Pasangan selebriti Sharifah Amani dan suaminya telah menyambut ulang tahun pertama anak lelaki mereka, Ahmad Mohsein, dalam satu majlis sambutan yang sederhana tetapi penuh dengan kasih sayang dan kehangatan keluarga.
Melalui satu hantaran di Instagram, Sharifah Amani meluahkan rasa syukur dan terharu melihat anak mereka membesar dengan sihat dan ceria. “Setahun penuh dengan awak. Happy 1st Birthday kawan baik Mum & Bapak,” tulisnya dalam kapsyen yang menyentuh hati, sambil menyertakan ucapan ringkas yang menyatakan betapa Mohsein telah membawa sinar ke dalam hidup mereka.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kami bersyukur untuk setiap senyuman, setiap nafas, setiap saat kami bersama anak lelaki kami Ahmed Mohsein. Cucu kepada ibu bapa kita, anak saudara kepada adik-beradik kita, sepupu kepada anak-anak saudara kita, anak mata kita.
Dengan rasa syukur yang mendalam. Sebagai tanda kasih dan sayang kami kepadanya, kami memohon kepada-Mu ya Allah, kurniakan dia kehidupan yang dipenuhi rahmat-Mu, keimanan yang teguh, fikiran yang bermuhasabah, kesihatan yang baik, dan rezeki yang tidak terhingga yang suci dan penuh dengan rahmat-Mu.
Ads
Ya Allah Ya Ghafur Ya Wadud Lindungi dia sentiasa, dengan cara yang kita lihat dan cara yang tidak. Penuhi hatinya dengan iman, kebaikan, dan keberanian. Biarkan dia berkembang menjadi seorang yang membawa kebaikan kepada orang lain dan menempuh jalan yang diredhai-Mu.
Berikanlah dia kekuatan dalam kesulitan, kerendahan hati dalam kemudahan, dan kegembiraan dalam ibadah. Kelilingi dia dengan kasih sayang, bimbing langkahnya, dan biarkan dia tidak pernah merasa keseorangan.
Ya Allah Ya Karim Ya Razzaq Kami mempercayakan doa ini kepada-Mu dengan penuh harapan agar Engkau mengurniakan yang tersayang budi pekerti yang mulia, tekad yang tidak berbelah bahagi, dan semangat yang tinggi. Semoga tindakan terpuji beliau membawa beliau menjadi seorang yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ads
Berkatilah kehidupan Mohsein kami. Bahagiakan dia, dan semoga kesejahteraannya terpancar membawa ketenangan dan kegembiraan kepada keluarga dan imannya.
Dan kepada Mohsein – Barakallah Fii Umrik, Semoga Allah memberkati usiamu.
Āmīn, Yā Rabbal-‘Ālamīn.
Ads
Untuk info, Sharifah Amani dan Ahmed Faris Amir akhirnya dikurniakan zuriat lelaki sebagai pelengkap bahagia setelah dua tahun melayari alam perkahwinan. Ahmad Mohsein selamat dilahirkan pada 26 Jun 2024, sebagai anugerah terindah dalam kehidupan pasangan ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan usahawan, Asyraf Khalid dan Tya Arifin yang mengumumkan bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi.
Menerusi Instagramnya, Tya dan suaminya bersama dua cahaya mata mengumumkan jantina anak ketiga itu menerusi sebiji kek sebagai simbolik mendedahkan jantina bayi.
Melalui video itu, Tya dan Asyraf meletakkan gelas di atas kek yang berwarna merah sebagai tanda bayi perempuan.
Keluarga kecil ini dilihat tersenyum kegembiraan dengan kehadiran cahaya mata perempuan yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut menumpang gembira dan menitipkan ucapan tahniah.
Sekadar info, Asyraf dan Tya mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5.
Selebriti, Eyra Hazali menjawab kecaman sesetengah individu yang mempersoalkan kenapa dia memasukkan anak sulungnya ke sekolah walaupun baru berusia 2 tahun.
Menurutnya, dia menghantar anak sulungnya, Hayder ke sekolah walaupun terlalu awal bagi sesetengah pihak namun niatnya hanyalah mahu anaknya didedahkan dengan skil sosial dan juga perkembangan awal kanak-kanak.
“Awalnya Eyra hantar Hayder school”
“Dia trauma la Eyra. Kenapa hantar awal sangat?”
“Tunggu la 6 tahun,tak puas manja lagi tu”
“First of all,Alhamdulillah syukur,You did it Hayder ! Mama and Papa surely proud of you.”
“Ibu bapa mana yang nak tengok anak menangis setiap hari dan Eyra pasti ramai juga parents yang nak anak capai milestones and developments mengikut usia. Dunia kita sekarang lain,anak kita expose pada technology yang canggih dan tak terlepas dari gadget yang boleh gantikan waktu main,waktu makan dan juga waktu tidur.”
“Hayder baru masuk 2 tahun dan ni dikira playschool,bukan belajar membaca terus. Otak anak sedang berkembang and macam sponge. Anak kita sentiasa curious,sentiasa ada perasaan ingin tahu. “Eyra tak boleh ajar dekat rumah ke?” Of course Eyra and Haziq tak terlepas untuk ajar Hayder sebab Hayder cumanya half day saja dekat playschool. Okay,still why? Sebab Hayder suka berkawan. Suka berborak,suka main dengan kawan sebaya dia so our decision untuk hantar Hayder ke playschool adalah untuk tingkatkan juga social skills Hayder.”
“Eyra and Haziq juga aware dengan separation anxiety and kami selalu communicate dengan Hayder supaya dia always be prepared. Journey ini juga supaya dia be ready untuk masuk tadika belajar menulis,masuk sekolah rendah untuk belajar membaca and belajar kira-kira. I’m sure by that time,Hayder dah improve his social,physical also languange developments and his emotional development will be our priority since every stage is a new step for him.”
“We appreciate your concerns, but please dont judge,criticise or underestimate our ways of raising our kids because Me and Haziq as parents dah amik masa untuk bincang lebih dalam and we want only the best for our kids.”
“Semoga Muhammad Hayder Qhalish membesar menjadi anak yang soleh,berjaya dunia akhirat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT”
Seorang lelaki pasti akan sukakan air tangan ibu dan isterinya. Mungkin ada sesetengah masakan ibu yang masih tidak dapat ditandingi oleh si isteri biarpun sudah bertahun mendirikan rumah tangga. Pasti akan tetap dibandingkan oleh suami. Isteri jangan pula tarik muka, ada sebab mengapa jadi begitu.
Memang ada sesetangah masakan, belajar macam mana pun tak mungkin kita boleh kalahkan ibu mertua.
Seorang anak lelaki akan tetap sukakan masakan ibunya kerana sebab-sebab tertantu. Bukan tidak menghargai usaha si isteri, tetapi entah mengapa ada sesetengah makanan yang ibu sediakan tetap menduduki carta teratas. Biarpun sudah diminta isteri menuntut ilmu dari ibunya, tetap tak boleh lawan. Kenapa ya?
1. Allah SWT telah mengurniakan satu kelebihan kepada para ibu. Setiap apa yang dimasak olehnya akan menjadi kegemaran anak-anak. Biarpun sekadar masakan mudah, tetap anak-anak suka. Takkan ada sesiapa yang boleh mengatasi rasa enak masakan si ibu. Hari ini suami kata masakan ibunya sedap, entah esok lusa anak kita pula puji makanan yang kita masak pada isterinya.
2. Suami kita telah dibesarkan oleh ibunya berpuluh tahun lamanya sebelum dia mengahwini kita. Masakan ibulah yang selalu dia makan. Sebagai isteri, jangan mudah berputus asa. Teruskan berusaha untuk menuntut ilmu masakan dari ibu mertua anda.
3. Salah satu sebab lain mungkin kerana perbezaan budaya. Sebagai contoh, suami orang pantai timur. Isteri pula orang selatan. Selera makan berbeza. Cara kita dibesarkan, makanan yang kita biasa akan pun tidak sama. Jadi mungkin itu juga yang menjadi faktor mengapa masakan kita kurang ‘kena’ pada tekak suami.
Sebenarnya suami bukanlah tidak suka dengan masakan isteri, cumanya dia juga sedang mencuba untuk adapt makanan baru. Lain dari kebiasaannya yang dia suka dan selalu makan.
Percayalah, akan ada masakan isteri yang menjadi kesukaannya. Teruskan belajar dan menggoda selera suami dengan masakan anda. Kata orang, nak pikat suami kenalah pikat seleranya dulu kan?
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.