Anak ketiga penyanyi Lan Solo iaitu Muhammad Akid Qassyaff, telah disahkan doktor menghidap penyakit kronik asma.
Bimbang dengan keadaan anaknya yang perlu mengambil nebulizer sekurang-kurangnya dua kali sehari, isteri Lan iaitu Nur Sheila Hassim meminta pandangan dan petua daripada pengikutnya di Instagram.
“Doktor sahkan Akid ada kronik asma, jadi sehari kena neb dua kali minimum. Ibu-ibu kat luar sana ada tak petua lain?
“Kalau boleh saya nak cari petua dan penyelesaian supaya Akid tak bergantung kepada Neb dan ubat-ubatan yang berpanjangan,” jelasnya.
Ads
Tambah Sheila, 33, ada yang mencadangkan dia mencari hati unta kering, yang kemudiannya ditumbuk dan dicampurkan ke dalam makanan anaknya itu.
“Ada yang mesej suruh saya cari hati unta kering tumbuk dan campurkan kat setiap makanan Akid. Ada juga yang suruh mandikan dengan lemon.
Ads
“Ada idea tak ibu?,” katanya.
Sementara itu, di instagram Lan Solo dia memohon orang ramai mendoakan kesihatan Akid agar cepat sembuh dan tak terlalu bergantung pada ubat semata-mata.
Di ruangan komennya ada yang mencadangkan Lan bawa Akid pergi berenang, elakkan benda berhabuk seperti karpet, binatang berbulu, tak boleh cuaca sejuk dan jaga pemakanan.
Ads
Diharapkan Akid cepat sihat dan Lan serta isteri dapat cari jalan terbaik dan serasi untuk rawatan anaknya.
Sumber: Sinar Harian & Ig Lan Solo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alhamdulillah akhirnya Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat bersalin bayi lelaki pada jam 6.21 pagi, Isnin, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H, di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.
Terima kasih atas doa semua
Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.
Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.
Moga diberi keberkatan atas kelahiran anak kedua
Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.
Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah SWT.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran bayi pertama memang perkara yang dinanti-nanti buat bakal mama dan papa. Terasa tak sabar nak bertemu si comel mama papa setelah 9 bulan lamanya di dalam rahim ibu.
Namun tak ramai yang tahu tentang situasi sebenar ketika kelahiran dan selepas kelahiran. Persiapkan diri dari segi fizikal dan mental agar anda sentiasa tenang menghadapi situasi selepas kelahiran. Ikuti perkongsian ibu ini.
Kisah KELAHIRAN yang tak ramai orang cerita
Aku nak dekat beranak ni terkenang la balik, apa yang hadapi time beranak dulu. Tak smua org cita benda ni ,terutama FIRST MOM
Dapat baby best, memang best. Selalu dengar orang kata, lepas baby keluar hilang semua sakit, kan? ye mmang hilang tapi..tapi ada yang bakal muncul
1. Kalau hospital gomen tiber kena menyusu, taktau apa tu nyusu tiber baby tak pandai hisap, breast lecet smpai nak terbelah luka bahagian puting
2. Dok bygsusu anak isap dekat 30 minit tapi letak je baby terus nangis. Aduhaiiii apa dia nak, duk ward sorang-sorang sebab laki tak boleh teman pulak
3. Dah keluar ward, tiber anak kuning. Kena tahan ward atau kena ulang balik ambil darah. Badan penat, mental koyak. Kena masuk bawah lampu pulak, hmmmm …
4. Badan lemah tapi anak tak mahu lenaaaaa malam. Mata rabak, tambah kalau suami cuti sekejap takde sapa nak tolong tengok
5. Luka bawah, selalunya koyak la untuk first time mom. Jalan kepit-kepit, nak cuci takut.
6. Nak berak 1 hal. Dapat berpantang jenis memang strict village nye. 10 hari punya sembelit najis besaq penumbuk.
7. Tak masuk lagi bengkak susu. Allahu 😩 naik urat biruuuuuu. Hisap pun takmau legaaa. Macam-macam petua baca bagi legaaa
8. Rengat!! tak ramai tau ni. First mom selalu tak tahu ok steady. Mai anak no.2 fuhhh berguling oiii
9. Ni paling parah, emosi turun naik. Time ni lah rasa loser, penat, tak di sayangi. Rasa serba tak kena asyik nak teriak. Tak ada sebab pun rasa murung je
kalau suami tak main peranan, memang mental koyak teruk.
10. Badan kita 😞 ngebeh lendur sana sini, hitam sana sini. Ada org 2-3bulan dah recover. Ada yang berdaki setahun tak hilang-hilang 😩 strech mark lagi
hmmmm aku dah dok remind balik smua ni..dah gap 5tahun kan, aku bagitau OTAK aku untuk ready
ghisauuuu ..
Macam aku, kalau pantang dengan CL ok lagi. Kalau yang pantang kampung, makcik-makcik dok mai. Luka sakit kena dok bersimpuh tak campur mulut acik-acik bawang dok compare anak hitam la hudoh segala tok nenek
hmmmmmm .. kuat ya kita ni? Untuk first mom baca ni tau, ni realiti. Nanti kalau hampa rasa down, hampa ingat
“BETUL DIAN PERNAH CAKAP NI” so hampa jangan down, hampir semua mak-mak akan lalui semua ni. Ada nak tambah lagi? Hakikat ramai mak-mak taktahu
Yang pasti ..mak-mak hebat kan? Boleh lalui dan lalui lagi untuk no 1-10 hahaha. Doakan urusan aku gak naaa. Aku dah start berfikir-fikir dah nak hadap semua ni.
“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.” Begitulah keadaan yang dilalui bayi comel berusia tujuh bulan, Umair Musa bin Mohamad Hariz, yang kini menderita penyakit hati kronik dikenali sebagai Biliary Atresia.
Sekilas pandang, Umair kelihatan sihat dan ceria seperti bayi lain. Namun di sebalik senyumannya, tubuh kecil ini sedang bertarung nyawa akibat kegagalan fungsi hati. Penyakit jarang berlaku ini menyebabkan saluran hempedu Umair rosak dan hati tidak dapat berfungsi dengan baik.
Seawal usia 80 hari, Umair sudah menjalani pembedahan Kasai iaitu prosedur yang menggantikan saluran hempedu yang rosak dengan usus kecil bagi meneruskan fungsi hati. Namun malangnya, usaha itu gagal.
Kini, satu-satunya cara untuk menyelamatkan nyawanya adalah dengan pembedahan pemindahan hati (liver transplant). Lebih menyentuh hati, ayahnya sendiri, Encik Hariz, sanggup menjadi penderma hati demi menyelamatkan anak kecilnya.
Kos keseluruhan pembedahan pemindahan hati dianggarkan mencecah RM200,000. Namun, setakat 25 Ogos lalu, jumlah kutipan dana baru mencecah RM100,000. Ini bermakna, masih berbaki RM100,000 lagi diperlukan agar Umair dapat segera menjalani pembedahan yang sangat penting untuk menyelamatkan nyawanya.
Menurut Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia (NGO) yang menguruskan kutipan dana ini, Umair perlu segera dibedah sebelum keadaan hatinya bertambah teruk.
Bagi ibu bapa Umair, setiap hari yang berlalu adalah ujian besar. Melihat anak kecil menanggung penderitaan dengan tubuh yang semakin lemah adalah sesuatu yang sangat meruntun jiwa.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun rasmi:
Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia No. Akaun: 5515 7530 7417 (Maybank) Reference: Bantuan Musa BA
Setiap sumbangan anda, walaupun kecil, sangat besar ertinya buat Umair dan keluarga. Ia bukan sekadar wang, tetapi sebuah harapan dan peluang kedua untuk si kecil ini terus hidup.
Semoga dengan doa dan sokongan kita semua, Umair Musa memperoleh peluang kedua untuk membesar sihat, bermain ceria dan kembali tersenyum di sisi ibu bapa tercinta. 🌸