Nak lahirkan anak hebat dan berjaya, ibu bapa kena elakkan bagi alasan sibuk. Tak kira sebaik mana perhatian dan kasih sayang kita curahkan kepada anak-anak anda, satu perkara yang perlu anda fahami ialah setiap anak perlukan perhatian tersendiri khusus untuk mereka.
Memori dengan ayah atau ibu ketika kecil, biasanya ialah apabila kita spent ‘quality time’ bersama mereka dalam suasana yang tidak terganggu oleh suasana lain.
Menurut Pakar Psikologi, Dr Rozanizam Zakaria, penting untuk ibu bapa manfaatkan masa ini.
Macam saya, favourite time saya, bila ayah saya bawa saya ke kebun tanam anak getah. walaupun dia tahu anak dia takkan jadi penoreh getah, itu ‘moment’ yang dia guna untuk ajar saya erti pengorbanan dalam hidup. Waktu itu tiada orang lain, hanya kami berdua.
Ibu bapa harus peruntukan masa khusus-one-to-one, uniterrupted dengan setiap anak sekurang-kurangnya sekali seminggu. Maksudnya jika anda ada 5 anak, setiap anak harus ada masa bersama ayah, ibu berasingan yang ditetapkan khas untuknya.
Tidak kira keluar berdua, berkebun bersama, didapur bersama, baca buku berdua, melukis berdua atau apa juga aktiviti. Yang penting anak itu rasa bahawa ini masa yang khusus diperuntukkan ‘istimewa’ untuknya.
Ibu bapa perlu main peranan
Jika ayah bersama anak yang sulung, ibu ambil peranan layan anak-anak yang lain supaya ayah ada masa berkualiti bersama anak sulung pada waktu ini. Begitulah sebaliknya.
Inilah waktu berharga yang anda berdua boleh saling berkongsi, memahami dan meluahkan apa yang terbuku di hati. Secara pskiloginya, ia merupakan kaedah terbaik untuk anak membina kepercayaan terhadap ibu bapa dan menjadi outlet terbaik untuk mereka meluahkan rasa hati.
Bila anda biasakan anak-anak dengan ‘moment’ ini, sejak kecil, anda tidak akan berasa janggal apabila perlu ‘slow-talk’ dengan anak bila mereka remaja untuk bercerita soal emosi, perasaan, cinta, perkembangan personaliti, masalah peribadi yang akan makin kompleks bila mereka remaja. Ini kerana mereka ada ‘daddy-son, mommy-daughter, daddy-daughter, mommy-son moment’ mereka sendiri untuk mereka gunakan.
Bila kita sentiasa sediakan ‘bahu’ untuk mereka bersandar, harapnya tidaklah mereka mencari ‘bahu’ lain untuk bersandar bila ada masalah ketika dewasa kelak. Apatah lagi kalau bahu itu bahu yang haram untuk mereka sentuh.
Sumber: Dr Rozanizam Zakaria
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Rangsang Anak Kreatif, Ikut Cara Ibu Ini Buat Aktiviti Untuk Anaknya Di Rumah
Sebenarnya terdapat pelbagai aktiviti cara rangsang anak menjadi kreatif di rumah. Anak-anak ini ibarat sehelai kain putih. Jika salah kita mencorakknya, ia akan menjejaskan perkembangannya.
Oleh itu,mulakan rangsangan anak sejak awal lagi sehingga mereka memasuki tadika supaya anak-anak dapat berkembang secara positif. Perkongsian seorang ibu, Puan Zarith yang menyediakan aktiviti berfaedah kepada anaknya untuk mengembangkan daya kreativiti dan emosi ini.
Sebagai seorang ibu yang menjaga anak sendiri 24 jam, kadang kala Zarith kehabisan idea nak main apa dengan anak-anak solehah ni. Baru-baru ni ada belikan Zuyyin sedikit buku aktiviti. Bukan Zuyyin je seronok bermain, Zayra pun gembira bila Zarith bagi dia pegang pen, dan guide dia menulis dan melukis. Gelak comel setiap kali berjaya nampak dakwat keluar terkena buku.
Yang penting kita guide mereka. Jangan biarkan mereka bermain sendiri.
Selain dari aspek keselamatan, bermain dengan anak-anak dapat mengembangkan lagi daya kreativiti mereka dan memelihara emosi mereka. Takde lah nanti anak-anak ingat kita sediakan permainan baru untuk elak mereka dari kacau kita buat kerja
10 aktiviti pilihan boleh lakukan untuk anak-anak
1.Mengemas baju
Selalunya pada waktu pagi, Zuyyin akan masukkan bajunya dan Zayra yang telah kotor ke dalam bakul untuk di basuh. Sambil masukkan, Zuyyin akan sebut warna baju-baju tersebut. Zuyyin juga akan membantu Zarith untuk sidai baju-bajunya di penyangkut baju yang kecil. Pada waktu melipat kain pula, Zuyyin akan tolong Zarith melipat bajunya dan Zayra serta menyusunnya sendiri di rak baju. Disebabkan Zuyyin dan mula bantu Zarith melipat sejak usianya setahun lebih, jadi sekarang ni lipatannya sungguh kemas, dah macam kita yang lipat. Kesemua aktiviti ini tak pernah Zarith memaksa Zuyyin melakukannya, Zuyyin dengan rela hati datang dan minta untuk membantu. Bila kita tak bagi, Zuyyin akan cakap “Takpe la bu, Zuyyin tolong ibu sikit je”. Terharu sungguh dengan anak dara yang sorang ni.
2.Mewarna
Selalunya Zuyyin suka mewarna menggunakan pewarna air (water color). Agaknya sebab ada berus dan air yang boleh dibuat main. tapi kami belikan juga Zuyyin crayon dan pensel warna supaya Zuyyin mempunyai pilihan nak pakai yang mana untuk hari tersebut. Bila bagi je Zuyyin kertas lukisan, pandai la Zuyyin melukis mengikut daya kreativitinya sendiri
3.Bermain pasir
Boleh letakkan sedikit pasir bersih dalam bekas yang telah diisikan dengan permainan dan timbus permainan tersebut. Berikan anak kita penyeduk pasir kecil untuk dia mulakan pencarian harta karunnya yang terbenam tu. Jika rumah berdekatan dengan pantai, boleh la kerap bawa anak bermain pasir di pantai. Ini akan merangsang daya sentuhnya dan juga kemahiran motornya untuk menggenggam pasir-pasir pantai itu.
4.Permainan adunan
Semasa Zarith memasak, Zuyyin juga akan berada di dapur. Pada waktu inilah Zuyyin diberi kebebasan untuk bermain di dapur. Zarith akan berikan Zuyyin sedikit tepung gandum, secawan air dan pelbagai pewarna makanan untuk dicampurkan ke dalam adunan yang Zuyyin dah buat nanti. Pewarna tersebut Zarith yang akan tuangkannya. Zarith akan biarkan je Zuyyin menggaul adunan tersebut dengan sudu/ senduk kayu.Boleh juga anda buatkan adunan itu menjadi bebola kecil yang berwarna warni, pasti anak anda sukakannya!
5.Pilih, cari dan asingkan
Gunakan benda yang berwarna warni seperti penyepit baju, getah rambut kecil-kecil, ataupun bebola kecil yang berwarna-warni untuk aktiviti ini. Semua bahan ini Zarith beli di MR. DIY je. Letakkan beberapa mangkuk yang berwarna-warni dihadapan Zuyyin, dan Zuyyin akan mula mengasingkan bahan berwarna-warni itu mengikut warna mangkuk tersebut. Sebagai contoh, dalam mangkuk kuning cuma boleh ada getah rambut kecil yang berwarna kuning sahaja. Dengan aktiviti ini, anak kita akan kenal warna.
6.Membersihkan
Selepas bermain ‘masak-masak’ di dapur, Zarith akan biarkan Zuyyin membersihkan sendiri tempatnya bermain. Zuyyin akan basuh pekakas yang telah digunakan dan lap tempat dia bermain dengan kain lembap. Pada mulanya kita kena tunjukkan contoh, kemudian barulah dia faham, yang setiap kali lepas bermain, dia kena bersihkan sendiri tempat bermain tersebut. Dengan cara ini, selain belajar berdisiplin, anak kita juga akan rasa dihargai, dan rasa diri mereka sama seperti orang dewasa
7.Bermain blok
Bermain blok boleh membuatkan anak kita pintar matematik.Zuyyin dan Zayra memang suka bermain blok. Cuma Zayra belum pandai untuk susun pelbagai bentuk. Zuyyin memang dah pakar. Bagi apa jenis blok pun, Zuyyin boleh mereka sesuatu bentuk yang menarik. Dari sini, anak kita dapat melatih daya konsentrasinya, kemahiran motor dan koordinasi tangan dan mata
8.Menyanyi dan menari
Kanak-kanak ni bila mendengar musik, badan mereka secara automatiknya akan bergerak mengikut rentak. Zuyyin pula Zarith ajarkan lagu-lagu zaman tadika seperti ais kacang, dari ulat jadi kepompong, dan banyak lagi. Sambil menyanyi, kita ajarkan gerakan ringkas. Zayra pun akan turut serta dalam permainan ini. Memang mereka seronok sangat bila diajak menyanyi dan menari. Selain dari melatih minda mereka untuk menghafal lirik lagu, ia juga melatih mereka untuk lebih mengenali bahasa. Sampai satu masa, Zuyyin sendiri yang akan ubah gerakan tarian mengikut apa yang dia faham. Sekarang ni, Zuyyin dah pandai cipta lagu sendiri dan paksa ibu dan ayah dengar. Lagu baru katanya. Maka ibu dan ayah la yang menjadi pendengar setia sambil bertepuk tangan. Ini adalah sesuatu perkembangan yang mengujakan. Anak kita menjadi kreatif!
9.Teka barang permainan
Bungkus beberapa barang permainan kesukaan anak kita, kalau boleh jangan gunakan pelekat yang banyak. Sebelum dia membuka barang permainan itu, suruh mereka teka apa yang ada di dalamnya.
10.Album gambar
Sediakan buku nota dan beberapa keping gambar sekeluarga. Bantu anak kita untuk tampal gambar tersebut kemudian tanya mereka adakah mereka kenal dengan orang yang ada dalam gambar tersebut. Zuyyin kenal setiap orang dalam keluarga Zarith dan Mr. Hubby, siap dengan nama penuh lagi sejak umurnya setahun lebih. Permainan ini dapat membantu mereka untuk menajamkan daya ingatan.
11.Bermain cop-cop kertas lukisan
Zarith potong kentang mengikut bentuk yang menarik dan Zuyyin copkan pada kertas lukisan warna-warna kesukaannya. Biarkan anak kita sapu sendiri warna kegemarannya pada kentang tersebut dan biarkan mereka copkan di atas kertas lukisan mengikut bentuk yang mereka suka. Disini kita akan dapat lihat kreativiti mereka.
Terdapat 15 lagi aktiviti yang dikongsi oleh ibu bapa diblognya www.ibuzarith.com yang boleh menjadi panduan anda untuk melakukan aktiviti rangsangan kepada anak. Cara ini dapat mengelak anak asyik bermain gajet dirumah.
Sumber: www.ibuzarith.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trik Mudah Berhadapan Dengan Si Kecil 2 Tahun Yang Banyak Kerenah Atau ‘Terrible Twos’
Si kecil yang genap umur 2 tahun sering dikaitkan dengan banyak kerenah atau ‘terrible twos’. Istilah ‘orang putih’ menyebut tingkah laku anak dua tahun sebagai ‘terrible twos’ memperlihatkan betapa mencabarnya kelakuan mereka yang sukar diramal.
Sesiapa yang ada anak umur dua tahun, perasan tak perubahan sikap yang berlaku kepada anak anda? Transisi daripada bayi menjadi kanak-kanak membuatkan kerenah dan tingkah laku mereka sangat menguji kesabaran papa dan mama.
‘Terrible twos’ adalah peringkat normal dalam perkembangan anak kerana dalam usia dua tahun mereka berjuang antara pergantungan mereka pada orang dewasa dan keinginan untuk berdikari. Si kecil bergelut dengan emosi yang mereka sendiri tak tahu untuk mengawalnya – seminit anak anda mungkin menangis dan kemudian seminit lagi dia boleh ketawa.
Memerhatikan perkembangan anak menjadi satu pengalaman mengujakan dan menggembirakan tetapi bila “tidak” mendominasi tatabahasa mereka, menjadi ibu bapa boleh menjadi sesuatu yang tertekan (kadangkala).
Kalau ini anak pertama anda, peringkat ini adalah fasa baru kepada kalian berdua, memahami apa yang membuatkan kecelaruan kelakuan si kecil boleh menjadi langkah awal mengubah ‘terrible twos’ menjadi ‘terrific twos’.
Kenapa tunjuk perangai?
Papa dan mama kena faham apa punca amukan si kecil, walaupun agak menjengkelkan tetapi cuba jangan ‘melawan’ dengan mereka. Kanak-kanak usia ini sedang belajar untuk berdikari. Mereka sedang melalui perubahan kepintaran, sosial, kemahiran dan emosional .
Keinginan mereka untuk melakukan semua perkara sendiri menjadi semakin kuat sebaik mereka tahu jangkaan mematuhi peraturan oleh papa dan mama.
Menurut Mayo Clinic, kanak-kanak ‘membuat perangai’ kerana mereka tidak boleh berkomunikasi dengan jelas dan mengawal emosi sendiri. Mereka sedang belajar untuk mengatasi pelbagai perkara dalam satu masa: kekecewaan mereka, kemahiran berkomunikasi, berdikari, kawalan diri dan emosi.
Di sini ialah 10 tip bagaimana mengawal diri anda semasa tempoh perkembangan kritikal anak anda.
1. Simpan emosi anda
Kalau emosi anda sendiri “ke laut”, emosi anak anda pun sama. Amukan mereka akan lebih cepat surut sekiranya ibu lebih bertenang.
2. Elakkan tunjuk perangai
Anda boleh elakkan kemarahan si kecil dengan cara memberi lebih perhatian kepada kelakuannya. Si kecil membuat perangai bila dia penat, lapar atau tak dapat apa yang dikehendaki. Jadi elakkan daripada perkara tersebut sebelum anak buat perangai.
3. Rancang hari anda
Bila ada anak kecil anda kena jadi ibu yang bijak merancang. Sentiasa ceriakan harinya dengan pelbagai aktiviti dan pastikan perut anak sentiasa kenyang serta cukup tidur. Jangan sekali-kali petik suis meragamnya. Anda juga yang pening kepala nanti.
4. Biarkan mereka atau alihkan mereka
Bila anak anda sedang mengamuk, biarkan sehingga dia bertenang. Cara ini dapat elakkan anda melaksanakan tindakan yang berasaskan kemarahan. Biarkan anak menangis dan mengamuk memang agak memalukan (terutama di tempat awam), tetapi ia bukan bermakna anda ibu bapa yang ‘teruk’.
Sekiranya si kecil tak berhenti mengamuk di tempat awam, alihkan mereka ke tempat yang lebih senyap seperti dalam kereta dan peluk mereka hingga berhenti menangis dan mengamuk. Bincang tentang apa yang berlaku. Mereka mungkin tak faham apa yang anda cakapkan, tetapi mereka tidak akan belajar sekiranya anda tak mengajar .
5. Ajar berdisiplin
Disiplin sentiasa menjadi perkara utama dalam mendidik anak. Ia boleh mengajar mereka tentang perkara yang selamat dan perbezaan antara baik dan buruk serta bagaimana mengawal kehidupan mreka. Berikan mereka dua pilihan yang mana keduanya ada implikasi positif dan negatif. Contohnya, “Adik nak kemas mainan, atau nak kena denda?”
Memberi mereka pilihan dapat membantu mereka pemahaman bagaimana hendak buat keputusan dan berhadapan dengan akibatnya. Ibu bapa elak daripada membuat ugutan bila mereka benarkan anak untuk memilih. Kanak-kanak memang bijak. Walaupun mereka belum boleh bercakap, mereka faham banyak perkara.
6. Yakinkan semula mereka
Sentiasa beritahu anak yang anda sayang mereka terutama bile mengajar tentang disiplin. Bimbing mereka dengan cara menerangkan bagaimana mereka boleh menangani situasi lebih baik dengan bertenang. Lambat laun, kasih sayang dan keyakinan anda mengajar mereka bagaimana untuk meluahkan perasaan melalui tutur kata berbanding perbuatan.
7. Belajar alih perhatian si kecil
Kanak-kanak menetapkan apa yang mereka mahu, tetapi mereka kurang kemahiran memberitahu kepada anda. Perkenalkan sesuatu yang baru terhadap fokus mereka. Sesuaikan dengan keperluan mereka, dan jangan mengandaikan anda tahu apa yang mereka mahu. Jadi kreatif! Bila anda tidak pasti apa yang anak kehendaki, alihan kepada benda lain yang menarik perhatian.
8. Jadi konsisten
Konsistensi membangkitkan kestabilan dan jaminan. Kanak-kanak bertindak balas lebih baik bila mereka tahu apa yang dijangkakan.
9. Puji mereka
Puji anak bila mereka buat sesuatu dengan baik atau hanya kerana anda sayangkan mereka. Mereka adalah si kecil yang sangat suka membantu. Ambil peluang daripada sikap positif itu, dan beritahu anak betapa baiknya mereka menolong papa dan mama.
10. Perubahan bila perlu
Buat perubahan kalau perlu atau ambil langkah berjaga-jaga akan membantu meringankan minda anda. Bila si kecil boleh mencapai apa sahaja, membuka setiap almari dan menyepahkan isinya di seluruh bilik, masa untuk mengemas dan rasa kecewa yang dihadapi akan menguasai anda berbanding momen mengasihi dan mengajar anak.
Bersabarlah dalam membesarkan anak usia dua tahun. Fasa ini akan berlalu pergi juga nanti. Membuat perangai atau ‘tantrums’ akan berkurangan apabila kemahiran bahasa dan motor mereka semakin berkembang. Anda dan anak akau semakin kurang rasa kecewa apabila anda mengajarnya cara memberitahu apa yang dikehendaki dan diperlukan tanpa perlu buat perangai.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Faham, Tapi Nak Apa-Apa Tunjuk, Angguk Atau Geleng Kepala. Jika Ada Tanda Ni, Jumpa Pakar
Anak faham semua, tapi tak boleh nak cakap. Kalau nak sesuatu dia akan tunjuk, angguk, atau geleng kepala. Kadang-kadang apabila keluar perkataan dari mulut anak, ibu ayah pun kurang faham. Adakah anak anda ada masalah ini?
Menurut Terapis Pertuturan, Puan Ruby Atika, kanak-kanak yang mengalami verbal apraxia selalu menunjukkan tanda-tanda seperti berikut;
1) Anak boleh faham arahan, boleh mengenalpasti gambar serta mengenal anggota badannya.
2) Anak boleh berinteraksi secara bukan verbal seperti menunjuk, angguk @ geleng kepala, dan kelihatan jelas dia berusaha untuk berinteraksi dengan ibu bapa.
3) Anak cuba untuk menyebut, tetapi suaranya tidak terkeluar, atau bunyi yang terhasil tidak tepat. Contohnya dia cuba meniru sebutan ‘u’, tetapi bibirnya teragak-agak untuk dimuncungkan.
4) Anak yang bercakap pula, sebutannya amat sukar difahami oleh orang yang bukan ahli keluarganya.
5) Kesilapan yang berlaku adalah tidak konsisten. Kadang-kadang dia sebut dengan betul, kadang-kadang salah. Ada masa dia sebut ‘aju’, ‘atu, ‘acu’ untuk perkataan yang sebenarnya ‘baju’.
6) Sebutan yang automatik seperti kira 1-10, nyanyi lagu, adalah lebih mudah disebut. Anak juga boleh meniru sebutan dengan betul apabila disuruh. Tapi bila dia sebut sendiri, jadi salah.
7) Perkataan yang banyak sukukata adalah lebih sukar. Contohnya ‘matahari, keretapi, helikopter’.
Apakah punca masalah verbal apraxia?
1) kerosakan neurologi (saraf otak), yang diakibatkan oleh penyakit seperti sawan, jangkitan dan kecederaan otak.
2) tidak diketahui.
Masalah verbal apraxia boleh terjadi dalam tahap berbeza, seperti – sedikit, sederhana, teruk, sangat teruk.
Kesan:
– Anak yang mengalami verbal apraxia selalunya berasa kecewa kerana dia tahu bahawa sebutannya salah, tapi tak mampu nak membetulkan sendiri.
– Mereka jadi malu untuk berinteraksi apabila masuk ke kelas.
– Mereka menjadi bahan ejekkan rakan-rakan kerana sebutannya yang salah.
– Guru tadika tidak faham apa yang disebut oleh murid.
Kenalpasti pertuturan anak anda. Bawa anak berjumpa dengan speech therapist untuk penilaian sekiranya anda mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada pertuturan anak anda.
Sumber: RubyAtika
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI