Ada ibu bapa yang risau anaknya tidak bercakap, tapi dia faham banyak perkara. Dia boleh ikut arahan, dia boleh tunjuk anggota badan, boleh tunjuk gambar poster. Tapi susahnya nak bercakap.
Salah satu kemahiran pra-pertuturan ialah kemahiran meniru. Jadi sebelum nak suruh anak tiru gerakan-gerakan mulut/sebutan, suruh anak tiru gerakan tangan dulu.
Ajar nyanyi sambil buat gerakan-gerakan tangan.
Ajar cakap sambil buat gerakkan isyarat mudah.
Apa contoh isyarat mudah? Reka saja isyarat “basuh tangan”, “kereta”, “motor”, “busuk”, “tidur”.
Sambil bercakap denga n anak, kita mesti tunjukkan isyarat tu dan galakkan anak meniru isyarat tangan ni.
Kita bukannya ajar BMKT (bahasa melayu kod tangan – untuk masalah pendengaran). Kita ajar isyarat yang simple sahaja.
Percayalah, apabila anak makin cekap meniru pergerakkan tangan, anak juga akan semakin cekap meniru pergerakkan motor halus (bibir dan lidah).
Ads
Lama-kelamaan dia buat isyarat sambil keluar sebutannya. Ada orang yang risau, dia kata, “nanti budak tu dah biasa buat isyarat, dia tak nak cakap dah”. Itu adalah jika anak ada masalah pendengaran.
Selagi pendengarannya normal dan kita juga bercakap sambil buat isyarat, dia akan tiru apa kita lakukan.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu bapa inginkan anak boleh membaca dengan cepat. Bimbang jika anak ketinggalan akan menjejaskan pembelajaran semasa darjah satu nanti. Oleh itu, pemilihan tadika perlu betul supaya tenaga pengajarnya berkualiti supaya dapat mendidik anak membaca dengan cepat.
Ini soalan seorang ibu yang risau mengenai perkembangan anaknya iaitu, “Saya agak keliru sama ada ingin menempatkan anak saya ke tadika dengan yuran yang mahal atau sebaliknya. Adakah tadika mahal menjamin anak saya boleh membaca dengan cepat.
Menurut Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri yang merangkap DekanSekolah Sains Sosial,Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), tadika yang bagus dan berkualiti mendidik kanak-kanak membaca terletak kepada kemahiran guru yang mengajar.
Tadika yang mahal belum tentu dapat menjamin hasil yang dikehendaki oleh ibu bapa yang mengharapkan anaknya boleh membaca! Kualiti guru terletak kepada kelayakan keilmuan dan pengalaman mengajar kanak-kanak. Guru perlu mendapat pengetahuan pendekatan dan teknik mengajar membaca kepada kanak-kanak.
Guru perlu peka dengan kebolehan dan keupayaan setiap kanak-kanak di tadika. Tumpuan perlu diberikan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai kebolehan membaca mengikut PERKEMBANGANNYA.
Berikut lapan panduan seharusnya pihak tadika lakukan. Apabila sudah tahu mengenai lapan panduan ini, ibu ayah, boleh tanya kepada pihak tadika, bagaimana corak pembacaan di tadika.
Aktiviti membaca di tadika hendaklah dipelbagaikan supaya dapat merangsang kanak-kanak untuk belajar membaca.
Cara pendekatan mengajar membaca juga penting untuk menghasilkan kanak-kanak yang boleh membaca dan memahami apa yang dibaca.
Kaedah membaca secara menyeluruh, fonetik atau membaca terus hendaklah disesuaikan dengan latar belakang kanak-kanak yang berbeza.
Masalahnya kadangkala pihak guru yang mengajar tidak sedar dan menganggap semua kanak-kanak adalah sama minat, kebolehan, keupayaan dan pencapaiannya.
Bahan bacaan yang disediakan oleh tadika hendaklah dapat menarik perhatian kanak-kanak. Pemilihan bahan bacaan hendaklah disesuaikan dengan peringkat umur, minat dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai latar belakang.
Membaca hendaklah disusuli dengan aktiviti yang mempunyai perkaitan dengan bahan yang dibaca dan memberi pengalaman bermakna kepada kanak-kanak.
Persekitaran membaca di rumah adalah penting sebagai lanjutan aktiviti belajar membaca di tadika. Ibu bapa dinasihatkan mengambil tahu dengan bertanya pengalaman kanak-kanak kegiatannya semasa di tadika.
Berikan galakkan kepada anak untuk terus membaca. Ibu bapa jangan merasa kecewa apabila anaknya belum boleh membaca. Dijangka semua kanak-kanak apabila telah mencapai kematangan dalam lingkungan usia sembilan tahun boleh membaca dengan lancar sekiranya diberi bimbingan yang sesuai mengikut keperluan kanak-kanak.
Kesimpulannya, tadika mahal atau tidak bergantung kepada sistem pembelanjaran di tadika itu. Misalnya, jika tadika itu murah yurannya, tetapi guru-gurunya berpengalaman sudah tentu banyak ilmu pendidikan yang boleh digunapakai untuk mendidik kanak-kanak. Yang penting, pastikan tenaga pengajarnya berkualiti dan mempunyai sijil dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki sulung beruntung kerana dia boleh diharap untuk melindungi adik-adiknya apabila sudah besar. Bagaimana pula dengan anak sulung perempuan, adakah adik-adiknya nanti tidak boleh bergantung kepada kakak yang paling tua? Jangan pandang sebelah mata akan keupayaan seorang kakak. Banyak yang mereka boleh buat dan kemampuan mereka ada kalanya menjangkaui apa yang ibu bapa fikirkan.
Anak sulung perempuan biasanya lebih prihatin dan penyayang. Rasa kasih kepada adik-adiknya tidak diselindungkan. Dia tanpa segan silu akan mencurahkan rasa sayangnya terhadap adik-adik. Mempunyai anak sulung perempuan akan memupuk sifat penyayang dalam diri adik-adiknya. Selain itu, dengan adanya kakak sulung rasa empati akan terbentuk dengan mudah dalam diri anak-anak anda yang lain.
Jika anak pertama anda adalah perempuan, bagus! Biasanya anak perempuan cepat dalam kemahiran bersosial. Lumrahnya mereka secara natural lebih sensitif terhadap emosi serta ekspresi seseorang. Kakak sulung juga akan mengajak adik-adiknya untuk berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain. Sebab itulah, kalau dibiarkan kanak-kanak perempuan bermain di taman misalnya, mereka lebih mudah berkawan berbanding budak lelaki. Kanak-kanak lelaki yang membesar bersama kakak dan adik perempuan lebih mudah bersosial dan mempunyai kelebihan untuk membina hubungan dengan kawan perempuan ketika mereka di sekolah.
Dengan adanya kakak sulung, bukan sahaja kemahiran sosial bagus bahkan keyakinan diri juga tinggi. Abang atau adik lelaki lebih banyak bersembunyi di sebalik perwatakan serius atau misteri dan menzahirkan kasih sayang dengan melindungi adik-adiknya. Kakak sulung juga begitu, tetapi mereka lebih lantang dan tidak gentar untuk menyuarakan pendapat mereka.
Semakin mereka menginjak dewasa, anak perempuan mempunyai semangat yang tinggi. Mereka lebih cenderung untuk mempertahankan adik-adik mereka dan memastikan setiap orang dalam keluarga rapat antara satu sama lain. Lihat saja bila adik-adiknya bergaduh, jarang sekali kita lihat kakak sulung berpihak pada sebelah pihak. Kebiasaannya, dia akan berusaha untuk memujuk adik-adiknya untuk berbaik dan sanggup merayu kepada ibu atau ayah untuk memberi ganjaran kepada adik-adik jika mereka ‘berkawan’ semula. Kakak sulung memang pandai memujuk dan selalunya dia selalu positif.
Walaupun orang kata mulut anak perempuan ni becok, tetapi jika adik-adiknya ada masalah, dialah pendengar setia. Dia juga tidak akan sesekali bercerita kepada orang lain perihal yang dia ketahui. Sebagai contoh, adik dimarahi ayah kerana nakal. Adik mengadu pada kakak dan ayah ternampak. Cubalah bertanya pada kakak apa yang adiknya beritahu, dia takkan buka mulut. (biarpun ayah umpan dengan gula-gula kegemarannya!)
Biar apa pun jantina anak pertama anda, bersyukurlah. Kedua-duanya anugerah terindah dari Allah SWT. Setiap anak ada telatah dan perangainya sendiri. Kemampuan dan kelebihan anak-anak juga berbeza antara satu sama lain. Baik kakak mahupun abang (anak pertama), sebagai ibu bapa sudah tentu kita boleh mengharapkan mereka suatu hari nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila sesi persekolahan sudah bermula, benda yang paling cikgu dan guru kena bersedia ialah anak yang menangis tak henti-henti. Ia akan terjadi jika itu adalah tempat yang baru untuk si kecil, boleh jadi juga tempat yang sama tapi kembali selepas cuti yang panjang (atau sekejap).
Jadi, apa yang sebenarnya telah berlaku? Adakah anak-anak berada dalam ketakutan? Guru di sekolah menengking ke? atau kena buli dengan kawan-kawan baru? Atau sebenarnya si kecil tengah melalui satu fasa yang dinamakan ‘separation anxiety’?
Separation anxiety ini adalah satu perasaan bimbang yang dialami oleh anak-anak apabila dipisahkan daripada ibu bapa, dan ia membawa kepada tingkah laku lazimnya seperti menangis yang tidak henti. Fasa ini berlaku dek si anak sedang ber-negotiate untuk berdikari.
Perasaan ini sebenarnya dah bermula sejak 6 bulan kerana attachment antara ibu bapa dan anak dah berlaku. Jadi, ia adalah situasi yang normal bagi anak-anak apabila dipisahkan daripada ibubapa terutamanya bagi satu tempoh jangka masa yang agak lama.
Berbalik kepada situasi persekolahan, ibu bapa perlulah mencari puncanya dulu. Cuba bercakap dengan guru, dan ibu bapa yang lain adakah anak-anak lain mengalami masalah yang sama atau tidak.
Jika di sekolah/pusat jagaan yang baru, ini berlaku ketika tempoh transisi. Tempoh si kecil untuk membiasakan diri dengan persekitaran yang baru. Tidak kisahlah transisi dari taska ke tadika, atau tadika ke sekolah rendah atau rumah ke tadika. Boleh jadi ia tempoh yang sekejap atau lama sebab setiap anak lain-lain tahapnya. Banyak sekolah buat sesi orientasi supaya anak membiasakan diri dengan persekitaran – jadi, jangan skip.
Jika si anak kembali ke sekolah dari cuti yang panjang, kita keliru sebab sebelum cuti mereka suka sangat sekolah, cikgu dan kawan-kawan. Tapi, bila dah kembali ke sekolah, ia berlaku sebaliknya. Eh kenapa pula kan?
Jadi, separation anxiety inilah antara punca yang kita perlu tackle sebaiknya. Perasaan excited tapi takut dalam pada masa yang sama.
Apa langkah yang perlu dan boleh diambil? (khusus untuk anak baru masuk tadika atau tahun 1)
* Minggu pertama persekolahan itu, hantarlah anak ke sekolah. Sesudah sampai, peluklah dan ciumlah mereka, kemudian tinggalkan mereka segera. Kalau mereka menangis, abaikan. Jangan teragak-agak, kerana ia akan membuatkan situasi menjadi lebih sukar. Guru pun akan cadangkan untuk ibu bapa balik. Jangan jenguk atau intai, dengan kata lain, jangan munculkan diri anda depan mereka. Percayalah, selepas anda pulang, tangis mereka akan hilang.
* Nak menjadikan situasi lebih mudah, beritahu kepada si anak bahawa dia akan ditinggalkan oleh ibu bapa. Usah sesekali menipu kanak-kanak tersebut. Jangan cakap lima sepuluh minit lagi akan datang balik – tapi tak datang-datang. Mereka akan ingat sampai bila-bila. Bila dah bagitahu anak akan ditinggalkan, jangan lupa untuk bagitahu bila mereka akan dijemput semula. Contohnya, selepas balik kerja etc. Bagitahu tiap hari pun tidak mengapa.
* Kalau minggu pertama hantar hingga ke kelas, minggu kedua boleh hantar depan pagar sahaja. Ini hanya bertujuan untuk mengatasi fasa separation anxiety sahaja. Sebab ada sekolah menggalakkan hantar anak hingga ke kelas.
* Oh, jangan lupa bila nak berpisah dengan anak, gunakan perkataan tertentu seperti “bye”, assalamualaikum, see you, love you, take care dan sebagainya. Ia memberi satu perasaan selamat dan yakin untuk kanak-kanak itu ditinggalkan di sekolah bersama penjaga atau guru yang baru.
* Cuba bermain ‘hide and seek’ dengan mereka. Baik ibu bapa atau guru. Ia adalah aktiviti/latihan perpisahan walaupun sementara. Ini kerana mereka ditinggalkan bersendirian buat seketika dan akan bertemu semula.
* Selepas pulang dari sekolah, jangan lupa reflek dengan bertanya si kecil tentang bagaimana sekolah hari ini? Buat apa? Kawan siapa? Main apa dan sebagainya.
* Janganlah trigger anak seperti tanya “takut tak nak sekolah?” Elok mereka teruja, terus rasa bimbang.
Selalunya, tingkahlaku yang terhasil dari separation anxiety ini adalah menangis, tapi jangan lupa ia juga boleh berlaku dalam pelbagai keadaan. Contohnya, si kecil menjadi terlalu pendiam sampai tidak bercakap, kencing dalam seluar walau dah praktis beribu kali cakap nak pergi tandas, menggigil dan berpeluh, no eye contact dan sebagainya.
Teringat bekas anak murid kecil yang terlalu pendiam ketika di dalam kelas, tetapi di rumah kata ibu bapanya, dia lah manusia paling bising dan lincah. Siap tunjuk bukti video lagi ketika itu.
Hanya satu cara kita boleh mengatasi separation anxiety iaitu bertoleransi dengannya (tolerating separation). Gently but firmly.
Ibu bapa jangan hujum anak-anak dengan membandingkan mereka dengan abang/kakak yang kurang menangis. Atau guru membandingkan dengan anak murid yang lain. Jangan mengejek dengan panggilan seperti cengeng, manja, mengada-ngada dan sebagainya.
Ia langsung tidak membantu untuk meredakan keadaan.
Separation anxiety untuk anak kita sudah tahu, tapi yang untuk si ibu pon dok sama teriak sebab berpisah dengan anak siapa nak bantu?
Percayakan guru, dan dalam pada masa yang sama, we do our part ok?