Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).
Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.
Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.
Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.
Ads
Apa penyebab ekzema?
Keturunan.
Buka alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus.
Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
Infeksi virus.
Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
Lain lain jangkitan.
Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.
Apakah tanda tanda dan gejala ekzema?
Ads
Ekzema kelihatan seperti:
Ads
Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
Bengkak kecil yang berair.
Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?
Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
Ubat pencegah gatal seperti antihistamin.
Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.
Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.
Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?
Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
Elakkan mandi air panas/suam.
Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
Elakkan dari fabrik yang kasar.
Jangan gunakan sabun apabila mandi.
Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak dah start mengences main air liur. Habis rambut gugur. Pasal apa ae? Apa kaitan air liur anak dengan rambut kita?
Anak start main air liur sangat berkait rapat. Kalau anak tak main air liur ditakuti perkembangan anak ada masalah. Setiap bayi haruslah ikut perkembangannya.
Perasan tak semasa kita hamil, rambut akan menjadi lebat dan kurang gugur. Kalau gugur pun boleh dikira dengan jari. Ini kerana semasa kita hamil, hormon estrogen adalah tinggi dan ini akan meng”awet” rambut daripada membesar. Maksudnya tiada sebarang proses tumbesaran berlaku kepada rambut. Ia kekal seperti mana keadaannya ketika itu. Jadi rambut tidak menua dan tidak gugur.
Tapi sebaik sahaja selepas kita melahirkan anak, paras estrogen dalam badan kita akan mula menurun. Jadi semua rambut yang tadi dalam fasa “berehat” kini mula berguguran satu persatu. Ini selalunya berlaku menjelang 3-4 bulan selepas kelahiran baby kita. Keadaan ini selalunya akan berkurangan apabila anak berusia 6-12 bulan.
Akibatnya, ibu-ibu ramai yang berasa khuatir bila anak-anak mula menyembur, kerana kebiasaannya apabila anak kita mula pandai menyembur pada usia 3-4 bulan, kita akan rasa kepala hampir botak. “Habis la, Zayra dah mula menyembur ni Zarith. Botak la lepas ni” Biasa kan kita dengar ayat penyata seperti ini. Namun kini anda tak perlu risau lagi, kerana anda boleh cuba pelbagai tips di bawah ini.
Tips rambut kekal sihat dan cantik selepas kelahiran anak:
-Semasa proses menguruskan rambut seperti syampu dan sikat rambut, lakukan dengan penuh lemah gemalai. Syampu apabila perlu dan gunakan sikat rambut yang bergigi jarang. Elakkan mengikat rambut terlalu ketat dan jangan menggunakan gelang getah yang orang buat pakai bungkus tempeh tu. Pakai getah rambut yang khusus untuk rambut.
-Elakkan dari menggunakan pengering rambut serta melakukan proses yang melibatkan bahan kimia seperti mewarna atau apa-apa yang menggunakan haba seperti proses rebonding dan mengerintingkan rambut.
-Kekalkan pemakanan sihat dan amalkan pengambilan supplement selepas melahirkan anak.
-Sekiranya terlalu teruk dan disertai dengan beberapa simptom penyakit lain, boleh berjumpa dengan pakar. Mungkin ia petanda penyakit lain.
-Jadi jelas disini orang dahulukala yang mengatakan bila anak menyembur air liur tu rambut dah mula gugur tidak benar sama sekali. Cuma waktu pembesaran anak dengan kadar hormon estrogen kita yang berkurang itu waktunya hampir sama, jadi ia berlaku secara kebetulan. Apa pun, ibu-ibu jangan stress sangat. Itu adalah perkara normal yang boleh diatasi dengan pengambilan nutrisi yang seimbang.
Sumber: ibuzarith.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beberapa minggu lalu Abby Abadi selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan walaupun belum cukup bulan berikutan beberapa komplikasi yang boleh membahayakan nyawanya dan bayi.
Disebabkan ingin menyelamatkan kedua-duanya bayi itu dilahirkan ketika berusia 24 minggu dan beratnya kurang daripada 600 gram.
Darah tinggi turun naik
Semalam, Abby Abadi telah menulis panjang lebar pengalamannya ketika terpaksa melahirkan juga anak yang dikandung berikutan mengalami tumpah darah semasa di hospital.
Perkongsian tersebut nyata benar-benar meninggalkan rasa sebak kepada netizen kerana ketika itu Abby sedang berdepan dengan pelbagai risiko berkaitan nyawanya serta bayi yang dikandung.
“Baby tepat2 24 minggu. Terpaksa keluarkan sebab pagi Jumaat 27/9 pukul 9am saya tumpah darah.”
Nak buat urine test tapi darah keluar melimpah
Tangan saya masuk hari ke-5 tu pun bengkak2 dah dua-dua sebab tak tahan sakit kena pam (sebab nak dapatkan bacaan BP) Setiap 15minit. lepastu bila ok, setiap 30minit.”
Tiba2 pukul 9am doktor datang untuk cek, nurse minta urine. Saya pergi toilet, nk tadah urine sekali ada darah. Darah melimpah.”
Sempat mesej suami maklumkan tumpah darah
Tengah sibuk2 dorang cek, Sy sempat whatsapp suami beri tahu tumpah darah. Suruh suami @jaiezzany datang sebab tiba2 doktor kata kena terus operate.”
Macam2 ada dalam kepala. Paling worst, saya takut saya padam terus sbb doktor ada beritahu salah satu risiko bacaan darah tinggi kalau tinggi sangat adalah kalau baby tak meninggal, maknya yang meninggal.”
Dalam sakit pun masih fikir soal anak2 & suami
Menerusi perkongsian yang dinyatakan oleh Abby itu, jelas sekali kerisauan yang mereka hadapi semasa waktu-waktu genting itu. Risiko yang perlu dihadapi oleh Abby dan bayinya benar-benar menyentuh hati.
Mereka juga memuji Abby kerana masih lagi memikirkan soal anak-anak dan suami andai kata ada perkara tidak baik terjadi kepadanya semasa proses kelahiran tersebut.
Masuk Minggu Ke-2 Danial Makin Kuat
Dalam perkongsian Abby mengenai keadaan baby Danial nampaknya perkembangan positif terus ditunjukkan setiap hari. Walaupun di awalnya banyak risiko menanti kuasa Allah hingga hari ini Danial kuat dan boleh bertahan.
Haritu pernah kritikal 90% bergantung pada machine kan? Lepas tu turun 65%. Hari niii dah turun lagi 50% . Berkat doa semua… Syukur
Terus mendoakan Baby Danial Sy ye. Kami sayang dia sangat! Dan saya tahu ada ramai juga sahabat-sahabat yang sayang pada Baby Danial kan walaupun tak pernah tengok. Tadi jumpa Doc pun, dah lain dah cara Doc bercerita tentang Baby Danial . Kuat anakku sayang!
Sumber: ig abby abadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak memang mudah dijangkiti dengan demam, selesema dan juga batuk. Tapi kadangkala batuk atau demam yang berlarutan membuatkan mama papa rasa gundah gulana, risau penyakit yang dihidapi oleh anak-anak yang masih kecil itu memudaratkan kesihatan mereka.
Dalam satu perkongsian yang dibuat di Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel, seorang ibu menceritakan detik cemas apabila anaknya yang masih kecil batuk berterusan dan sukar bernafas. Rentetan dari kejadian tersebut anak wanita tersebut ditahan di wad kerana terkena croup (Krup) atau jangkitan saluran pernafasan yang sering berlaku kepada bayi atau kanak-kanak.
Berikut adalah perkongsian yang dibuat:
Pukul 12.20minit malam.. Bekejar suami bawa Murrabbi ke kecemasan.. “Cepat..cepat..ambik jer pempers tu”
Arahan suami buat saya makin ketar sebenarnya. Dengar pulak batuk Murabbi yang non-stop. Muka Murabbi dah nampak lain sangat. Dengan batuk dan batuk.. Nampak dia gelisah dan nak menangis. Saya ambik dan dukung Murabbi. “Jangan nangis..tak pe umi ada..” saya peluk dia sambil gosok-gosok belakang dia yang masih batuk (sempat saya selit bacaan doa pelindung boleh rujuk dekat komen) Sebabkan tengah malam kereta kurang,Alhamdulillah rumah dekat HSNZ sekejap saja sampai. Melihat pada Murabbi yang dah nampak sukar bernafas.. Murabbi di masukkan ke zon Kritikal. Allahuakhbar..takut dan cemas hanya Allah yang tahu.. Murrabi tak demam hanya batuk dan baru nak selsema.
.
“anak kene tahan wad ni.. Doc kata dia kene croup (krup)”
Dalam hati saya apa benda pulak tu? “Saluran pernafasn dia makin sempit..boleh tertutup saluran pernafasan…kita ni bernasib baik sebab cepat” Masa ni nafas saya pula rasa tersekat.. Ya lah kita ni ibu,boleh rasa anak kita tu macam mana.. Waktu Murabbi batuk tu saya tak reti nak gambarkan macam mana kesusahan dia nak bernafas..
Apa itu Croup @ Krup?
Ni sedikit info saya nak kongsi mengenai Croup @ krup:
Krup adalah sejenis jangkitan pernafasan yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Ia boleh menyebabkan kotak suara (larinks) dan saluran pernafasan kanak-kanak itu membengkak hingga menghadapi masalah untuk bernafas. Cara paling SENANG untuk mengenalpasti kemungkinan penyakit krup adalah dengan mendengar bunyi batuk kanak-kanak yang berbunyi seperti anjing menyalak (barking). Batuk jenis ini selalu menyerang kanak-kanak dalam lingkungan 6 bulan – 3 tahun. Selain itu, Persatuan Pediatrik Malaysia mendapati hampir 70% daripada mereka yang pernah dimasukkan ke dalam wad kerana penyakit krup adalah kanak-kanak lelaki. Walaupun sangat jarang, penyakit ini juga boleh menyerang kanak-kanak yang lebih tua.
Apa penyebab penyakit Krup?
Kanak-kanak selalu terkena penyakit krup selepas menghidap flu, kerana kedua-duanya muncul dari virus yang sama. Kebanyakkan kes-kes krup disebabkan oleh virus parainfluenza jenis 1, 2 dan 3 sementara kes-kes krup yang lain disebabkan oleh virus campak, virus respiratori sinsitial, adenovirus dan virus influenza jenis A dan B. Selain jangkitan virus, jangkitan bakteria juga boleh menjadi punca serta keadaan-keadaan di bawah:
Apa tanda-tanda penyakit?
Antara tanda-tanda ia makin teruk adalah:
Bagaimana untuk mengelak penyakit krup ini?
Selalu cuci tangan untuk menjauhkan diri dari virus dan bakteria yang tidak diingini. Di samping itu, ajar anak anda untuk mengehadkan hubungan fizikal dengan orang lain bagi mengelakkan penyebaran penyebab virus. Kanak-kanak yang senang terdedah kepada penyakit ini mempunyai paru-paru dan tekak yang masih kecil. Segera bawa bayi anda berjumpa pakar, kerana doktor GP biasa mungkin tidak mempunyai kepakaran untuk mengesan penyakit krup.
.
Apakah tip untuk ibu bapa bagi mengatasi penyakit ini?
Di bawah adalah beberapa tip yang boleh dilakukan oleh ibu bapa di rumah supaya bayi anda rasa lebih selesa: »Cuba tenangkan anak anda dengan memberi pelukan & ciuman.
Dukung atau dudukkan anak secara tegak boleh membantu dia rasa selesa dan lebih mudah bernafas. »Jangan biar dia menangis lama-lama kerana ini boleh menjejaskan saluran pernafasannya dan anak akan lebih sukar untuk bernafas. »Terapi humidifikasi – Juga dikenali sebagai terapi wap, untuk membantu mengurangkan kekeringan udara di bilik. »Jika gejala krup muncul pada tengah malam, ibu bapa harus pantau keadaan anak sehingga pagi. »Pastikan bayi tidak dehidrasi.
Naikkan kepala bayi. Guna bantal tambahan apabila dia tidur pada waktu malam. Tapi jangan guna bantal untuk bayi di bawah 1 tahun. Tidur bersama anak supaya ibu bapa akan tahu dengan segera kalau anak mempunyai masalah pernafasan. »Kanak-kanak akan batuk Krup selama 3 – 7 hari. Tetapi batuk ini boleh bertahan sehingga 2 minggu.
Bolehkah krup menimbulkan komplikasi?
Krup jarang mendatangkan komplikasi dan ia sebenarnya boleh dirawat di rumah. Krup merupakan penyakit yang boleh membawa maut, kerana bakteria Difteria. Segera hubungi ambulans atau bawa terus ke bilik kecemasan hospital jika kanak-kanak mengalami gejala seperti:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!