Anak ketiga penyanyi Lan Solo iaitu Muhammad Akid Qassyaff, telah disahkan doktor menghidap penyakit kronik asma.

Bimbang dengan keadaan anaknya yang perlu mengambil nebulizer sekurang-kurangnya dua kali sehari, isteri Lan iaitu Nur Sheila Hassim meminta pandangan dan petua daripada pengikutnya di Instagram.

Anak Hidap Asma Kronik, Lan Dan Isteri Minta Petua Untuk Elak Anak Bergantung Pada Neb Dan Ubat

“Doktor sahkan Akid ada kronik asma, jadi sehari kena neb dua kali minimum. Ibu-ibu kat luar sana ada tak petua lain?

“Kalau boleh saya nak cari petua dan penyelesaian supaya Akid tak bergantung kepada Neb dan ubat-ubatan yang berpanjangan,” jelasnya.

IKLAN

Tambah Sheila, 33, ada yang mencadangkan dia mencari hati unta kering, yang kemudiannya ditumbuk dan dicampurkan ke dalam makanan anaknya itu.

Anak Hidap Asma Kronik, Lan Dan Isteri Minta Petua Untuk Elak Anak Bergantung Pada Neb Dan Ubat

“Ada yang mesej suruh saya cari hati unta kering tumbuk dan campurkan kat setiap makanan Akid. Ada juga yang suruh mandikan dengan lemon.

IKLAN

“Ada idea tak ibu?,” katanya.

Sementara itu, di instagram Lan Solo dia memohon orang ramai mendoakan kesihatan Akid agar cepat sembuh dan tak terlalu bergantung pada ubat semata-mata.

Di ruangan komennya ada yang mencadangkan Lan bawa Akid pergi berenang, elakkan benda berhabuk seperti karpet, binatang berbulu, tak boleh cuaca sejuk dan jaga pemakanan.

IKLAN

Anak Hidap Asma Kronik, Lan Dan Isteri Minta Petua Untuk Elak Anak Bergantung Pada Neb Dan Ubat

Diharapkan Akid cepat sihat dan Lan serta isteri dapat cari jalan terbaik dan serasi untuk rawatan anaknya.

Sumber: Sinar Harian & Ig Lan Solo

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI