Anak menjadi tuan, adakah ia kesan daripada kesilapan ibu bapa dalam mendidik? Ikuti penerangan pakar pendidikan awal kanak-kanak ini.
Mungkin ramai yang berpendapat ibu bapa yang memberikan kebebasan kepada anak-anak akhirnya akan menjadi mangsa keadaan, di mana si kecil setelah meningkat usia menjadi seorang yang agresif dan terlalu bebas bersuara hingga boleh mengganggu emosi orang lain. Adakah ia benar?
SUKA MEMANIPULASI
Menurut Prof Dr Bustam Kamri, Dekan Sekolah Sains Sosial, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, kanak-kanak pada usia lima hingga enam tahun sudah pandai memanipulasi untuk mendapatkan apa yang dihajatinya. Kajian menunjukkan kanak-kanak mula tidak bercakap benar apabila antara usia dua hingga empat tahun. Ini menandakan pemikirannya sudah terpisah daripada ibu bapa. Ini juga menandakan kefahamannya kepada perkataan ‘tidak’ atau ‘tak boleh’ membantunya menggambarkan sempadan antara keinginan, kehendak dan perasaan.
Manipulasi atau lebih mudah disebut berbohong ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah untuk mengelakkan daripada didenda, mendapatkan kelebihan, mengawal, sebab sesuatu akibat yang tidak diingini atau merangsang kendiri. Dia seperti orang dewasa, berbohong untuk mendapatkan kuasa, mengekalkan privasi atau melindungi rakan.
Anda perlu faham kanak-kanak pada usia ini sudah tahu perbezaan bercakap benar dan berbohong dan tahu ia adalah satu kesalahan. Senang sahaja kalau anda ingin mengetahui sama ada dia berbohong atau tidak. Selalunya dia akan berkata, “Saya tidak boleh beritahu” atau “Saya tidak tahu.”
BUKAN KRISIS MORAL, FAHAMI DULU PUNCA DIA BERBOHONG…
Ads
Walau bagaimanapun, jika anak anda mula berbohong pada usia ini, ia tidak boleh dianggap sebagai krisis moral. Dia hanya berbohong untuk mendapatkan apa yang diingini dan ia dianggap normal dan sihat. Anda tidak perlu menjadi detektif menyiasat kerana ia akan membuatkan dia berasa dirinya tidak dipercayai.
Membantu si manja membina moral dan bertanggungujawab kepada perlakuannya adalah satu matlamat jangka panjang. Antaranya ialah anda sebagai model tingkah laku dengan mempercayainya, mengawal diri dan menghormati orang dewasa. Berikan dorongan dan rangsangan untuknya bertanggungjawab kepada diri. Sentiasa tenang kerana semakin tenang maka semakin baik cara anda berkomunikasi dengan anak.
MENGELAK DARIPADA DIMARAHI ATAU DIHUKUM SELALU JADI PUNCA DIA BERBOHONG
Peribahasa siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri tidak boleh digunapakai bagi kanak-kanak sebaliknya anda perlu melihat kembali sebab pembohongan itu terjadi. Ia adalah untuk mengelak daripada dimarahi atau dihukum.
Walau apa pun, anda boleh boleh menasihatkannya dengan kaedah bercerita seperti cerita “Budak Gembala Kambing” yang mempermainkan kepercayaan orang dengan meminta tolong kononnya serigala datang untuk makan kambing gembalaannya. Dengan ini, si anak akan menilai cerita dan memahami kesan berbohong.
Ads
Selain itu, anda perlu meneliti juga sebab dia berbohong, mungkin mahukan lebih perhatian dan aktiviti yang melebihi jangka waktu yang diberi. Berikan anak bimbingan bagi memperbetulkan perlakuan negatif kepada positif di samping memberi keyakinan diri.
MEMBUAT PILIHAN
Ibu bapa menggalakkan anak kecil daripada awal membuat keputusan sendiri (seperti membuat pilihan pakaian sendiri dan memilih makanan sendiri) adalah baik. Memang ada kesan positif di mana anak berdikari, petah dan sebagainya. Tetapi ramai yang gusar andai cara ini punca kepada anak membesar menjadi anak bos, agresif dan sukar menerima teguran.
Menurut Prof Dr Bustam, perkara ini baik kerana ia membantu perkembangan personaliti dengan membina deria automoni. Apabila kita diberikan, selalunya kita akan merasakan ada kawalan. Anak membina keyakinan dalam membuat pilihan dan mengawal apa yang berlaku kehidupannya. Rasa ingin mengawal dengan mencuba secara negatif dalam diri si anak juga dapat dikurangkan.
Ads
Daripada ini juga, si kecil belajar bahawa apa yang berlaku dalam kehidupan adalah bergantung kepada apa yang dipilih. Cara terbaik belajar membuat pilihan terbaik adalah dengan membuat banyak pilihan. Biar anak belajar membuat keputusan sejak kecil supaya dia boleh membuat keputusan yang rasional dan waras apabila dewasa nanti. Tetapi bagi mengawalnya, anda boleh mengehadkan pilihan kepada anak seperti memilih satu antara dua pilihan yang ada.
ANAK JADI TUAN AKIBAT SILAP ASUHAN
Anak menjadi tuan ialah kesan gaya didikan ibu bapa permissive iaitu tidak mengawal tingkah laku anak. Akibatnya anak tidak tahu batas sempadan dan ikut gerak hati sendiri serta tidak matang. Ia juga boleh terjadi dengan gaya didikan yang terlalu mengongkong iaitu autoritarian. Dalam didikan cara ini, anak dipaksa patuh arahan tanpa sebarang alasan. Buat sahaja apa yang disuruh kerana menjadi takut kerana hubungan dan dendaan.
Gaya mendidik autoritatif pula lebih kepada kompromi iaitu memberi masa menerangkan peraturan tetapi masih menekankan peraturan. Ibu bapa ada masa mendengar pandangan anak. Anak memahami batas sempadan, bertanggungjawab dan cepat matang. Manakala gaya demokratik pula lebih berdiplomasi. Peraturan dipersetujui bersama bebas memberi pandangan dan berbincang bersama keluarga. Mengelakkan hukuman fizikal. Komunikasi mesra dan terbuka anak dan ibu bapa. Kesannya mesra penyayang dan emosi stabil.
Anda boleh memilih sendiri cara didikan autoritatif atau demokratik bersesuaian dengan personaliti anak. Dengan cara ini, anda boleh mengelakkan terjadinya fenomena ‘anak menjadi tuan’ pada masa akan datang.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya ibu atau ayah yang boleh jadi ‘tarzan’ bila anak tak pandai membaca. Bimbang anak akan ketinggalan apabila masuk darjah satu tahun hadapan. Perkongsian ibu ini memang amat berguna apabila anaknya yang tidak tahu membaca akhirnya dapat membaca dengan lancar.
Berikut adalah tip yang dipraktikkan oleh Puan Nurul Jamian untuk mendidik anaknya dan pada masa yang sama menggunakan buku bacaan khas mengajar anaknya membaca.
9 Tip Mengajar Anak Membaca TIP1:Bila nak mengajar anak kenal huruf jangan guna huruf besar. Guna huruf kecik. Contoh ABC tu korang guna abc. Dulu aku silap tau. Aku ajar Raina guna huruf besar. Tapi bila dah sedar kesilapan tu, laju-laju ajar Raina guna huruf kecik. Sebab apa kena ajar anak guna huruf kecik, sebab kebanyakkan kat sekeliling kita menggunakan huruf kecik. So ajar anak huruf kecik dulu then baru ajar anak huruf besar.
TIP2:Ajar anak 5-7 minit je. Pastu rehat sekejap then kalau nak sambung lepas tu boleh sambung. Jangan ajar lama-lama nanti anak stress dan bosan terus dia tak boleh nak tumpukan pada apa yang kita ajar.
Dulu masa aku ajar Raina berjam, memang nampak muka Raina stress. Bila aku ajar Raina dalam 5-7 minit memang nampak Raina happy je nak belajar. TIP 3: Jangan gunakan kekasaran time ajar anak seperti nak marah-marah anak. Perbuatan ni akan menambahkan tahap stress anak. Bukan anak je stress. Kau pun sama stress nanti bila ajar anak. Aku masa mula-mula ajar Raina asyik nak jadi tarzan je. Tapi hasilnya memang tak memuaskan aku. Pastu aku terus tukar cara aku ajar Raina. Aku control tahap kemarahan aku. Aku cool je. Bila Raina tak faham dan tak ingat, kita kena rileks dan betulkan dan bagitahu si anak tu apa yang dia tak faham dan apa yang dia tak ingat. Senyum je. InsyaAllah anak akan happy nak belajar. Percayalah cakap aku. TIP 4: Cuba guna bunyi-bunyi yang boleh si anak ingat dan kaitkan bunyi-bunyian tu dengan suku kata. Contoh suku kata ‘Na’. Raina Na Na Na Na sambil menyanyi. So Raina akan ingat suku kata ‘Na’ tu macam nama dia Raina Na Na Na Na. Macam aku kan aku ajar Raina siap beralun-alun siap macam menyanyi kadang-kadang tu. Biar Raina senang ingat. TIP 5: Cuba kaitkan bunyi suku kata dengan benda yang ada kat sekeliling kita. Contoh ‘Su’ tu kita kaitkan dengan ‘botol susu’. Kalau boleh tunjuk botol susu. Selalunya budak akan cepat ingat kalau kita cuba kaitkan suku kata dengan benda yang ada kat sekeliling kita. TIP 6:Tepuk tangan dan puji si anak bila anak faham dan ingat apa yang kita ajarkan kat dia. Kalau boleh kita ciumlah si anak. Raina paling suka kita puji dia. Kalau aku tepuk tangan, Raina pun tepuk tangan sekali. Bukan Raina je. Raifa pun ikut sekali tepuk tangan. TIP 7:Uji si anak bila-bila masa. Macam kalau keluar nampak signboard terus tanya anak : ‘Itu huruf apa? Cuba eja dan baca Raina? Raina ingat tak?’ So kiranya macam ulang kaji apa yang kita belajar. Sambil-sambil tu nak uji minda anak. Kadang-kadang aku tengah masak kat dapur pun, aku suka uji minda Raina. Sebab Raina rajin teman aku masak kat dapur sambil tolong aku apa yang patut. TIP 8: Bagi reward kat anak supaya anak lebih semangat nak belajar lagi. Baru-baru ni aku bawak Raina tengok wayang dan belikan apa saja yang dia minta. Raina minta cincin, gelang dan macam-macamlah. Aku cakap kalau Raina rajin lagi belajar, nanti mama belanja Raina lagi. Terus lepas tu tak payah nak di suruh lagi, laju je ambil buku baca sendiri. Mana yang dia tak faham, baru dia tanya aku. Memang nampaklah Raina lebih bersemangat. TIP 9: Terangkan tujuan kita ajar anak membaca. Kenapa dia perlu pandai membaca. Kena terangkan supaya anak lebih jelas dan faham.
Sebagai ibu bapa, pernah tak anda perhatikan gelagat si kecil apabila dia mula marah? Cara dia meluahkan marah? Adakah sama seperti anda ketika anda sedang marahkan si kecil?
Jika ia, ubahlah dari sekarang kerana sikap ibu bapa sebenarnya ditiru oleh anak-anak kecil dan mendatangkan kesan kepada otak serta perkembangan mereka. Ikuti perkongsian daripada doktor kanak-kanak ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Betul ker anak tak perlu ajar anak membaca, selalunya jadi salah satu isu pembelajaran anak-anak. Semua ini kerana semua ibu bapa inginkan anak pintar dan cerdas. Tetapi bagi Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Azlina Johari, banyak bermain menjadikan anak-anak itu bijak tanpa perlu mendesak anak-anak membaca. Ikuti jawapannya yang mudah dan ringkas serta beberapa soalan-soalan popular yang sering menjadi persoalan ibu bapa.
Saya nak share 1 isu yang paling banyak di tanya kepada saya melalui private massage di facebook
Saya listkan soalan-soalanya
Macamana bermain boleh jadikan anak saya bijak? Sedangkan mereka hanya bermain?
Sekarang darjah 1 perlukan anak membaca. Tapi nampak dia macam takde tanda-tanda nak membaca. Risau saya dia masuk kelas last.
Tak perlu ajar membaca maksudnya biarkan aje?
Ada kawan saya anak dihantar tusyen umur 5tahun untuk membaca. Tiada pressures katanya sebab tusyem cuma 2x seminggu
Bukan ke ayat pertama ialah IQRA’
OK.. Ni compilation of soalan yang saya taip semula.. Sbb ni pon curi2 masa untuk jawab.. Xdan nak printscreen, nak padam nama, gambo dll yang perlu disembunyikan..
Jawapan saya
Memang cara kanak-kanak belajar adalah bermain. Banyak bermain lebih bijaklah anak tu. Neuron berhubung melalui bridge yang galak dibina dlm otak melalui rangsangan/bermain. Kanak-kanak perlu bergerak, bukan duduk je menghafal. Sbb ada byk sensory asas yg perlu dikukuhkan. Gustatory olfactory visual tactile hearing vestibular dgn proprioception.. Semua ni wajib digunakan utk membina asas kebijakan tu.
Yup silibus memng perlukan kanak-kanak membaca. Tetapi kanak-kanak perlukan ibu bapa yg faham bahawa anak mereka mempunyai fitrah tersendiri dan jika fitrah dipaksa2… Akan membuatkan anak stress.. Takkan darjah 1 dah stress? Panjang lg kehidupan anak tu. Kelas last ke. Kelas tgh ke. Kelas first ke. Tetap anak tu diterima bersekolah. Cuma kita parents xdpt lah berbangga nak cerita kat org… Owh anak aku no 1..process adalah yg penting. Bukan result. Berbanggalah kerana anda merupakn ibu bapa yg bijak dan memahami tahap kebolehan anak anda?(xsilap sy byk rombakan dah dilakukan bg pengkelas ni.)
Mcm yang saya sebutkan tadi.. Semuanya adalah process..
Untuk anak boleh menulis, bukan bermula dengan menyambungkan dot dlm buku. Tapi bermula dgn process koyak kertas, crumple kertas, pinching makanan masa umur 8 bulam lagi, menggunakan sepit baju, button baju, guna gunting dan byk lg aktiviti strengthening fine mltor skills sebelum anak boleh memegang pensil.
Kemudian biarkan dia menconteng.. Sama seperti ajar anak membaca. Bermain permainan bersama-sama. Membawa anak mengalami pengalaman benda-benda maujud seperti ke playground, zoo, kampung, kenderaan awam dll sambil kita berbual.. Kemudian bacakan buku cerita.. Seterusnya barulah anak akan bersedia membaca.. It doesn’t work… Belikan tabs.. Install apps membaca dan biarkan.. Yes dia akan copying.. Tp dia hafal. Bukan faham. Utk pulihkan lagi susah dari nak ajar membaca..
Tusyen anak diawal usia.. 1 je komen saya, ibu bapa tiada ilmu awal kanak-kanak.. Stress dikalangan kanak-kanak skrg dah sgt membimbangkan ok.. Kita risau sbb merekA kanak-kanak tak mampu utk berfikir secara matang menyelesaikan stress, dan mengambil jalan yg salah.
Anak sepatutnya bersama ibu bapa melalui proses seperti no 3 di atas.
Bab agama saya bukan pakar. Tapi setahu saya, ayat Iqra’ tidak diturunkan semasa Nabi berusia 6 tahun bukan?
Saya bukan marketing sistem di tfa. Jika semua saya lakukan utk marketing, tak perlu rasanya saya fully practice pada anak saya. Tfa menggunakan system yang genuine ECE. begitu juga Aulia. Jangan jadi parents yang takut mendengar ape orang kata. Jadilah parents yang bertanggungjawab terhadap anak.
Just for the record, anak saya memang ada sign of GDD dan spd masa kecil, tapi konsistensi on stimulating process, sekarang dia dah resolved semua problem. Berapa lama ambil masa? Its a process, dan the process still goes on?
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.