Tak perlukan suami yang kacak, cukup hanya seorang suami yang mampu jalankan tanggungjawabnya membimbing isteri dan anak ke jalan Allah dan menyediakan kelengkapan cukup sempurna sebagai tanggungjawab dan amanah hidupnya. Itu kemahuan seorang isteri.
Perkongsian penulis keibubapaan dan rumahtangga, Firdaus Shakirin ini patut para suami jadikan panduan dalam menjalani kehidupan berumahtangga yang bahagia.
Suami perlu jadi suami terbaik dahulu, insyaallah rumah tangga aman bahagia.
Nak jadi seorang suami yang baik? Mudah ja. Nak jadi seorang suami yang baik sebenarnya tak susah, mudah sangat.
1. Patuhi dan laksanakan tanggungjawab.
Tunaikan nafkah zahir dan batin. Bagi isteri tempat tinggal yang selesa, makan minum yang secukupnya, pakaian yang bersesuaian yang menutup aurat, perubatan dan perlindungan. Jaga aurat, maruah dan kehormatan isteri walau dimana saja kita berada.
2. Keluar cari rezeki.
Bangun awal pagi, setiap hari dan keluar bekerja untuk ada pendapatan. Tak kisahlah keje swasta, keje kerajaan, berniaga, jadi runner makanan atau jual insurans. The point is, bekerja atau berniaga untuk ada pendapatan yang halal supaya pendapatan tu boleh digunakan untuk menunaikan tanggungjawab kepada isteri.
Ads
3. Tahu bila patut keluar melepak atau buat hobi.
Bukan tak boleh lepak, ride, memancing, hiking atau masuk hutan, tapi perlu tahu bila sepatutnya kita buat semua perkara-perkara tu. Ambil kira kekerapan kita buat smua tu dalam masa seminggu atau sebulan dan tengok situasi/keadaan kita dan isteri. Adakah keadaan membenarkan kita untuk melakukan semua perkara-perkara tu, adakah isteri tiada masalah untuk kita buat macam tu dan lihat keutamaan kita sebelum decide.
4. Tiada ego dan rahsia dalam rumahtangga.
Kalau buat salah, mengaku buat salah dan jangan di tuding jari pada pihak yang tak buat salah. Jangan ego sangat untuk mengaku, jangan pantang ditegur dan jangan tak boleh dinasihat. Jika atas nama kebaikan, maka tiada had bagi seorang isteri untuk terus tegur dan nasihat suaminya.
Bila dah jadi suami, its not you r always right beb, jangan sembunyikan apa-apa dari isteri. Kalau ada masalah kewangan, bagitau isteri, jangan buat pinjaman peribadi then dah tak boleh nak bayar, baru bagitau isteri. Susah, tak ada duit, cakap tak ada duit, jangan bahagiakan atau senangkan isteri dengan penipuan.
5. Bila dah senang, jangan lupa siapa yang ada ketika kita susah.
Kaum isteri paling takut bila suaminya senang dan dah stabil…sebab? Kesenangan suami akan menjadi satu ujian untuk dirinya sebab kebanyakan orang akan lupa diri bila kehidupannya dah bertambah baik. Sentiasa berpijak di bumi yang nyata dan ingat siapa yang bersama kita ketika kita ni nothing, ketika kita ni bukan siapa-siapa dan tiada apa-apa.
Ads
6. Adil dan saksama untuk ibu dan isteri sendiri.
Tak boleh melebihkan mana-mana pihak hatta ibu sendiri atau isteri. Sayang macam mana pun pada isteri, tanggungjawab pada ibu masih wajib untuk dilaksanakan. Patuh dan taat macam mana pun pada ibu, jangan sampai abai dan menganiaya isteri sendiri.
7. Jangan tinggal solat, jaga hubungan dengan Allah.
Saat kau tinggal solat, maka saat itu kau akan mudah terpengaruh dengan perbuatan jahat. Saat kau tinggal solat, maka saat itulah hidup kau akan berubah 360 darjah. Hati akan keras, ego akan melangit, rezeki makin sempit dan kau akan makin jauh dari akhirat sebab kau dah dibuai dengan nikmat duniawi yang sifatnya sementara sahaja. Jika Allah pun kau boleh tinggalkan, apatah lagi manusia.
Ini sebahagian sahaja, tapi kalau mampu jaga tujuh points ni, maka insyaAllah hubungan kita, rumahtangga kita akan baik-baik sahaja.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Ainul Mardhiah yang ditempatkan di Unit Penjagaan Rapi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, sejurus tiba dari London, kelmarin kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara itu dimaklumkan bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, kepada BH Online.
“Ainul berada keadaan stabil, doktor sedang menguruskannya setelah melalui perjalanan yang agak panjang,” katanya.
Ahmad Safiuddin memaklumkan beliau belum pasti berkenaan rawatan susulan yang akan dilakukan ke atas bayinya itu kerana doktor pakar masih dalam perbincangan sesama mereka.“Sejak pulang ke tanah air kami keletihan sedikit kerana perubahan cuaca dan keadaan, selain sibuk dengan beberapa perkara untuk diselesaikan,” katanya.
Ainul Mardhiah yang kini berusia 11 bulan, dibawa ke London pada 25 Mei lalu untuk menjalani pembedahan kanser ‘Germ Cell Tumor’ di mulut.
Dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut pada 10 Jun lalu di Hospital Great Ormond Street, London.
Pembedahan dilakukan sekumpulan pakar bedah dan bius, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Selepas pembedahan itu, Ainul Mardhiah yang awalnya memiliki berat 2.5 kilogram (kg) ketika tiba di London, menunjukkan perkembangan menakjubkan dan beratnya bertambah secara konsisten sehingga 3.1kg.
Kelmarin, Ainul Mardhiah bersama bapa dan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 23, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.15 pagi menaiki penerbangan Malaysia Airlines.
Mereka ditemani doktor sukarelawan dari Malaysia yang juga Perunding Anaesthesiologist dan Pakar Penjagaan Kritikal Hospital Pakar Avisena, Kol (B) Datuk Dr Jaseemudeen Abu Baker; Perunding Anaesthesiologist dan Pakar Perubatan Penjagaan Kritikal Pusat Perubatan Subang Jaya, Dr Gunalan Arumugam.
Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir warga maya yang tidak bermoral sehingga sanggup menyunting gambar anak sulungnya, Muhammad Bilal setelah wajah anaknya itu tersebar di sosial media semalam.
Perbuatan seperti ini sememangnya salah lebih-lebih lagi melibatkan wajah bayi yang masih kecil dan tidak berdosa. Bukan sesuatu yang lawak untuk dijadikan bahan jenaka.
Menurutnya, perbuatan menyunting gambar Bilal telah mengundang komen-komen negatif warga maya yang lain.
Neelofa turut meluahkan agar warga maya tidak melampaui batas semata-mata untuk memuaskan hati sendiri.
Dia juga memohon agar individu-individu ini untuk menjaga perasan ahli keluarganya dan baginya hanya ibu-ibu yang melalui fasa melahirkan anak pasti akan sedih apabila anak dijadikan bahan jenaka di media sosial.
Neelofa dan Haris juga masih belum bersedia untuk berkongsi wajah anak sulungnya di media sosial namun dia tidak akan menyorok anak jika terpaksa keluar.
Sebelum ini tular sekeping gambar Bilal di sebuah hospital terkemuka yang disebarkan oleh orang awam dan gambar tersebut mendapat pelbagai riaksi dari warga maya.
Para suami selalu menginginkan kesempurnaan dalam rumah tangga. Perkongsian dari Ebit Lew ini diharapkan dapat membuka mata para suami kenapa kebanyakan isteri hari ini tidak seperti ibu zaman dahulu.
Wanita bergelar isteri kerap dipersalahkan kerana terlalu sibuk dengan anak-anak, marah-marah & kuat merajuk walhal para isteri hari ini diuji dengan ujian yang berat. Kesibukan 24 jam sehari tiada rehat!
Perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew ini membuka realiti sebenar yang dihadapi para isteri zaman ini.
Seorang lelaki bergaduh dengan isteri, kata isteri tak hormat.
Isteri sibuk urus anak tak pedulikan suami. Kerap marah & jerit. Merajuk 24 jam. Kerap ingin bercerai bila marah. Kenapa perempuan hari ni tak macam mak kita dulu-dulu?
Wanita hari ini diuji lebih besar & berat. Terlampau sibuk tak kira bekerja atau suri rumah. Tiada rehat, 24 jam kerja, 24 jam urus rumah tangga.
Suami tiadak di rumah. Bila di rumah tidak berpisah dengan kerja; sibuk dengan gajet HP.
Isteri tak sempat urus diri, pergi tanda berlari, kemas rumah 50 kali. Kekangan kerja lagi.
Tidur, makan, berjalan tiada yang sempurna bagi isteri. Hidup untuk suami dan anak kerana Allah. Tapi suami tak faham, isteri jadi tak hormat.
Kalau isteri salah dan berdosa, suami 2 kali salah & berdosa kerana tak bimbing mereka. Isteri amanah Allah buat suami.
Isteri tak minta lebih, cukuplah suami yang mendengar & bimbing ke syurga.
Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang ke 10 tahun, penceramah bebas, PU Salman berkongsi cara Nabi Muhammad SAW menghargai isteri dan ini yang disarankan untuk para suami terhadap isteri mereka.