Lama tak nampak kelibat penyanyi Adira dalam industri seni. Diam tak diam anak sulungnya Anggerik sudah pun genap umur setahun.
Suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 40, berkongsi gambar Adira bersama anak mereka yang menunjukkan ‘baby bump’.
Ramai netizen mengucapkan tahniah dengan rezeki yang dikurniakan kepada mereka sekeluarga dan kagum dengan Dato Red yang tak jemu untuk menambah bilangan cahayamata.
Ahli perniaggaan ini baru sahaja menyambut kelahiran anak keempat daripada isteri pertamanya Datin Red pada April lepas.
Nampaknya tahun ini memang rezeki Dato Red timang dua orang anak daripada dua orang isterinya.
Dato Red Nak Anak Ramai
Menurut Dato Red seperti dipetik dalam mStar Online, dia memang berhasrat mempunyai ramai anak dan menyasarkan 20 orang cahaya mata.
Dia mengakui memang suka mempunyai ramai anak
Katanya lagi Adira yang kini hamil lima bulan dijangka akan melahirkan anak kedua mereka pada September depan.
Adira berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Pasangan ini menimang cahaya mata pertama diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017.
Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali Datin Red mempunyai empat orang cahaya mata.
Sebelum perkahwinan itu, beliau pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20-an dan berpisah lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 19 dan 14 tahun. Anak sulungnya juga sudah mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lepas.
Kelebihan Anak Ramai
Tak ramai orang sekarang yang merancang untuk mempunyai ramai anak namun nampaknya Dato Red berbeza pula. Sebenarnya ada kelebihan orang yang mempunyai anak ramai.
Selain menambah lagi bilangan umat Nabi Muhammad s.a.w, ini antara kelebihan lain.
Sumber: Instagram Dato Red & mStar Online