Malam nak tidur tiba-tiba bunyi gigi bergesel, agak menakutkan mendengarnya bila diperiksa rupanya anak lelaki yang masih kecil tidur dengan keadaan begitu. Perkara tersebut mungkin merisaukan ibu ayah. Malah ada yang berlarutan sehingga usia dewasa.

Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, keadaan tersebut mungkin petanda bagi masalah stress dan kebimbangan yang dialami oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Anak Gesel Gigi Waktu Tidur, Mak Ayah Jangan Biarkan! Mungkin Petanda Alami Stress!

Ia merupakan tindakan di luar kawalan dan sekiranya ia dibiarkan akan menyebabkan beberapa keadaan yang membuatkan si kecil atau anda sendiri berasa tidak selesa.

Pernahkah kita tertanya-tanya kenapa pasangan atau anak kecil kita mengeluarkan bunyi yang menakutkan daripada gigi mereka di waktu malam?

Sebenarnya, mereka sedang mengisar dan menggesel gigi mereka TANPA SEDAR! Ia juga mungkin petanda bagi masalah stress dan kebimbangan.

IKLAN

Dalam bahasa perubatan, ia dipanggil ‘bruxism’. Perbuatan mengisar gigi ini adalah pergerakan mengetap, menggesel atau/dan mengisar antara gigi-gigi di rahang atas dan di rahang bawah secara tidak disedari atau disengajakan.

Sekiranya dibiarkan, ia akan akibatkan

✔️ Sendi rahang berbunyi semasa membuka dan menutup mulut
✔️ Kesakitan/ luka di bahagian sudut mulut
✔️ Kesukaran untuk tidur
✔️ Sakit telinga
✔️ Sakit pada otot muka
✔️ Sakit kepala pada waktu pagi

Anak Gesel Gigi Waktu Tidur, Mak Ayah Jangan Biarkan! Mungkin Petanda Alami Stress!

IKLAN

Bagi mencegah, cuba latih rahang untuk berehat dan mengelakkan dari gigi bergesel pada waktu sedar.

Jangan ambil mudah, dapatkan rawatan. Jika perlu , doktor gigi akan memberi alatan Perlindungan Mulut.

Sumber: Public Health Malaysia

EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK

IKLAN

Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?

Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Anak Gesel Gigi Waktu Tidur, Mak Ayah Jangan Biarkan! Mungkin Petanda Alami Stress!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI