Adakalanya ketika ibu terpaksa bekerja terutamanya hujung minggu atau mempunyai tugasan lain yang tidak boleh dielakkan, ayah terpaksalah turun padang menjaga anak-anak yang masih kecil. Sebelum ini figura bergelar ayah mungkin hanya diberikan tugasan sebagai pembantu di rumah dan sekadar mengambil alih tugas ibu pada tempoh beberapa jam sahaja. Bagaimana pula jika terpaksa mengambil alih tugas seharian atau ketika isteri perlu outstation?

Jika diberikan tanggungjawab yang satu ini, ayah sebenarnya boleh mengambil alih tugas ini dengan baik malah boleh dikatakan lebih daripada ibu. Tak gitu?

Pun begitu adakala ayah sering terleka dengan beberapa perkara remeh yang dilakukan anak kecil. Semua ini bukan satu kesalahan tapi mencuit hati kita. Beberapa perkara ini ayah sering kali lakukan bila mengambil alih tugas ibu. Ibu sabar ajelah ya.

Anak Elok Saja Bila Ibu Jaga, 7 Perkara Yang Buat Ibu Hampir Pitam Bila Anak-Anak Ditinggalkan Di Bawah Jagaan Ayah!

Tertidur Dengan Anak

Setiap kali menidurkan anak, tidak dinafikan ibu akan tertidur sekali. Tapi lain pula kisahnya bila ayah mengambil alih tugas ini. Bukan anak yang tidur dahulu, ayah awal-awal lagi dah selamat masuk ke alam mimpi. Anak masih segar bugar, siap bermain di kiri kanan ayah.

Pakaikan Baju Salah

Berbanding banyak-banyak perkara, memakaikan anak dengan pakaian yang tidak tepat buat ibu naik angin. Bila ibu minta hantarkan gambar melalui pesanan whatapps, jantung ibu berdegup kentang. Anak dipakaikan baju tidur! Aduh, luruh jantung ibu.

Tak Sepadan

Satu hal lagi yang selalu buat ibu bikin panas bila mana ayah mengenakan padanan baju yang salah. Baju lain, seluarnya lain. Menyirap darah ibu bila tengok anak berbaju merah terang dengan seluar biru pekat. Hati rasa geram!

Anak Elok Saja Bila Ibu Jaga, 7 Perkara Yang Buat Ibu Hampir Pitam Bila Anak-Anak Ditinggalkan Di Bawah Jagaan Ayah!

Baju Harian!

Ads

Masih lagi dengan kisah baju. Kali ini ayah buat keputusan untuk bawa anak keluar berjalan-jalan. Mak-mak sudah semestinya menyediakan baju yang sedikit elok dan cantik, khas untuk keluar berjalan-jalan atau ke mana-mana majlis. Ayah? Ayah lebih santai dan dengan mudahnya memakaikan baju harian yang dipakaikan di rumah sahaja. Relaks malah tak kisah pun!

Pakaikan Lampin Terbalik

Bukan tidak biasa tetapi mungkin terlebih fokus, ada ayah yang memakaikan anak lampin pakai buang terbalik. Tak perasan katanya, nampak macam sama! Pelik juga ibu lampin anak bocor. Bila diperiksa rupanya dipakaikan terbalik. Mama tak boleh terima.

Lampin Tidak Bertukar

Satu hal lagi yang membuatkan ibu pening kepala bila ayah terlupa menggantikan lampin anak. Bila ibu telefon bertanyakan keadaan anak, tanya macam-macam soalan macam polis, barulah ayah beritahu terlupa tukarkan lampin anak. Ibu tarik nafas dalam-dalam sambil memikirkan keadaan anak yang tidak selesa sepanjang hari.

Anak Elok Saja Bila Ibu Jaga, 7 Perkara Yang Buat Ibu Hampir Pitam Bila Anak-Anak Ditinggalkan Di Bawah Jagaan Ayah!

Anak Makan Bersepah

Ads

Kalau anak makan dengan ibu, bukan sahaja ibu temankan anak makan sampai habis bahkan suapkan bila anak mula main-main. Ayah pula, sediakan makanan dalam pinggan dan biarkan anak makan sendiri sampai habis. Anak sepah-sepahkan makanan pun ayah buat tak kisah sahaja.

TIP LEGAKAN RASA RESAH IBU

Bila berhadapan dengan keadaan sebegini, ibu seharusnya lebih bijak dikala meninggalkan anak-anak di bawah jagaan ayah. Menyiapkan segala kelengkapan anak lebih awal dan teratur adalah jalan sempurna supaya memudahkan suami untuk menjaga anak. Antara tip mudah yang boleh dilakukan ibu adalah seperti yang disyorkan ini.

Buat Tag Nama

Jangan memeningkan kepala ibu dengan menelefon suami berkali-kali, bertanyakan hal anak. Buatkan sahaja tag atau label agar memberi petunjuk kepada suami. Tip memilih baju, tulis atau print di atas kertas, jenis baju anak dan tampal di almari baju-baju yang perlu dipakai. Jadi tak perlulah suami tercari-cari baju bersesuaian untuk si kecil. Jika perlu buatkan label hari demi hari (untuk ibu outstation).

Anak Elok Saja Bila Ibu Jaga, 7 Perkara Yang Buat Ibu Hampir Pitam Bila Anak-Anak Ditinggalkan Di Bawah Jagaan Ayah!

Suai Padankan Baju

Ads

Mudahkan kerja suami dengan memadankan baju dan seluar di dalam satu lipatan. Lipatkan sekali dan tempatkan pada label di dalam almari. Mudah. Jadi tidaklah masalah tertukar padanan baju dan seluar anak. Masalah selesai.

Letak Plastik

Bagi mengatasi masalah anak makan bersepah, sediakan plastik besar beralas ketika anak makan. Apabila anak selesai makan, ayah boleh terus mengangkat plastik berkenaan tanpa perlu menyapu dan mengelap di seluruh lantai. Mudah!

Pilih Lampin Sesuai

Tip lampin pakai buang menjadi lebih mudah apabila ibu bijak memilih lampin terbaik buat anak. Jadi walau macam mana pun cara lampin di pasang, walaupun secara terbalik, lampin anak tidaklah bocor. Satu hal lagi bagi memastikan anak kekal kering sepanjang masa walaupun terlupa menukarnya adalah memilih lampin pakai buang yang berkualiti tiggi.

Anak Elok Saja Bila Ibu Jaga, 7 Perkara Yang Buat Ibu Hampir Pitam Bila Anak-Anak Ditinggalkan Di Bawah Jagaan Ayah!

Salah satu jenama yang diakui membuatkan bayi sentiasa kering adalah jenama Genki. Genki ternyata mampu menyerap tiga kali lembapan yang membuatkan bayi sentiasa kering dan selesa sepanjang malam. Malah pita pinggang yang lembut dan berelastik membuatkan belakang pinggangh bayi selesa.

Bukan itu sahaja, bahkan rekaan pelindung tahan bocor yang lembut membuatkan ia mendekap peha bayi dengan kemas agar mencegah kebocoran. Malah rekaan pelekatnya yang lembut membuatkan ia mudah dilaras semula mengikut keselesaan bayi. Tidak rugi memilih Genki kerana ia paling tahan lasak dan paling penting sentiasa kering dan tidak mudah bocor.

 

Apabila semuanya tersedia dengan baik dan sempurna, barulah ibu rasa lega untuk meninggalkan anak buat seketika di bawah jagaan suami. Tak perlulah ibu pening kepala lagi. Bertindak lebih bijak!

Bagi mendapatkan informasi lebih mengenai produk hebat ini, layari laman web Genki.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI