Satu kebanggaan kita rakyat Malaysia. Pelajar perakaunan di peringkat asasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Ahmad Nur Iman Ahmad Fauzi, 19 menjadi kebanggaan apabila menjadi pelajar terbaik negara dan ketiga dunia dalam Merekod Transaksi Kewangan FA1 pada peperiksaan ACCA sesi Mac lalu.
Kejayaan luar biasa ini bukan sahaja membanggakan dirinya, malah turut membanggakan ibu bapa, pensyarah, universiti dan negeri asalnya, Terengganu.
Ahmad Nur Iman, anak sulung daripada empat beradik ini, membuktikan bahawa tiada yang mustahil dengan kesungguhan. Dia yang berasal dari Kampung Telaga, Hulu Terengganu dan kini pelajar dalam bidang perakaunan di peringkat asasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, tidak menyangka sama sekali impian kecilnya untuk belajar bersungguh-sungguh mampu melonjakkan namanya di persada dunia.
“Ketika mula-mula buka e-mel daripada Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) untuk melihat keputusan itu, saya baca berkali-kali untuk pastikan saya tidak salah faham,” ujarnya kepada K-Kampus.
Sejak kecil, Ahmad Nur Iman sudah menunjukkan minat mendalam terhadap subjek berkaitan pengiraan seperti Matematik dan Matematik Tambahan.
Berbekalkan keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau memilih laluan dalam bidang perakaunan di UiTM dan terus mengorak langkah menimba ilmu dalam ACCA, kelayakan profesional perakaunan bertaraf global.
Ads
Menurut Ahmad Nur Iman, pengurusan masa yang baik, membuat nota ringkas, konsisten dalam pelajaran, serta banyak berlatih dengan soalan lepas menjadi kunci utama.
Beliau juga menekankan pentingnya berani bertanya dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan.
Tidak dilupakan, doa dan tawakal sentiasa menjadi pelengkap usahanya sebagai seorang Muslim.
Ads
Anak muda ini berkongsi lanjut, bahawa bercita-cita menjadi akauntan bertauliah dan berharap dapat berkhidmat di firma audit antarabangsa atau syarikat korporat terkemuka.
Impian lebih besar penerima biasiswa Yayasan Terengganu (Asasi Perakaunan) itu adalah memiliki firma perakaunan sendiri yang boleh membantu graduan baharu mendapatkan pekerjaan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Terangnya, ACCA tidak membawa gelaran ijazah, tetapi memberikan kelayakan profesional bertaraf antarabangsa.
Ads
“Selepas melengkapkan semua kertas dan pengalaman kerja, saya layak bergelar Chartered Certified Accountant dan dapat menggunakan huruf ACCA di belakang nama saya.
“Dengan adanya kelayakan profesional ini, saya ingin memantapkan lagi diri dan memperluaskan pilihan kerjaya di peringkat global,” katanya.
Untuk makluman, ACCA merupakan kelayakan profesional perakaunan yang diiktiraf di peringkat global. Di Malaysia, ia dikawal selia dan diiktiraf sebagai program profesional setara tahap sarjana muda apabila berjaya melengkapkan semua kertas.
Di United Kingdom, taraf ACCA secara rasmi diiktiraf sebagai kelayakan profesional perakaunan dan setara dengan peringkat Sarjana (Master’s Degree).
Sumber: Kosmo!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang wanita yang sedang sarat hamil 9 bulan berdepan dengan detik cemas apabila dia terperangkap di dalam lif di kawasan rumahnya.
Terperangkap dalam lif 2 jam
Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai FarieynaNasya_ menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok dan meraih pelbagai respon daripada warganet.
Menurut wanita berkenaan, dia yang sedang hamil sembilan bulan telah terperangkap di dalam lif hampir dua jam. Cemas dengan apa yang terjadi, dia mengambil keputusan untuk menghubungi pihak penyelenggara bangunan, namun lambat sampai ke tempat kejadian.
Pengalaman 9 bulan bawa perut sekali stuck dalam lif. Saya stuck pukul 6.50 pagi dan lif dapat buka pukul 8.45 pagi saya baru keluar.
Susulan daripada itu, wanita tersebut cuba menghubungi pihak bomba dan akhirnya berjaya dikeluarkan dengan selamat.
@farieynanasya1_Pengalaman 9Bulan bawa perut . Stuck dalam lift … alhamdulillah semua baik… ❤️ thankyou abg Bomba . Call maintainance belum sampai. Abang bomba penyelamat …♬ Setanggi syurga – Dyna Evasive🇵🇸
Alhamdulillah semua baik. Terima kasih abang bomba. Call pihak penyelenggara belum sampai. Mummy dan kandungan selamat.
Saya keluar dah memang blur dan berpeluh sangat. Anak dan suami setia menunggu mummy keluar dengan selamat.
Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 26 saat itu meraih lebih 1.6 juta tontonan dan mendapat lebih 109 ribu tanda suka di TikTok.
‘Sedih dengar anak nangis panggil mummy’
Menerusi ruangan komen, semua meluahkan rasa syukur kerana wanita berkenaan berjaya keluar dengan selamat. Malah, ada juga di antara mereka yang mendoakan agar segala urusan si ibu dan anak dalam kandungan dipermudahkan.
“anak happy bila tengok mummy dia balik sampai nangis kegembiraan”
“saya pulak yang nak nangis dengar anak panggil mummy..”
Lebih sebulan melahirkan cahaya mata sulungnya, pelakon Datin Intan Najuwa reda menerima teguran daripada segelintir individu kerana minum ais biarpun baru sebulan menjalani pembedahan caesar (czer).
Biarpun dikecam ramai namun kata Intan dia punya alasannya sendiri dan yakin dengan tubuh badannya.
Kata Intan, air sejuk yang diminum akan bertukar mengikut suhu badan dan tidak akan menjejaskan kesihatan ibu terutamanya selepas melahirkan anak.
Ibu kepada Imane Lunara itu menjelaskan perkara tersebut ketika membalas komen seorang wanita dalam sebuah hantaran di laman Instagramnya.
“Air sejuk kalua masuk badan akan tukar ke suhu badan kak.
“Kalau masuk perut insyallah tak sejuk perut,” tulisnya diruangan komen.
Enggan memanaskan keadaan, ibu cantik manis ini sempat berseloroh dengan peminatnya.
“Mak aku pantang tak minum ais”, “jiran aku pantang tak sentuh ais”, “nenek aku pantang minum itu ini,”
“Ha apa lagi? Aku lah redha jela, aku jadi kucing jela senang,” katanya berseloroh.
Terdahulu, Intan Najuwa mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos lalu. Intan melahirkan cahaya mata pertama bernama Imane Lunara secara pembedahan pada 15 Disember tahun lalu.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“10 tahun menanti… jangan risau bang, anak abang akan selamat.” Itulah antara kata-kata penuh sebak seorang lelaki yang menjadi saksi dan pembantu dalam tragedi kemalangan di Plaza Tol Bukit Kajang yang mengorbankan seorang bayi lelaki berusia setahun baru-baru ini.
Kisah menyayat hati ini bukan sahaja mengejutkan ramai, malah mengundang air mata netizen apabila mengetahui bayi berkenaan adalah cahaya mata pertama yang ditunggu-tunggu pasangan itu hampir sedekad.
Momen Sebak Di Lokasi Kejadian
Seorang individu dikenali sebagai Ridhwan Mohamad berkongsi pengalamannya di TikTok. Dia berada di lokasi kejadian dan sempat membantu si ibu serta keluarga mangsa dalam detik penuh kecemasan itu.
“Aku tolong akak itu untuk bercakap dengan suami dia yang berkali-kali bertanyakan keadaan anak. Sampailah akhirnya aku maklumkan juga yang anak mereka dah tak ada. Bila aku bagitahu ja, mereka meraung weh,” luahnya penuh sebak.
Malah, ketika ambulans tiba, si ibu berkali-kali merayu ingin melihat anaknya. Nenek bayi itu turut memberitahu bahawa mereka sudah menunggu hampir 10 tahun untuk menimang cahaya mata pertama ini.
Bagi pasangan yang menanti zuriat bertahun-tahun, setiap detik bersama anak adalah doa yang termakbul. Kehilangan anak yang ditunggu hampir satu dekad pastinya meninggalkan luka yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Peristiwa tragis ini menjadi ujian amat berat untuk mereka sekeluarga. Namun di sebalik tangisan dan kesedihan, ramai warganet menitipkan doa agar bayi kecil itu ditempatkan bersama anak-anak syurga dan keluarga ini diberi ketabahan luar biasa.
Anak Adalah Pinjaman Terindah
Buat kita semua, kisah ini menjadi peringatan besar bahawa anak adalah pinjaman paling berharga daripada Allah. Kehadiran mereka adalah doa yang dikabulkan, dan kehilangan mereka pula adalah ujian yang menuntut kesabaran serta reda.
Sebagai ibu bapa, hargailah setiap momen bersama anak-anak – dari tangisan kecil, senyuman manis hingga telatah yang menguji kesabaran. Kita tidak pernah tahu berapa lama Allah meminjamkan mereka untuk kita.
Semoga keluarga mangsa terus kuat menghadapi ujian besar ini. Dalam masa sama, semoga kisah ini membuka mata kita semua untuk lebih menghargai kehidupan, menjaga keselamatan di jalan raya, dan tidak lupa mendoakan kesejahteraan anak-anak syurga yang pergi terlebih dahulu.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.