Tidak dinafikan, aura yang dibawakan oleh ibu akan turut mempengaruhi anak-anak. Jika ibu atau bapa merasa tertekan, anak-anak akan ikut terkesan. Ada sahaja yang tidak kena, sudahnya anak mula menangis dan merubah mood yang harmoni. Makinlah bertambah stress.

Elakkan perasaan negatif ini pada anak. Cubalah kawal sebaiknya jika tidak mahu anak turut terkesan. Kesian pada anak-anak kita yang tidak tahu apa-apa. Bila berdepan dengan anak, lupakan sekejap masalah dan tersenyumlah kerana itulah yang memberi rasa bahagia.

Perkongsian Pn Wawa Shauqi ini banyak benarnya dan inilah yang terjadi pada kita. Jadi belajarlah untuk terus memberikan rasa ‘cinta’ pada seluruh isi rumah. Inilah kebahagiaan sebenar.

Anak Ikut Terkesan Kalau Mama Stress, Cepatlah Kawal Emosi, Barulah Rumah Penuh Rasa ‘Cinta’


Berbeza betul kesannya bila saya jaga anak waktu stress dengan waktu emosi lebih stabil.

Kalau waktu stress tu, diorang mintak tolong temankan carikan baju pun, saya dah marah-marah suruh cari sendiri. Lepas tu berlarutan merengeknya. Bertambah-tambah stress saya. Jadi panjang pulak dramanya.

Kesian pula. Dah la nak peluk tak dapat. Buat baik saya buat tak nampak. Mintak manja sikit, dah kena marah.

Lepas tu, sampai ke anak pun jadi moody. Kalau dibiar lama bersama, mulalah bercakaran. Nada suara mereka pun dah mula ikut macam nada suara saya yang tengah stress.

Anak Ikut Terkesan Kalau Mama Stress, Cepatlah Kawal Emosi, Barulah Rumah Penuh Rasa ‘Cinta’

IKLAN

Tapi kalau waktu emosi stabil…. Saya kejutkan mereka bangun pagi dengan senyuman dan pelukan, bukan main tenang saya nak handle diorang.

Bila anak-anak minta tolong carikan baju waktu saya memasak, tenang dan senyum saya jawab “Mama boleh tolong carikan, tapi kalau Aqlan cari sendiri, lagilah mama bangga.

Suppp.. terus cari tanpa banyak tanya. Dengan ceria, terus datang balik tanya “Tengok ni mama, Alan dah siap sendiri. Hensem kan?” Saya pulak yang terhibur.

Anak Ikut Terkesan Kalau Mama Stress, Cepatlah Kawal Emosi, Barulah Rumah Penuh Rasa ‘Cinta’

Bila dia senang hati, dengan abangnya pun dia buat baik. Ambikkan abang air, pujukkan abang yang tak berjaya gunting selofan tape. Semua jadi ceria. Cakap pun sopan aje. Saya tengok pun bertambah senang hati.

IKLAN

Bila saya fikir balik, rugi juga kalau saya biarkan stress menguasai diri. Dia punya spiral nak jatuh tu sangat mudah.
Tapi bila kita mulakan hari dengan ceria, positif dan usaha mula hari dengan bertenaga, satu hari dalam satu rumah penuh dengan drama cinta.

Sebenarnya, kita kena kecilkan expectation. Jangan bebankan diri kalau rasa tak mampu. Kurang ber’jangan’. Raikan aje sifat mereka yang tak tentu hala di mata. Lapangkan dada lihat rumah sepah dek sifat mereka yang suka meneroka. Dan pandang mereka sebagai anak kecil nan ceria.

Anak Ikut Terkesan Kalau Mama Stress, Cepatlah Kawal Emosi, Barulah Rumah Penuh Rasa ‘Cinta’

Pasti lebih senang hati, insya Allah.
Esok kita berjuang lagi ya kawan-kawan.
Berjuang melawan ketaklaratan, kemalasan, kemurungan dan ke-tak-ada-mood-an.
Let’s make tomorrow better than yesterday!


Peluang Jadi Vendor di Baby Bazaar by Pa&Ma

IKLAN

Ada waktunya kita kesuntukan masa untuk mencari kelengkapan si comel. Tidak perlu waktu yang lama, membeli belahlah melalui atas talian yang lebih menjimatkan masa anda.

Pa&Ma ingin memperkenalkan portal barangan bayi dan ibu hamil yang baru, iaitu Baby Bazaar by Pa&Ma. Menerusi portal ini, ibu bapa tidak perlu gusar untuk mencari makanan atau kelengkapan buat si comel. Portal ini menjanjikan proses pembelian yang mudah dan barang akan terus dihantar ke rumah anda.

Anak Ikut Terkesan Kalau Mama Stress, Cepatlah Kawal Emosi, Barulah Rumah Penuh Rasa ‘Cinta’

Bagi anda yang ingin menjual produk bayi, produk ibu atau servis berasaskan bayi dan ibu, inilah peluang anda untuk menjadi vendor di bazaar kami. Jom cepat-cepat sertai kami dengan melayari portal Baby Bazaar by Pa&Ma, babybazaar.my.

Jangan lepaskan peluang ini!

Artikel berkaitan: Anak Tiba Tiba Tantrum, Ibu Kena Check Emosi Masa Menyusu Hormon Tak Stabil Boleh Jadi Punca anak Buat Perangai!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI