Anak menjadi motivasi utama Datuk Dr Sheikh Muszaphar untuk menjaga kesihatannya. Angkasawan pertama negara ini berkongsi beberapa tip berkaitan kesihatan dan bagaimana untuk memastikan dirinya fit pada usia 46 tahun.
Beliau yang mengakui semakin bertambah usia, metabolisme badan juga semakin menurun. Bapa kepada empat cahaya mata ini berkongsi beberapa tip kesihatan iaitu;
- Bagi yang memiliki pasangan yang berusia 45 tahun ke atas, jadikan kesihatan sebagai tumpuan utama. Jangan berikan alasan untuk tidak bersenam.
- Peruntukkan 30 minit setiap hari untuk bersenam demi kesihatan diri.
- Berenang selama 15 minit juga boleh dijadikan sebagai rutin senaman.
- Bersenam selama 30 minit sehari di gimnasium ialah pilihan senaman yang lebih baik.
- Tingkatkan metabolisme badan setiap hari.
- Beliau tidak percaya kepada ‘diet’ tetapi mengamalkan pemakanan pada sukatan yang sederhana.
- Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dalam pemakanan seharian.
Beliau juga menggalakkan kepada para follower untuk memulakannya pada hari ini!
Sebelum ini, bekas pakar bedah ortopedik ini juga telah berkongsi beberapa posting Instagram yang boleh memotivasikan. Misalnya bersenam sambil memantau Bella & Tasha membuat work sheet.
Walau pun mempunyai jadual harian yang padat, beliau memperuntukkan masa untuk bersenam di gimnasium.
Selain itu, Dr Sheikh Muszaphar juga turut berkongsi info bagaimana dia menghadapi jet lag iaitu dengan memastikan dirinya meminum air secukupnya dan bersenam bagi mengeluarkan peluh.
Sumber: drsheikhmuszaphar