Anak dua pusar di kepala dianggap nakal, degil dan selalu ‘bawa’ masalah. Anak yang ada dua pusar di kepala selalu sangat dikaitkan dengan sikap nakal, keras kepala dan tak dengar cakap.
Anak Dua Pusar Di Kepala Dianggap Nakal
“Ooo.. Patutlah dua pusar!” Bila dengar ada adik-beradik atau saudara mara jenis yang mulut laser kata macam itu dekat anak kita, mulalah hati mudah terasa.
Sedihnya, bukan kita yang tentukan pusar anak satu atau dua. Itukan anugerah Allah untuk ibu yang bertuah. Sebab itulah, tak boleh nak hakimi kenakalan anak-anak berdasarkan fizikal mereka, dua pusarlah, lesung pipitlah, kening bertangkuplah.. Rahsia kejadian itu semua di tangan Yang Maha Menciptakan.
Cerita ibu yang ada anak dua pusar di kepala, Puan Aminah Hafizah Abu Bakar boleh dijadikan panduan.
Anak Dua Pusar Benarkah Lasak Dan Banyak Akal
Orang tua-tua memang banyak pengalaman, mereka lebih lama makan asam garam kehidupan. Melalui pengalaman itu timbullah petua-petua untuk panduan dalam kehidupan seharian. Meskipun zaman berubah, petua lama masih utuh dipercayai dan diamalkan.
Tidak setakat petua. Orang lama juga kaya dengan pengalaman hasil pemerhatian. Maka selalulah kita dengar orang menyebut istilah ‘kata orang-orang tua’.
Degil & Selalu ‘Bawa’ Masalah
Namun, tidak semua boleh dipercayai. Ada yang terbukti mitos semata-mata. Sebagai umat Islam kita harus memeriksa kesahihah fakta, dan mengetahui hukum agama sebelum menerima bulat-bulat sesuatu kepercayaan atau amalan.
Sering kita mendengar orang berkata anak dua pusar kepala sebagai nakal dan lasak. Entah di mana logiknya, tetapi itulah yang kerap dimomokkan orang.
Apabila ternampak kepala anakku berpusar dua, orang tua-tua terus mengingatkan supaya bersiap sedia dengan karenah anakku itu. Ada yang menyebutnya membesar banyak akal, ada yang melabelnya budak lasak tidak kurang juga yang berani melabelnya budak nakal.
Ads
Sebagai ibu baru, hati tentu tersentuh apatah lagi anak masih merah. Tetapi aku selalu memujuk hati mengambil yang positif saja. Dan membiarkan kata-kata orang berlalu seperti angin.
Apabila anakku semakin membesar, aku sedari karakter dirinya yang ekstrovert dan aktif. Dia mudah mengekspresikan emosinya. Dia suka menyanyi dan mempunyai keyakinan diri yang baik untuk kanak-kanak seusia empat tahun.
Tetapi memanglah adat kanak-kanak yang banyak ragamnya, anakku juga tidak terkecuali. Kadangkala dia menghiburkan tapi ada masanya ragamnya juga menyebabkan kami naik marah.
Satu hal yang tidak aku persetujui ialah meletakkan kesalahan kepadanya mengikut tanggapan ciri fizikal dua pusarnya itu.
Apabila dia berbuat silap kita segera memarahinya. Jika terlibat dalam perbalahan anak-anak, cepat saja kita menuding jari kepada si dua pusar tadi. Terkadang tidak sempat dia membela diri, dan belumpun kita selidik duduk letak perkara sebenar. Kita pantas menjustifikasikan situasi dan meletaknya sebagai pesalah.
Aku melihat perkembangan ini sebagai tidak sihat untuk pembinaannya sebagai individu yang bersahsiah mulia. Adakah berkepala dua pusar semestinya nakal? Wallahualam.
Pernahkah kita terfikir dua pusar di kepala ini ciri fizikal, sama juga seperti lesung pipit dan tahi lalat?
Ads
Menilik Rahsia Tahi Lalat
Apakah amalan menilik rahsia tahi lalat tidak sama dengan menilik rahsia ciri fizikal tubuh badan yang lainnya. Kening bertangkup, begini. Mata ke dalam begitu?
Adalah amalan ini tidak sama dengan memukul rata peribadi individu melalui zahirnya saja? Lebih sedih jika kita mengaitkan dengan mitos tahayul yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Tanggapan sebegini menanamkan stigma di dalam kepala individu di sekeliling anak tadi. Ibubapa misalnya terdorong memberi layanan tegas dan keras kepada anak ini semata-mata tidak mahunya menjadi nakal. ‘
Setiap langkah kerenah anak sentiasa dibayangi dia dua pusar, maka akalnya banyak. ‘Dia dua pusar, maka dia lasak’. Ibu bapa secara tidak langsung telah meletakkan label kepada anaknya. Adakah adil memandang sikap indvidu berdasarkan ciri fizikalnya? Nah, tidakkah ia juga terpakai dalam situasi ini?
Anak Dua Pusarku Sama Saja Seperti Anak Lain
Ada waktunya apabila timbul rasa marah terhadap si anak, aku mengingat diri, dia sama saja seperti anak lain. Akhlak dan adabnya dibentuk oleh aku dan suami. Sikap dan pembawaan karakternya terbentuk oleh persekitarannya membesar.
Generalisasi dan kata orang tua-tua tidak membantu perkembangan anak-anak. Sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab kita mendidiknya menjadi anak yang baik seperti diidamkan oleh semua.
Ads
Semoga kita diberikan kesabaran melayani dan mengasuh anak-anak.
Dalam sesebuah pendidikan keluarga, perlunya ada keseimbangan dalam mendidik anak-anak. Perlu ada elemen berlawanan. Seperti lumrah hidup, panas mesti ada sejuk. Besar dan kecil. Kuat dan lemah. begitu jugalah keluarga
Anak-anak ni kalau dua-dua ibu bapa lembut hati sangat. Kurang seimbang jadinya. Kekadang mereka tidak akan takut dan terlebih manja. Tu yang tak dengar cakap, taknak dengar arahan, suruh buat itu tak mau, lambat, bertangguh, dan sebagainya. Dah mak ayahnya lembut hati.
Kalau dua-dua tegas dan garang pun tak seimbang sangat. Takut anak-anak tidak merasa tenteram pula dirumah. Berasa seperti diri tak disayangi
Tapi, kalau salah seorang samada ibu atau bapa garang dan tegas, maka akan jadi seimbang. Anak akan lebih mudah mendengar kata. Anak akan mudah mendengar kata orang yang dia takut.
Contohnya yang paling ditakuti / tegas ialah ayah, makan lebih mudah si anak mendengar kata ayah. Ibu yang lembut pula berfungsi sebagai penyejuk dan pemujuk. Dan si ibu pula boleh lah menggunakan peluang yang ada pada ketegasan si bapa kalau tak berapa nak dengar kata ibu.
Anak sudah umur 4 tahun masih tiada perkataan yang jelas? Masih sukar nyatakan apa kemahuan mereka melalui Verbal Skills atau Kebolehan untuk bercakap?
SPEECH DELAY & KAITAN DENGAN PERKEMBANGAN ASAS
Ramai ingat isu anak ada ‘Speech Delay’ hanya fokus kepada kebolehan anak bertutur sahaja. Speech Therapist dan Occupational Therapist bersama-sama bantu anak-anak yang ada isu ‘Speech Delay’
Namun ramai lagi tak faham yang anak perlukan PERKEMBANGAN ASAS yang kuat sebelum mereka boleh bercakap seperti:
1️⃣Kesediaan Sensori
Jika anak adalah seorang Sensory Seeking maka memang sukar anak fokus untuk melakukan komunikasi dua hala dengan kita.
Sebab mereka sibuk mencari stimulasi sensori yang lain. Melompat lah Berlari lah Menggigit lah
Jadi nak pandang mata kita dan dapatkan eye contact akan mencabar.
2️⃣ Kawalan Tingkah Laku
Bila anak tidak faham gunakan perkataan untuk nyatakan emosi mereka ataupun bahasa tubuh pasti sukar mereka nak cakap atau luah apa mereka rasa kan.
Anak pula merasa sukar dan buang masa nak luahkan melalui verbal sebab lebih cepat dia dapat respon kalau dia mengamuk kan?
Jadi bila masa dia nak beri peluang pada diri untuk pause nyatakan emosi melalui perkataan kan. Lebih baik dia mengamuk terus dapat apa dia nak tanpa perlu sebut apa- apa.
3️⃣ Kemahiran Motor Kasar
Ramai tidak tahu jika nak keluarkan satu bunyi perlu ada kekuatan otot abdomen juga.
Pergerakan dan kemampuan duduk tegak juga mempengaruhi cara anak keluarkan bunyi jelas atau tidak.
OT banyak membantu dari segi menguatkan kekuatan abdomen anak supaya mudah anak bercakap lebih jelas.
4️⃣ Kemahiran Motor Halus
Kemahiran ini bukan sahaja di tangan malah di mulut untuk melancarkan pergerakan otot-otot membuat pergerakan hasilkan bunyi.
Oral motor adalah salah satu latihan yang akan diberi untuk memudahkan anak berkomunikasi.
Jadi motor halus bukan sahaja di tangan malah di pergerakan mulut juga banyak kaitan untuk bantu anak.
5️⃣Konsep Asas & Komunikasi
Jika sudah dapat hasilkan bunyi sekalipun anak-anak perlu ada kefahaman konsep asas yang menjadi sebahagian dari kemahiran kognitif.
Anak akan faham duduk maksudnya apa. Kerusi itu apa. Kerusi untuk kena duduk.
Bila sudah faham bila kita sebutkan ‘Duduk atas Kerusi’ anak juga boleh faham dan lakukan perbuatan itu.
Guru guru juga banyak membantu perkembangan anak-anak ‘Speech Delay’ ini. Jadi Speech Delay ini adalah hanya masalah yang nampak di luaran seperti Teori Ice Berg.
Ada banyak isu lain yang perlu dibantu bila anak kita mungkin ada risiko speech delay.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehadiran orang baru dalam keluarga penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida beberapa hari lalu memberi kegembiraan buat seluruh ahli keluarga setelah lama menanti bayi perempuan.
Bayi perempuan yang diberi nama Raudah Arshiyah yang bermaksud Taman Terbaik itu kini menjadi perhatian seluruh ahli keluarga.
Bagaimanapun, menurut Datin Seri Shahida memandangkan anak keempatnya, Yusoff Al Qardawi masih lagi kecil dan dalam proses untuk menerima adik baru, kena banyak ambil hatinya dulu.
“Sekarang ni kena banyak ambik hati @yusoffalqardawi_terlajaklaris sebab dia dah start cemburu dengan baby raudhah!!
Hari pertama je dia nampak baby dia nak keracak(cakar)….sekarang dah masuk hari ke 3 dia dah start ok dan faham…..tapi jangan pegang baby lama-lama sangat kena pegang dia juga baru dia tepuk tangan.”
Sementara itu, menerusi laman Instagram Rozita Ibrahim, ibu Datuk Aliff Syukri berkongsi momen istimewa keluarga itu menerima orang baru.
Malah, dia turut mendedahkan nama yang diberikan kepada anak kelima pasangan popular itu.
“Slide tau “ sempat sy snap gambar baby senyum” mood Abah paling hapy dapat anak perempuan
“Kami sedih muka Yusuf jelez dan tarik diri menyendiri dgn Raudah Arshiyah nama baby baru family kami.
Menerusi ruang komen, netizen memuji keindahan nama milik si comel.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy serta seorang anak angkat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ribut, bumbung rumah terangkat - "Saya terketar-ketar sambil memegang erat cucu." “Saya menggigil sambil mendakap erat cucu,” – Mangsa ribut imbas detik cemas bumbung rumah diterbangkan angin.