Bayi atau anak yang masih kecil menghisap jari adalah perkara normal menurut Dr Iqbal Rosali. Tapi bila dah sampai tahap umur antara 2 hingga 4 tahun, tabiat ini perlu dihentikan. Lagi awal dapat buang tabiat anak menghisap jari ini lagi bagus untuk kesihatan gigi dan mulut anak-anak.
Menurutnya anak yang mempunyai tabiat menghisap jari sehingga besar bukan sahaja cenderung untuk mempunyai masalah susunan gigi malah ada juga masalah lain yang bakal timbul.
Ikuti perkongsian beliau:
Nak ajar anak kecil tak bagi hisap ibu jari, ini alat dia. Bila jari dimasukkan ke dalam mulut, jari akan terkena pada dawai. Sakit, tak best dan tak mahu hisap lagi lepas tu.
Yang dalam gambar ni, rahang sudah mengecil akibat tabiat hisap jari. Kena pasang alat tambahan di lelangit untuk kembangkan semula bentuk rahang.
Menghisap jari pada usia masih bayi macam 5-6 bulan adalah normal. Anak sudah tahu dengan cara itu boleh menenangkannya dan membuatnya tertidur semula apabila terjaga. Waktu ini, tiada apa yang nak dirisaukan.
Biasanya dalam lingkungan umur 2-4 tahun, anak dah boleh tidak menghisap lagi.Tapi boleh jadi semula bila anak dihantar ke pusat asuhan dan taska. Disebabkan suasana yang berbeza dan tidak biasa dengan persekitaran baru.
Ads
Bila anak sudah tumbuh banyak gigi, sudah boleh ajar dia kurangkan menghisap jari atau ibu jari. Wajib berhenti hisap jari bila nak masuk 5-6 tahun sebab masa ini gigi kekal nak tumbuh keluar. Kalau tabiat ini tak dibuang lagi, susunan gigi depan akan jadi jongang. Sebab itu, tabiat ini kena berhenti awal-awal lagi.
Nak ajar anak berhenti hisap ibu jari, BUKAN dengan tukar kepada puting. Ia dua benda yang SAMA.
Masa kecil ni, tabiat hisap jari memang normal. Yang tak normalnya bila dah besar pun nak hisap lagi. Jadi bila nak berhenti? Seawal yang mungkin. Umur 2-4 tahun dah boleh berhenti.
Ada orang guna petua letak sesuatu yang pahit di ibu jari supaya bila masukkan jari ke dalam mulut, rasa tak sedap. Di klinik gigi, macam dalam gambar tu.
Ads
Keep in mind, tak semua tabiat menghisap jari akan memberi kesan kepada susunan gigi. Setakat masukkan ke dalam mulut dan tak hisap (pasif) tidak menjadi masalah besar jika nak dibandingkan dengan menghisap dengan sangat kuat.
Apa kesan menghisap ibu jari atau puting untuk tempoh yang lama?
Bila menghisap jari, jari akan diletakkan pada lelangit. Gigi kekal terutamanya, susah nak tumbuh keluar kerana dihalang jari. Ini menyebabkan gigitan terbuka (gigi atas tidak bersentuh gigi bawah).
Jika tumbuh sekalipun, gigi atas akan menjadi jongang.
Ads
Selain itu, semasa menghisap jari, pipi akan menekan pada bahagian gigi geraham menyebabkan rahang atas menjadi lebih sempit.
Oleh itu, sila sentiasa pantau tabiat menghisap jari anak-anak anda. Jangan lupa, bawalah pemeriksaan gigi seawal usia mereka 6 bulan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan zuriat anak lelaki dan juga anak perempuan. Barulah terasa lengkap satu keluarga. Impian setiap ibu, kalau dah ada anak perempuan pasti nak juga anak lelaki walaupun seorang dan begitulah sebaliknya.
Sama seperti Puan Najwa, dia mengimpikan untuk memiliki anak perempuan setelah melahirkan 5 anak lelaki. Namun dia tetap bersyukur jika rezekinya hanyalah anak lelaki, malah dia tetap positif dan bersangka baik pada Allah.
Baginya mungkin jika dikurniakan anak lelaki, dia tetap akan mendapat anak menantu perempuan. Akhirnya dengan doa yang tidak putus-putus dan sentiasa positif, tuhan hadirkan 2 cahaya mata perempuan buat keluarga ini.
Bila ank sulung lelaki.. saya syukur sangat-sangat.. ini rezeki yang Allah bagi dekat saya..
Bila bersalin anak kedua lelaki.. Alhamdulillah.. boleh la jadi kawan abgnya..
Bila anak ke tiga lelaki Alhamdulillah.. boleh ramaikan jemaah solat di rumah surau masjid..
Bila anak keempat lelaki Alhamdulillah.. bila saya dan suami meninggal nanti dah ada hero dan pahlawan yang boleh usungkan setiap penjuru keranda jenazah kami..
Bila anak kelima lelaki..Alhamdulillah boleh bacakan talkin untuk mama baba nanti.. boleh bantu jaga angkat mama baba kalau kami sakit..
Tapi tak pernah putus harapan.. berdoa pada Allah supaya Allah beri peluang untuk merasai ada anak perempuan sendiri..
Waktu kandungan ke6 memang sentiasa positif. Kalau ditakdirkan zuriat ini lelaki InsyaAllah nanti dapat juga menantu perempuan.. Alhamdulillah Allah maqbulkan doa kami suami isteri.. zuriat ke 6 perempuan.. Alhamdulillah syukur.. sebab bbay girl ada ramai body guard..
Sekarang tengah mengandung zuriat ke7.. mama doakan zuriat mama sihat sempurna..bila tanya abang-abang nak baby apa.. ada yang nak girl ada yang nak boy.. mama sempat dengar abang yang sulung kata kalau dapat baby girl abag menang.. adik-adik kena gilir-gilir jadi imam solat.. tapi kalau dapat baby boy.. abang kalah.. abang jadi imam solat selama sebulan😂😂😂😂😂
Alhamdulillah Lahirlah puteri kedua penyeri keluarga.. pelengkap hidup kami.. zuriat ke 7.. moga menjadi anak yang solehah.. penyejuk hati mama baba🥰🥰
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Anda melahirkan anak melalui pembedahan caesaraen selepas dua tahun dan menerima suntikan bius pada tulang belakang dan anda sering mengalami sakit belakang terutamanya di bahagian bawah berhampiran punggung membuatkan anda tertanya-tanya adakah disebabkan oleh suntikan bius.
Anda juga tidak boleh berdiri lama dan mengangkat berat. Sakit akan berlarutan dua hingga tiga hari sehingga perlu berbaring dan berehat untuk melegakannya. Mungkin anda tertanya-tanya adakah sakit belakang yang anda alami ini berpunca daripada suntikan bius tersebut? Penerangan ini mungkin boleh membantu anda.
Masalah sakit belakang yang anda alami berlaku dua tahun selepas pembedahan caesarean kemungkinan besar tidak disebabkan oleh prosedur bius semasa bersalin.
Terdapat dua jenis bius yang melibatkan suntikan di tulang belakang bagi pesakit yang bersalin melalui prosedur ini iaitu spinal anaesthesia dan epidural anaesthesia.
Spinal anaesthesia lebih kerap digunakan dalam kes-kes pembedahan caesarean. Teknik memberi bius melalui spinal anaesthesia menggunakan jarum yang amat halus iaitu pencilpoint spinal needles meninggalkan kesan yang amat minimum kepada pesakit.
Bagi teknik epidural anaesthesia pula, garis pusat jarum lebih besar tetapi sakit belakang itu akan berlaku sejurus selepas pembedahan, bukannya dua tahun kemudian.
Tempat jarum spinal dan jarum epidural disuntik adalah lebih jauh iaitu atas daripada paras punggung! Jika anda mengalami masalah sakit di bahagian bawah berhampiran punggung tetapi kawasan ini tidak pernah digunakan untuk prosedur bius bagi mana-mana pesakit yang melahirkan menerusi pembedahan caesarean.
Masalah sakit belakang atau low back pain yang dialami perlu pemeriksaan dan rawatan pakar ortopedik. Kebanyakannya disebabkan oleh masalah otot. Sesetengahnya akibat prolapsed intervertebral disc di mana kesakitan dari belakang akan menjalar ke kaki (sciatica). Jika masalah ini berlarutan tiga hingga empat minggu, segera dapatkan rawatan.
Ia sering berlaku apabila:
Mengangkat barang yang berat.
Selepas bekerja atau bersenam kuat.
Duduk lama di kerusi yang tidak sesuai.
Menyandang beg tangan yang berat.
Duduk dengan postur badan yang salah.
Sekiranya mendapatkan rawatan, imbasan sinar X akan dilakukan. Rawatan fisioterapi adalah langkah pertama sebelum ubat-ubatan diberi. Langkah-langkah lain seperti yoga juga pernah digunakan untuk menguatkan otot dan kawasan tulang belakang. Pembedahan hanya dilakukan adalah untuk kes-kes tertentu. Berbincanglah dengan doktor sebelum memberi kebenaran untuk pembedahan.
3 cara atasi sakit belakang
Mengurangkan berat badan jika obes.
Membetulkan postur ketika duduk.
Mengurangkan beban ketika bekerja.
Menuam kawasan yang sakit menggunakan hot pack atau botol air panas.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lazimnya selepas bersalin terdapat pelbagai amalan dilakukan untuk kembali sihat dan cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki. Ketua Jururawat di sebuah klinik kerajaan yang juga Bidan Berdaftar, Tengku Azmanira Raja Husin menerangkan lebih lanjut tentang amalan berpantang.
Sebaik sahaja bersalin, anda akan melalui fasa pemulihan diri. Tempoh ini amat penting untuk mengekalkan kesihatan diri luar dan dalaman. Menurut Tengku Azmanira Raja Husin terdapat pelbagai amalan berpantang dilakukan dalam tempoh pemulihan diri ini. Namun ada yang boleh dilakukan dan sebaliknya.
Tidur beralaskan bantal
Apabila tidur tidak menggunakan bantal, ia akan mengakibatkan anda sakit kepala. Ia mungkin berlaku disebabkan darah kotor sukar untuk keluar atau angin naik ke kepala lalu menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah. Dalam pada itu, tidur terlentang, tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang.
Pakai stoking
Semasa berpantang, anda perlu memakai sarung kaki. Ia bertujuan supaya kaki tidak sejuk dan dimasuki angin yang akan membuatkan badan berangin. Jika badan dimasuki angin, kesihatan ibu akan terganggu dan menjadi lemah.
Sarungkan baju tebal
Semasa dalam pemulihan diri, badan anda amat lemah dan mudah dimasuki angin. Adalah elok jika anda memakai baju tebal dan berstoking. Jika cuaca sejuk, anda perlu memakai selimut tebal agar badan tidak masuk angin.
Jangan duduk mencangkung
Jika bersalin secara normal mahupun pembedahan caesarean, pastikan kedudukan tubuh anda berada dalam posisi yang selesa setiap masa. Ini termasuklah duduk, berdiri dan cara berjalan. Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.
Mandi dalam keadaan duduk
Semasa mandi, anda hendaklah duduk di bangku kecil. Ini adalah cara menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, anda tidak menggunakan banyak tenaga kerana ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.
Kaki dirapatkan semasa tidur
Untuk memastikan peranakan sembuh semula, anda perlu tidur dengan merapatkan kaki. Anda juga tidak boleh aktif. Hanya duduk diam di atas katil selama seminggu. Jika anda mempunyai pembantu, biarkan dia menguruskan bayi dan rumah tangga. Anda boleh duduk berehat untuk memulihkan tenaga kembali supaya badan kembali sihat dan bertenaga.
Jaga ibu jari kaki
Semasa dalam pantang, anda perlu berjalan secara perlahan. Bimbang jika ibu jari kaki tersadung. Anda berkemungkinan mengalami pitam atau bentan. Tambahan pula badan masih lemah.
Pantang 100 hari
Bagi memastikan peranakan kembali normal, anda perlu berpantang semalam 100 hari. Anda digalakkan berpantang dalam tempoh ini dengan tidak mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan dan kesihatan keseluruhan anda.
Mandi daun herba
Cara mandi semasa pantang juga perlu diberi perhatian. Antara dedaun herba yang perlu direbus untuk dijadikan mandian ialah daun nangka, daun pandan, daun inai dan serai wangi. Mandian daun herba ini dilakukan pada waktu pagi dan petang. Lakukannya selama seminggu dalam berpantang.
Cucian air rebusan daun sirih
Kesihatan faraj perlu dijaga semasa dalam tempoh berpantang. Sebelum mandi hendaklah cuci ia dengan air rebusan daun sirih. Ia digunakan untuk menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan.
Duduk bersimpuh
Tidak kira bersalin secara normal atau pembedahan, anda perlu duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut. Cara ini untuk mempercepatkan penyembuhan luka selepas melahirkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak sangka, pendedahan personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril baru-baru ini mengenai komitmen bulanan keluarganya benar-benar membuka mata ramai pihak.