Anak Dua Tahun Dah Boleh Diajak Solat, Lagi Senang Nak Patuh & Faham, Mudah Sungguh Ikut Cara Ni!

Share

Bila anak semakin membesar, tak dinafikan anak semakin sukar untuk menerima arahan. Mendidik anak untuk menunaikan solat ada waktunya menguji kesabaran kita sebagai ibu. Tak perlu pening kepala, jika tahu cara dan triknya, anak jadi mudah ikut kata, lebih-lebih bila dia faham apa itu solat.

Perkongsian ibu ini, Teacher Lin Talib boleh anda jadikan panduan untuk mendidik anak bersolat. Malah seawal usia dua tahun anak sudah boleh dilatih, lagi cepat anak faham dan ikut.


ROTAN ANAK JIKA TAK SOLAT

Ha, kita selalu dengar ada riwayat yang mengatakan bahawa rotanlah anak yang tidak solat ketika mereka berumur 10 tahun.

10 tahun tak solat kena rotan. Kalau dah besor panjang tak solat kena lempor ke gamaknya? Hihi

Namun disebabkan ayat ini, Islam seolah digambarkan dengan pendidikan anak yang menggunakan kekerasan. Gagalnya kita menelaah dan mendalami hakikat pendidikan ibadah untuk anak-anak kita dalam Islam.

Sebenarnya seawal anak berumur 2 tahun anda sudah boleh kenalkan mereka dengan solat. Macam cek mek dalam gambo tu, baru 1 tahun lebih, selalu ikut sujud bila kami solat.

Secara fitrahnya anak-anak ini memang terdorong kepada solat kerana itulah fitrah seorang hamba yakni sujud kepada PenciptaNya.

Jadi, kita sebagai ibu bapa bertanggungjawab untuk mengenalkan secara bersistem tentang bagaimana dan apakah kesan solat kepada diri.

Bagaimanakah nak kenalkan anak dengan solat?

1. Sebenarnya mudah sangat. Bersyukur selalu kerana negara kita mudah mendengar azan dari surau atau masjid berdekatan.

Apabila azan ajarkan anak kita untuk diam dan usai azan tamat sama-sama kita membaca doa selepas azan. Azan boleh menjadi “key point” untuk solat. Rutinkan perkara ini setiap hari dan anak akan mudah faham bahawa, setiap kali azan, kita akan bersolat.

2. Kenalkan mereka dengan wuduk. Setiap kali wuduk boleh tunjukkan kepada mereka dan biar mereka perhatikan setiap gerak geri kita. Biasanya mereka paling tangkap part basuh kaki tu sebab last sekali kan.

Takpe, basuhkan kaki mereka. Biar mereka seronok dan perkara ini mengiyakan kefahaman mereka bahawa dalam wuduk ada part basuh kaki.

Sangat penting ubtuk kita iya kan kefahaman mereka supaya mereka boleh move on untuk topup kefahaman baru yang lain.

3. Jika perempuan, kita akan pakai telekung. Biasa anak-anak ni suka tiru kita. Jadi boleh belikan mereka telekung atau sarungkan sahaj tudung sarung pada mereka.

Ini seolah-olah kita meraikan mereka dalam setia aktiviti kita. Anak-anak ni sukaa sangat in ‘include’ kan dalam aktiviti bersama ibu bapa. Yelah, kesayangan mereka kan♥️.

4. Rajin-rajinlah solat jemaah. Solat jemaah dalam keluarga sangat penting kerana dalam jemaah adanya cara solat lelaki dan perempuan.

Jadi, jika ada anak lelaki, kita ajarkan mereka untuk lihat ayah. Jika anak perempuan kita ajarkan mereka untuk lihat ibu.

 

Semua ini perlu dilakukan secara konsisten dan sabar sejak dari awal lagi. Memupuk jiwa kehambaan yang hebat bukannya mudah jika ibu bapa sendiri kurangnya rasa pergantungan TOTAL kepada Allah.

Pendidikan yang konsisten dan disiplin ini diteruskan sampailah kita akan lihat, anak akan solat dengan sendirinya tanpa kita suruh.

Di sinilah pula peranan kita sebagai ibu bapa, memberi pengertian solat kepada anak. Knowledge is key. Solat ini sangat berkait rapat dengan sistem biologi, chemistry dan fizik badan. Sesungguhnya, sains mengikut Islam dan bukannya Islam yang mengikut Sains.

Merotan anak yang tidak solat hanyalah dilakukan apabila rutin dan pendidikan yang bertahun-tahun sudah diajarkan tidak dilakukan oleh anak.

Sesungguhnya Islam itu sangat lembut cara pengajarannya. Ibu bapa sekalian, sesibuk mana pun anda, luangkanlah masa untuk mendidik rohani jiwa anak kita. Apabila anak kita terisi rohaninya, kukuh pegangannya.

InsyaAllah walau di mana pun dia, dia kuat dan Allah jualah penjaga sebaik-baiknya. Pentingnya pengajaran solat kepada anak kita ialah pendidikan time management, disiplin kerja dan fokus.

Kerana akhirnya, bukan anak yang kaya raya bijak pandai yang kita mahukan. Kita hanya mahukan anak yang bersama dengan kita di Syurga kelak.

Teacher Lin Talib

Menarik: Tak Berbaloi Bebel Panjang Berjela, Anak Tak Faham Pun Arahan, Ini Cara Tepat Tegur Anak

Jom sertai event Pa&Ma Gala Moms Reunion ni secara PERCUMA. Siapa daftar cepat dia dapat tempat. Apa mommies dapat bila join event virtual ni?
• Menyertai sesi soal jawab bersama Pakar yg akan mengupas topik masalah kulit yang kerap berlaku di kalangan bayi.
• Aktiviti games bersama selebriti mama iaitu Mawar Rashid, Farahanim & Muabella.
• Sesi cabutan bertuah.

Daftar sekarang di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM