari ini. Ia bukan tentang memaksa anak buat banyak benda, tapi bagaimana kita sebagai ibu bapa boleh kenal pasti minat anak, pupuk dari awal, dan beri sokongan penuh supaya mereka dapat jadi versi terbaik diri mereka sendiri.
Perkongsian Dr. Sheikh ni bukan sekadar cerita tentang anaknya, tapi secara halus dia ajar kita tentang pentingnya konsistensi, disiplin, dan kasih sayang dalam membesarkan anak. Kadang kita fikir anak kecil belum mampu buat semua tu, tapi dengan tunjuk ajar dan galakan, anak-anak sebenarnya lebih hebat dari apa yang kita sangka.
Ads
Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berkahwin dengan Dr. Halina Mohd Yunos, seorang doktor perubatan yang juga aktif berkongsi tentang kehidupan keluarga mereka di media sosial. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan tujuh orang cahaya mata, empat lelaki dan tiga perempuan. Sophea Isabella, 14 tahun, Sophea Natasha 12 tahun, Sheikh Adam (kembar) 8 tahun, Sheikh Noah (kembar kepada Adam), 8 tahun, Sheikh Eusoff, 5 tahun, Sheikh Yusof (kembar) 2 tahun dan Sophea Ysra (kembar kepada Yusof) 2 tahun.
Semoga lebih ramai ibu ayah di luar sana terus terinspirasi untuk jadi pendidik terbaik buat anak-anak mereka. Sebab anak bukan tunggu kita sempurna, tapi mereka perlukan kita yang sentiasa cuba buat yang terbaik.
Bersemut habis ucapan hari lahir Almy Nadia buat suami tercinta. Datuk Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Fizz Fairuz lahir pada 22 Oktober 1979.
Bersemut Habis Ucapan Hari Lahir Almy Nadia Buat Suami Tercinta
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh isterinya, Datin Almy Nadia, ucapan hari lahir oleh Almy itu menarik perhatian warga maya. Padat, romantik dan ‘bersemut.’
Berikut perkongsian Almy Nadia di laman Instagramnya.
Today is your day sayang.
Selamat hari jadi sayang @fizzfairuzofficial ,mama sentiasa doa untuk sayang.. semoga sayang panjang umur,sentiasa murah rezeki..
Sayang no 1 in my heart(ckp omputih wei). Mama sentiasa doa apa saja yang sayang nak dimakbulkan ok… mama dan anak-anak. 5A(Arianna/Aurora/Ayra/Aisyah/Alisya) love you so much tau…. Maaf mama tak dapat kasi hadiah sebab mama tak work work..
Mama kasi hadiah anak baru laa yerk alisya…thank you love sebab dah buat yang terbaik untuk mama dan anak-anak, sentiasa dahulukan mama dan anak-anak dalam apa segala hal, sentiasa ada dengan mama dan anak-anak.
Fizz Fairuz mendirikan rumah tangga bersama pelakon Almy Nadia pada 26 April 2014. Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Balik Pulau, Kampung Pondok Upeh.
Pasangan ini dikurniakan lima anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3 dan Nur Alisya yang dilahirkan pada 18 September lalu. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.
Tiada ibu bapa yang mampu membayangkan anak mereka terkandas di asrama tanpa dapat menghubungi keluarga. Itulah pendedahan mengejutkan di Mahkamah Koroner apabila saksi inkues kematian Zara Qairina, seorang pengawal keselamatan sekolah, mendedahkan bahawa telefon awam di dua blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar ditutup selama dua hari selepas insiden membabitkan arwah.
Linah Mansoding @ Jaliha, 65, yang juga saksi keenam, mendedahkan perkara itu kepada Koroner Amir Shah Amir Hassan ketika menjawab soalan peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri.
Menurut Linah, suis telefon tersebut ditutup atas arahan ketua warden.
Perbualan Dalam Mahkamah
gambar sekadar hiasan
Shahlan: Puan, boleh saya tahu bagaimana pelajar-pelajar di sana menghubungi ibu bapa mereka?
Linah: Mereka guna telefon awam… ada juga yang pinjam telefon saya.
Shahlan: Mereka guna duit syiling?
Linah: Tidak… mereka guna kad. Kalau baki dalam kad tiada, mereka terpaksa guna telefon bimbit pengawal (saya dan seorang lagi).
Shahlan: Dalam tempoh dua hari selepas 16 Julai, adakah pelajar-pelajar sekolah itu dapat menghubungi ibu bapa mereka?
Linah: Telefon awam ditutup selama dua hari, dua malam… sebab takut budak-budak telefon ibu bapa.
Shahlan: Macam mana telefon awam boleh ditutup?
Linah: Suis ditutup.
Shahlan: Siapa yang tutup?
Linah: Ketua warden suruh tutup.
Kejadian Awal
Linah terdahulu memaklumkan bahawa beliau telah menemui Zara Qairina dalam keadaan terlentang di longkang, tidak sedarkan diri dengan kesan darah pada tengkuk kira-kira jam 3 pagi, 16 Julai lalu.
Prosiding hari ini diakhiri dengan kenyataan Koroner Amir Shah Amir Hassan bahawa beliau bersama pasukan pendakwa raya, peguam serta pakar patologi Dr Jessie Hiu akan melawat lokasi kejadian di sekolah tersebut pada jam 9.30 pagi esok. Bagaimanapun, pengamal media tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah ketika lawatan itu. Prosiding akan bersambung semula selepas lawatan berkenaan.
Latar Belakang Kes
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar sekitar jam 4 pagi.
Pada 8 Ogos lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan arahan untuk menggali semula kubur Allahyarham bagi membolehkan bedah siasat dijalankan. Selepas meneliti laporan polis, AGC kemudian mengarahkan inkues dijalankan pada 13 Ogos.
Kes ini sekali lagi mengingatkan kita sebagai ibu bapa tentang pentingnya hak komunikasi anak-anak yang tinggal jauh daripada keluarga. Satu perkara kecil seperti akses telefon boleh jadi penyelamat atau sebaliknya menambah derita.
Sumber: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim hujan ni memang banyak haiwan berbisa berpindah dari habitat asal mereka dan mencari tempat perlindungan yang lebih panas. Antaranya di dalam rumah, dalam enjin kereta dan juga kasut atau tempat penyimpanan kain.
Sebab itulah, kita perlu memastikan Kawasan persekitaran berada dalam keadaan selamat dan tidak mengundang haiwan-haiwan seperti ular, kala jengking dan sebagainya masuk ke Kawasan kediaman kita.
Tapi ya lah malang memang tak berbau, menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh Zack Zai, seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali dengan nama Iman Sufi dipatuk seekor ular berbisa yang bersembunyi di dalam kasutnya.
Iman sufi dipatuk di tangan dan kini dia sedang dirawat dihospital kerana insiden tersebut. Perkongsian tersebut juga memohon orang ramai untuk mendoakan Iman Sufi agar cepat sembuh.
“Mohon doakan adik Iman Sufi agar cepat sembuh kerana di patuk ular pada tangannya. Ular berkenaan duduk dalam kasut dan adik ini tak perasan. Diharap semua berhati2 ketika meletakkan kasut di luar rumah. sebelum pakai cek dulu ya”
Melalui posting tersebut juga Zack Zai sempat menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika meletakkan kasut di luar rumah. Dia juga menyarankan orang ramai untuk periksa kasut terlebih dahulu sebelum memakainya.
Perkongsian itu juga turut mendapat respon ramai warga net dan kebanyakkannya mendoakan kesembuhan buat adik Iman Sufi.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.