Anak hidap Cerebral Palsy, bapa raikan hari jadi ‘anak syurga’ dengan aktiviti lasak. Bapa raikan hari jadi ‘anak syurga’ dengan aktiviti lasak. Meskipun  mempunyai anak menghidap penyakit Cerebral Palsy Quadriplegia yang terlantar dan bergantung sepenuhnya kepada penjaga, ia tidak menghalang seorang bapa membawa ‘anak syurga’ itu menyertai aktiviti lasak.

Anak Hidap Cerebral Palsy

Menurut Wira Sudepja Rabu, 49, bahkan setiap tahun pada bulan September dia akan menyambut hari lahir anaknya, Nur Wadihan,16 dengan menyertai misi kayuhan ketempat yang mencabar.

Katanya, antara aktiviti berbasikal yang telah disertai mereka adalah berbasikal Bukit Fraser, menjelajah bukit seperti Bukit Miku Negeri Sembilan; Bukit Sungai Como, Terengganu; Gunung Jerai, Kedah dan penutup di Bukit Wang Kelian Perlis selain menyertai Half Marathon 21 kilometer.

Anak Hidap Cerebral Palsy, Bapa Raikan Hari Jadi ‘Anak Syurga’ Dengan Aktiviti Lasak

Anak Hidap Cerebral Palsy, Bapa Raikan Hari Jadi ‘Anak Syurga’ Dengan Aktiviti Lasak Anak Hidap Cerebral Palsy, Bapa Raikan Hari Jadi ‘Anak Syurga’ Dengan Aktiviti Lasak Anak Hidap Cerebral Palsy, Bapa Raikan Hari Jadi ‘Anak Syurga’ Dengan Aktiviti Lasak Anak Hidap Cerebral Palsy, Bapa Raikan Hari Jadi ‘Anak Syurga’ Dengan Aktiviti Lasak Anak Hidap Cerebral Palsy, Bapa Raikan Hari Jadi ‘Anak Syurga’ Dengan Aktiviti Lasak Anak Hidap Cerebral Palsy, Bapa Raikan Hari Jadi ‘Anak Syurga’ Dengan Aktiviti Lasak

“Tahun ini adalah tahun ke sepuluh sertai aktiviti larian dan berbasikal. Sememangnya setiap minggu kami bersama kelab Bikeisable sebagai salah satu sistem sokongan untuk komuniti.

@wiradihan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2023 Edisi Anak Syurga Luarbiasa #klscm2023 #bikeisable #lunastella #anaksyurgaluarbiasa #ProApparel #inclusiondisable #Disabledrunbikerun #CerebralPalsy #javabikesmalaysia #mycp #PPDKPermataHati ♬ Love Of My Life – Metrow Ar

“Saya suka bawa Dihan keluar hanya untuk mengembirakan dia. Hidup ini satu medan ujian, setiap kita ada bahagian masing-masing,” ujarnya.

Bapa Raikan Hari Jadi ‘Anak Syurga’ Dengan Aktiviti Lasak

Bapa kepada dua cahaya mata itu memberitahu, dari kecil hingga umur enam tahun, anaknya hanya menghabiskan masa di hospital.

Jelas beliau, ketika itu anaknya kerap ditahan di wad kerana penyakit yang dihadapi.

“Setelah kesihatan agak stabil, saya cuba bawa keluar dan beriadah. Hingga satu hari berselisih dengan kumpulan berbasikal dan Dihan ketawa.

“Ini menjadi pencetus kami berbasikal dan kemudian berlari. Hari ini ia sudah menjadi rutin kami sekeluarga.

Wira Sudepja turut berkongsi bahawa anaknya akan terlantar seperti bayi berusia empat bulan sepanjang hayat.

Ads

“Oleh itu, hargai setiap detik yang ada bersama anak syurga kerana kita tidak tahu berapa lama yang kita ada.

“Moto kami hidup bukan sekadar bertahan hidup, hidup anak syurga luar biasa,”ujarnya.

Sumber: Sinar Harian TikTok Wira Sudepja Rabu

Baca artikel lain juga: Hanya 50 Peratus Peluang Untuk Hidup Ketika Lahir, Kini Khalish Mampu Makan Sendiri Walaupun Menghidap Cerebral Palsy

Fayyadh Dah Jumpa 3 Abangnya Ibu Reda Anak Cerebral Palsy ‘Pergi’, 4 Anak Menunggu Di Syurga

 

 

Ads

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI