Musim banjir yang melanda sesetengah negeri di negara kini ini membuatkan kita terdedah kepada pelbagai virus yang boleh mengancam nyawa, lebih-lebih lagi kepada anak-anak kita.
Salah satunya adalah bahaya virus Rotavirus yang membuatkan anak lemah dan jadi lesu. Apa makanan sesuai nak kembalikan tenaga anak? Ini saranan pemakanan yang disyorkan oleh Dietition, Pn Fizah Sobri.
Hati hati memang mudah anak kena jangkitan ini terutamanya waktu banjir ni.
ROTAVIRUS, sejenis virus yang tiada ubatnya. Mudah menjangkiti jika tidak menjaga kebersihan, terutamanya golongan anak anak kecil dan bayi.
Punca boleh hadir dari persekitaraan yang tidak bersih seperti di pengasuh, taska, tempat makan, rumah dan lain lain.
Disebabkan berpunca dari virus tiada guna ambil antibiotik sebab itu hanya berfungsi untuk melawan penyakit yang berpunca dari bakteria.
Virus ini akan menyebabkan usus sensitif dan tidak menyerap zat dengan baik dan akibatnya
1. Cirit birit yang banyak
2. Muntah yang kerap
3. Demam yang tinggi
Akibat dari ini anak anak boleh mengalami dehidrasi dan ini boleh membawa maut.
Macam mana nak melawan virus yang tiada ubatnya?
Jawapannya kita tak boleh lawan virus. Kita tidak melawan virus tersebut tetapi mengawal kerosakan akibat virus tersebut.
Ibarat ribut taufan/hurricane, kita tak boleh lawan Mother Nature dan kuasa tuhan tapi kita boleh ambil langkah langkah untuk mengawal kerosakan akibat dari ribut tersebut.
Langkah yang boleh diambil
1. Pastikan anak anak makan supaya dapatkan tenaga untuk mereka lawan virus
– Bagi makanan yang mudah dihadam tapi padat tenaga
– Contoh sup berkrim, roti berkrim, minuman malt,minuman manis, pudding, coklat
– Bagilah sekerap boleh dalam kuantiti sikit sikit tak apa janji ada yang masuk dalam badan mereka
2. Pastikan anak minum sebanyak boleh seperti hari biasa
– Ambil la air kosong, air manis, air kotak, sup kosong, air kosong yang ditambah ors. Sedut la sikit sikit dan ingatkan anak untuk cuba habiskan air yang diberi.
– Jika anak ambil susu formula milk, boleh tukar sementara ke lactose free/ selang seli dengan fm lactose free untuk kurangkan ketidakselesaan perut. Akibat virus ini anak boleh dapat temporary lactose intolerance. Walaupun dah lama minum susu tapi tetap boleh cirit (jangan salahkan susu waktu ini)
3. Jumpa doktor secepat mungkin
– Perlu sangat bantuan ubat untuk mengawal cirit birit dan muntah yang dialami anak.
– Pada 3 hari pertama anak anak akan banyak sangat muntah dan cirit. Dalam kes anak saya dalam tempoh 24 jam hampir 20 kali muntah dan 15 kali cirit. Jika tiada bantuan ubat, anak akan melepek.
– Jangan tunggu sehingga anak penat, tak bermaya sebab ini sudah tanda yang tidak bagus.
Ketika menulis post ini throwback sewaktu kedua anak saya sedang warded di hospital akibat virus yang sama tapi simptom mereka berlainan.
Seorang anak usia tidak sampai 2 tahun cirit birit sehari boleh cecah lebih 10 kali, demam tetapi kurang muntah. Nampak aktif dan ceria tetapi mudah penat dan banyak tidur dari biasa.
Seorang lagi usia 5 tahun tiada cirit, demam hingga 40C, dan muntah sampai hampir 20 kali.
Disebabkan muntah si kakak sampai takut nak menjamah apa apa makanan walaupun kita bagi makan ice cream atau makanan kegemaran dia.
Walaupun berlainan tetapi seriousnya tetap teruk. Kedua dua mereka perlu bantuan iv drip untuk masukkan air dalam badan nak elak dehidrasi.
Pokoknya virus ini senang dijangkiti, tiada ubat dan penting untuk mommies dan daddies kawal outcome. Jangan ambil ringan.
Jaga makanan dan minuman waktu mereka tengah sakit sebab dengan penjagaan yang baik In sha Allah kita boleh kawal kesan dari virus ini dan bantu proses penyembuhan mereka.
Menarik: Dah Makan Ubat Tapi Demam Anak Masih Tak Kebah, Ada Perkara Mak Ayah Kena Periksa!
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!