“Saya terkejut apabila panggilan telefon disambut anak sulung yang menangis memaklumkan suami tidak sedarkan diri,” kata Nurul Ain Mohd Razip, 31.
Suami ada mengadu sakit dada
Suaminya, Mohd Ashraf Rosli, 35, meninggal dunia di dalam kereta ketika menunggunya menghadiri temu duga di sebuah hospital swasta di Bangsar, kelmarin (18 Disember).
Menceritakan detik memilukan itu, Nurul Ain berkata, dia menghadiri temu duga sebagai jururawat di hospital berkenaan sementara suami serta tiga anaknya berusia 10 bulan hingga enam tahun menunggu di dalam kereta.
Rasa tak sedap hati, whatsapp tak balas
Menurutnya, dia tidak sedap hati selepas suaminya memaklumkan dia mengalami sakit di dada ketika menghantarnya semalam.
“Ketika sedang menunggu giliran, saya berbalas Whatsapp dengan suami kerana bimbangkan keadaannya.
Ads
Anak sulung jawab panggilan sambil menangis
“Kira-kira 3.45 petang, saya menghubungi telefon bimbit suami kerana kiriman Whatsapp tidak berjawab.
“Terkejut apabila panggilan saya disambut tangisan anak sulung yang memaklumkan suaminya tidak bergerak,” katanya kepada Harian Metro.
Beliau berkata, suaminya yang bertugas di bahagian teknologi maklumat hospital sama bagaimanapun tidak dapat dikesan di parkir kakitangan.
Ads
Orang awam nampak anak-anak menangis dalam kereta
Katanya, mujur ada orang awam yang melihat anaknya menangis di dalam kereta sebelum meminta bantuan pengawal keselamatan untuk memberikan bantuan kecemasan.
“Selepas menemui kereta di parkir suami di bahu jalan, ambulans segera membawanya ke bahagian kecemasan untuk bantuan namun tiada respons.
“Suami kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.
Ads
Katanya, jenazah suaminya dikebumikan di Bercham, Ipoh selepas selesai bedah siasat selesai dijalankan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Annuar Omar ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
“Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Syukur masih selamat! Pastinya kejadian culik yang berlaku kepada seorang pelajar perempuan ini memberi trauma padanya walaupun berjaya menyelamatkan diri ketika sudah dibawa lari hampir 400 meter dari sekolah.
Menerusi laporan Astro Awani, pelajar perempuan itu berjaya menyelamatkan diri dalam cubaan culik selepas dilarikan lelaki menaiki Perodua Kancil di hadapan sekolahnya di Taman Molek, Johor Jaya di sini, pagi Khamis (25 November).
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, mangsa yang berusia 13 tahun dihampiri suspek tidak dikenali selepas turun dari van sekolah.
Katanya lelaki tempatan itu dipercayai menghampiri pelajar berkenaan dengan menaiki kereta sebelum berpura-pura meminta bantuan mangsa menghantar satu borang ke sekolah.
“Mangsa diminta untuk masuk ke dalam kereta suspek namun dia enggan. Suspek kemudian menarik mangsa masuk ke dalam kereta itu.
“Mangsa kemudian dibawa lari. Bagaimanapun, dia berjaya melepaskan diri selepas kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Mohd Sohaimi, mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian meminta bantuan orang awam.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan polis sedang giat mengesan suspek,” katanya.
Difahamkan, siasatan mendapati kejadian berlaku selepas pelajar perempuan itu sedang berjalan kaki untuk masuk ke kawasan sekolah.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Datuk Azizulhasni Awang telah berjaya meraih pingat perak untuk negara dalam acara keirin lelaki di Kejohanan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.
Kejayaan ini merupakan hadiah yang amat bernilai buat rakyat Malaysia dan isteri kepada Datuk Azizulhasni, Datin Athiah Ilyana Abd Samat tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah melalui lama instagramnya.
Bagi Datin Athiah, ianya sangat bermakna setelah 5 tahun pengorbanan yang dilalui mereka demi negara tercinta.
Congrats sayang..Eh happy sangat lah.Tak tau nak cakap macam mana .Saya bersyukur dengan ketentuan Ilahi.Redha dengan apa yang Allah berikan.Silver Medal in Tokyo Olympic 2020 ! Sesuatu yang sangat membanggakan!!!!Pengorbanan selama 5 tahun yang membuahkan hasil.
Menurut Datin Athiah, dia sangat berterima kasih sepanjang semesta pertama kehamilan ramai yang datang membantu menguruskan keperluan untuk dia dan anak-anak.
Alahan yang teruk tambahan pula suami tiada disisi dan berada jauh di negara orang antara dugaan yang harus ditempuhi namun dengan adanya bantuan dari sekeliling membuatkan dia sangat berterima kasih.
Thank you Allah ..Thank you buat semua Team Azizul ! Semua yang support dan menolong saya di Melbourne tatkala saya sedang di landa “Morning sickness” yang sangat teruk. Yang hantar makanan , yang datang urut , yang tolong ambikkan anak, yang tolong kemas rumah..Thank you so much ..hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian ..
Sesungguhnya, agak sukar bila your partner is not beside you tatkala 1st trimester .But Alhamdulillah, just trust on Allah’s plan . Allah will always be with you and Allah will send people to help you.Syukur sangat-sangat.
Sebentar tadi, satu khabar tak terduga ‘dihadiahkan’ kepada Azizulhasni bahawa apabila isterinya, Datin Athiah Ilyana Abd Samat kini sedang mengandung anak ketiga mereka. Berita gembira ini disampaikan oleh wartawan, Bazly Azmi selepas acara penyampaian pingat.
Azizulhasni terus sujud syukur apabila mendengar berita tersebut. Dalam linangan air mata itu, Azizulhasni memberitahu sukar untuk beliau meninggalkan isteri bersama anak-anaknya di Melbourne, Australia.
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya ditinggalkan dalam keadaan berbalut kain lampin dan diletakkan di tepi tong sampah di hentian bas berdekatan Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru, nasib bayi lelaki ini masih baik dan berada dalam keadaan sempurna.
Ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira jam 6.15 petang (15 September), bayi yang berusia antara 16 hari itu telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, bayi berusia 16 hari itu ditemui dalam keadaan berbalut kain lampin oleh seorang lelaki yang melalui jalan itu kira-kira jam 6.15 petang.
“Bayi tersebut dijumpai dalam keadaan berbungkus dengan kain napkin dan di sebelahnya terdapat botol susu, namun tiada sebarang dokumen diri ditemui.
“Bayi itu kini ditempatkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA)”, katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, suspek yang membuang bayi terbabit masih belum dikenal pasti.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.
Terdahulu tular di media sosial beberapa keping gambar bayi yang dijumpai di perhentian bas berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmood.
Menerusi Facebook Abshah Abd Hamid, pengalaman kali pertama terjumpa bayi yang dibuang di depan mata sendiri benar-benar buatkan dirinya sebak.
Allahuakbar..selalu tengok dalam TV, arini terjumpa depan mata sendiri. Walaupun ibu kamu buang kamu, tetapi Allah telah janjikan rezeki kamu sayang.
Dekat tempat kejadian juga ada insan berhati mulia untuk ambil kamu sebagai anak angkat. Sungguh besar kuasa mu Ya Allah. Semoga kamu membesar jadi insan berguna sayang.
Perkongsian itu meraih perhatian warganet dan ramai yang mendoakan agar anak ini dapat kasih sayang dari orang yang betul-betul menyayanginya.
Orang ramai juga turut menitipkan doa agar bayi ini juga dapat membesar menjadi insan yang berjaya dunia akhirat dan membesar menjadi anak soleh.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.