Ibu dan ayah manalah yang tegar melihat anak yang masih kecil menanggung sakit yang maha hebat. Namun itulah yang perlu dilalui setiap hari oleh Nurul Ashafiqah Azlan, 23, dan suami, Azhar Ali, 36. Anak mereka Nur Iman Fitriah menghidap penyakit sawan saraf yang menyebabkan dia diserang sawan antara tujuh hingga sembilan kali sehari dan perlu bergantung hidup dengan mesin bantuan oksigen.
Tiada lagi teriakan atau atau air mata menahan kesakitan yang mampu diluahkan Nur Iman Fitriah dek kerana ada tiub yang dimasukkan melalui rongga hidung terus ke usus. Dia hanya mampu terbaring sepanjang masa.
Malah, kanak-kanak ini pernah koma selama dua minggu gara-gara tidak mendapat oksigen yang cukup, selain ruang pada mulutnya yang tertutup memerlukan dia makan dan minum melalui ‘feeding tube’ yang disalurkan melalui hidung ke ususnya.
Ibu dan ayah dibuang kerja, terlalu banyak ambil cuti kecemasan
Memburukkan lagi keadaan, Nurul Ashafiqah dan Azhar dibuang kerja pada pertengahan tahun lalu memandangkan kedua-duanya terlalu banyak cuti kecemasan untuk menguruskan Nur Iman Fitriah.
Nurul Ashafiqah berkata, anaknya mula mengalami penyakit sawan kronik sejak berusia tiga bulan yang mana anak sulung daripada dua beradik itu kerap mengalami kekejangan selain muka akan kebiruan.
Ads
“Dengan pendapatan sebagai pekerja sebuah kedai serbaneka sebelum ini kami berusaha untuk mendapatkan rawatan Nur Iman. Namun, kami berdua dibuang kerja kerana selalu cuti kecemasan bagi menguruskannya.
Jual popia dan tauhu begedil untuk tampung keluarga dan kos rawatan anak
“Bagi menampung perbelanjaan hidup dan membayar kos rawatan Nur Iman, kami menjual tauhu begedil dan popia. Namun, untuk permulaan kami tidak mempunyai modal.
“Saya dan suami mengutip tin, kotak dan pelbagai barang terbuang yang boleh dijual untuk dijadikan modal perniagaan sebelum berjaya memulakan perniagaan makanan berkenaan yang mampu memperolehi pulangan antara RM500 hingga RM900 sebulan,” katanya ketika ditemui.
Ads
Nurul Ashafiqah berkata, bagaimanapun pendapatan itu tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian dan kos merawat Nur Iman memandangkan anaknya itu perlu minum susu khas yang memerlukan kos sebanyak kira-kira RM500 sebulan.
“Nur Iman tidak boleh makan dan minum kerana rongga mulutnya tertutup. Dia makan dan minum melalui tiub yang disalurkan melalui hidung, selain perlu minum susu khas.
“Dia hanya mampu terbaring sepanjang masa dan tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak lain, malah tidak lagi menangis ketika memasukkan tiub melalui hidung selain dia kini tidak boleh melihat kerana mengalami rabun kronik.
Perlu kos yang banyak untuk Nur Iman dan keperluan lain
“Setiap bulan kami juga perlu membelikan tiub yang berharga RM100 selain perlu menanggung kos pengangkutan ulang-alik ke hospital memandangkan suami hanya memiliki motosikal.
Ads
“Ketika ini sewa rumah kami juga sudah tertunggak sejak kira-kira setahun lalu,” katanya yang tinggal di Pangsapuri Seri Perdana, Paroi di Seremban.
Menurut Nurul Ashafiqah, dia ada menerima tempahan tauhu begedil daripada tiga kedai, namun tidak boleh membuat makanan itu dalam kuantiti banyak kerana peti sejuk bekunya yang bersaiz kecil.
“Saya berharap ada pihak atau agensi yang mahu membantu kami untuk menyumbang sama ada dari segi kewangan atau barangan seperti peti sejuk beku yang lebih besar bagi melebarkan perniagaan kami,” katanya.
Orang ramai atau pihak tertentu yang mahu menyumbang boleh menyalurkannya ke akaun BSN Nurul Ashafiqah 0511241000206952 atau boleh menghubunginya di talian 0176796954.
Baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 8 Julai yang lalu, penyanyi Wany Hasrita kini sudah pun selesai tempoh 44 hari berpantangnya.
Melalui Instagramnya, Wany yang memilih untuk berpantang bersama Lavender Confinement Care, turut berkongsi pengalamannya yang dijaga dengan baik oleh pusat berpantang itu.
Akui Wany, sepanjang tempoh itu, dia dijaga dan dilayan bagaikan puteri bersama anaknya, Aisyah Al-Iman.
“Berpantang 44 hari dengan @lavenderconfinementcare, dijaga umpama puteri.
“Pendapat peribadi, saya rasa sangat worth it untuk kita invest untuk dijaga ketika berpantang. Lagi-lagi first time mom, banyak benda masih difasa adaptasi.
“Adanya Confinement Lady (CL) yang menjaga, sangat memudahkan banyak perkara,” kongsinya.
Bahkan Wany juga turut menitipkan nasihat kepada para suami agar memperuntukkan sedikit wang untuk memanjakan isteri dengan pakej berpantang.
Ia bukan sahaja teramat membantu isteri bahkan turut juga menyenangkan para suami.
“Nasihat saya untuk para suami, yang ada kekangan untuk menjaga isteri yang sedang berpantang, setidaknya hadiahkan lah pakej berpantang untuk isteri anda yang telah bertarung nyawa melahirkan malaikat kecil anda berdua,” luahnya.
Dalam pada itu, idea dan pandangan Wany itu sudah semestinya disokong oleh ibu-ibu lain. Biar berbelanja lebih asalkan tubuh terjaga dengan baik.
Nak kuatkan daya tahan dan kekebalan tubuh anak, doktor sarankan 5 makanan ini. Ibu ayah kena rajin sediakannya supaya tidak mudah diserang penyakit.
Pemakanan memainkan peranan penting untuk memastikan si kecil membesar menjadi anak yang sihat dan kuat serta kuat menangkis jangkitan penyakit. Selain langkah kebersihan dan suntikan vaksin, pemberian makanan yang kata dengan vitamin boleh menguatkan daya tahan tubuh.
Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi tentang 5 jenis makanan dan buah-buahan yang boleh diberikan kepada si manja.
TINGKATKAN DAYA TAHAN ANAK-ANAK DENGAN PEMAKANAN YANG BETUL.
Ramai orang yang berusaha mencari pelbagai suplemen untuk meningkatkan sistem daya tahan (kekebalan) tubuh. Pengamalan suplemen yang banyak dijual di pasaran tidak akan bermakna jika anak-anak kita masih lagi tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Sistem kekebalan tubuh atau sistem imunisasi ini berfungsi melindungi tubuh dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
Oleh itu kita akan melihat ada anak-anak yang sihat dan ada anak-anak yang mudah sakit walaupun berada dalam taska dan tadika yang sama.
Saya mencadangkan beberapa jenis sayur-sayuran yang bermanfaat untuk meningkat daya tahan anak-anak kita.
#1. Brokoli
Ia mengandung serat dan antioksidan yang tinggi. Selain itu mengandung vitamin A, C, dan E. Cara terbaik ketika menyediakan brokoli adalah dengan membersihkan brokoli kemudian di stim bersama nasi dalam periuk yang sama.
#2. Bayam
Kandungan antioksidan sayur ini juga tinggi. Cara penyediaannya sama seperti brokoli. Jangan terlalu lama ditumis. Stimkan sayur ini bagi mengekalkan nutrisinya.
#3. Bawang putih
Ia mengandungi sebatian allicin yang bersifat antibakteria dan antivirus. Jadi ia bagus dicampurkan sedikit pada makanan anak-anak kita. Biasakan mereka dengan bawang putih.
#4. Kunyit
Ia mengandungi sebatian cucurmin yang berisfat antiradang. Tambahkan lebih kunyit dalam masakan kita agar ia dapat juga dinikmati oleh anak-anak.
#5. Betik
Betik adalah buah tempatan yang sangat bermanfaat kerana mengandungi sebatian papain, yang berfungsi sebagai antikeradangan. Ia juga mengandung vitamin B, potasium, dan asid folat. Tahap vitamin C dalam sebiji buah betik sangat tinggi.
Banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat bermanfaat. Latih anak kita dari kecil untuk mengambilnya dalam makanan.
Melahirkan anak kelima awal beberapa hari sebelum jangkaan yang sepatutnya hari Ahad, Datin Seri Shahida selamat melahirkan bayi perempuannya petang semalam (19 Disember).
Menerusi perkongsian di instagram Datuk Seri Aliff Syukri, hampir lapan jam menanti dan memantau perkembangan si isteri dan bayi yang bakal lahir, penyanyi dan usahawan ini menjelaskan, dia berjanji untuk menjadi suami yang lebih baik.
“Beranak sebelum waktunya. Sebenarnya isteri saya dijangka bersalin pada hari Ahad ni.. tapi semalam dah start rasa sakit jadi doktor cakap kena beranak hari ni..Jadi semua benda cancel demi menemani isteri melahirkan bayi.
“Bagi abang ini adalah pengalaman yang perlu dirasai setiap suami.. kerana ia tidak boleh di ulang lagi.. Bila kita menemankan isteri kita dalam labour room ni.
“Benda pertama sekali suami akan rasa perasaan terlalu bersalah dan terus hilang semua ego.. maklumlah ..lelaki kan selalu nak menang,” tulisnya.
Malah jelasnya, orang luar sentiasa melihat mereka pasangan bahagia, namun dugaan berumahtangga hanya mereka berdua sahaja yang tahu.
“Sebab tu hari ini saya nak minta maaf dgn pasangan gaduh,cinta,isteri, syg sy @shahidadherbs kalau saya ada salah kat awak. Orang mungkin tengok kami bahagia di laman sosial tapi orang tak tahu apa yang berlaku di sebaliknya.
“Pelbagai dugaan dalam rumah tangga ini .. hanya orang yang dah kahwin sahaja tahu .. tapi saya yakin yang terbaik untuk awak dan awak terbaik untuk saya sampai mati sayang.
“Kalau tengok dugaan wanita yang ingin melahirkan anak secara live.. terasa macam nak menjadi seorang suami lindungan syurga.. nak ikut jee semua cakap isteri.. sebab tu abang tak malu nak minta maaf,” katanya.
Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan empat cahaya mata sebelum ini serta seorang anak angkat.
DS Shahida Selamat Lahirkan Anak Perempuan
Menjengah Instagram Bonda Rozita, Bonda ada memuat naik gambar bayi pasangan ini dengan mengucapkan syukur kerana selamat melahirkan anak perempuan pada jam 5.30 petang.
Foto : IG Aliff Syukri | Bonda Rozita
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.