Dunia sekarang gajet dah jadi satu keperluan. Kalau tak ada gajet hidup macam tak lengkap. Tapi masalah ini bukan sahaja kepada orang dewasa, malah anak-anak kecil yang didedahkan terlalu awal dengan gajet turut menjadi mangsa ‘ketagihan’ peranti yang dapat memberikan apa sahaja hiburan dunia masa kini untuk kita dan juga anak-anak.
Justeru itu, Dr Izzar Anwari yang suka berkongsi info-info menarik kali ini memperkatakan tentang kesan buruk peranti alaf baru ini atau gajet kepada anak-anak.
KESAN BURUK GAJET KEPADA ANAK-ANAK
Pada zaman kini, ibu bapa moden sering menggunakan gajet seperti smartphone atau tablet untuk menenangkan atau mengambil perhatian anak-anak. Senyapla sikit diorang kan? Tapi adakah itu langkah yang bijak?
Teknologi sememangya akan memberi manfaat kepada anak-anak sekiranya diberi pendedahan terkawal. Tetapi kalau diberi pendedahan berlebihan, memang banyak kesan buruk.
Speech Development Anak Jadi Lambat
Untuk anak-anak kecil, Kesan negatif kepada mereka adalah adalah menyebabkan speech development menjadi lebih lambat berbanding anak-anak lain yang sama umur. Dah anak dok tenung je gajet tu sambal swipe jari. Bila masa dia nak bercakap kan? Dan kalau tak bercakap dengan orang pula, macam mana dia nak belajar bersosial dengan normal?
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam hal ni. Beri limit selama 2 jam sehari untuk mereka bermain gajet. Lagi kurang lagi bagus. Taknakla dapat speech delay. Kena pula bawa jumpa speech therapist etc nanti
Anak Mudah Marah, Sedih Dan Rasa Kekurangan Bila Tak Ada Gajet
Bila anak-anak menjadi terlalu dependent pada gajet ni, mereka akan ada sentiment negatif kalau kita gajet mereka hilang atau kita ambil. Mereka akan marah, sedih, dan rasa kekurangan sesuatu.
Penggunaan gajet yang terlalu lama pula akan memberi kesan kepada tahap agresif anak2. Malah, anak-anak akan tidak sensitive kepada persekitaran mereka sebab berada dalam dunia mereka sendiri.
Dedah Risiko Dapat Masalah Mental
Dan banyak kajian telah mendapati bahawa semakin lama penggunaan gajet, semakin tinggi risiko untuk mendapat masalah mental seperti depression, anxiety, ADHD, mood disorders, dan bunuh diri
Memangla kita rasa anak-anak kita okay je masa kecil. Tetapi kesannya akan kita nampak semasa anak-anak tu dah besar. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi lenturlah elok-elok rebung tu. Bersabarlah sikit dengan kerenah anak-anak.
Ayra pun dah makin clingy sekarang. Sampai tahap nak panjat kaki saya taknak lepas. Bukakla Omar & Hana kat youtube tu kejap. Favourite dia. Lepas Ayra dah tenang sikit, tutupla youtube pastu saya pula sambung nyanyi lagu Omar & Hana. Dulu saya layan Linkin Park dengan Metallica. Sekarang kena ingat lagu-lagu budak-budak nak kena nyanyi kat Ayra. #drizzarshares
Sumber: Dr Izzar Anwari
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI