Masalah anak kecil yang baru melangkah ke sekolah bukan isu yang baru. Ada sahaja halnya, ada kawan yang mengambil duit poket, ambil alat tulis dan bermacam lagi kisahnya yang membuatkan kita sebagai mak ayah rasa sakit hati.
Hal semacam ini tidak pernah berhenti biarpun pelbagai cara dilakukan. Jika ia berlaku pada anak kita, lebih-lebih lagi pada anak yang sensitif, Pn Maryam Jamadi , Pediatric Occupational Therapist dari BEYOND Home Therapy kongsikan informasi buat mak ayah.
Bantu beri sokongan pada anak kita tapi jangan sekali menyalahkan diri mereka.
ANAK JENIS SENSITIF MANGSA BULI Bila ada kes buli londehkan seluar kawan baru-baru ini, Eva pun pernah kena buli juga dekat sekolah.
✅️ Duit kena ambil ✅️ Bekas pensil disorok sampai Eva menangis dalam kelas ✅️ Botol air pecah ✅️ Alat tulis lesap ✅️ Buku kena conteng
Dan paling ekstrim baru-baru ini, ada kawan Eva cucuk betul-betul tepi mata Eva guna pensil. Sikit lagi nak kena mata. Memang buat saya naik darah, rasa nak pergi jumpa sahaja di pelaku itu. Tapi disebabkan cikgu dah ambil tindakan marah si pelaku dan dia pun menangis juga sambil minta maaf pada Eva.
Syukur sangat ada kawan-kawan lain yang tolong report cikgu. Jadi, saya kira selesai. Tak mahu lanjutkan kes lagi. Lagipun masa minggu pertama sekolah, suami saya pernah hubungi mak ayah kawan yang sama cucuk tepi mata Eva untuk kes ambil duit.
Yang tentang kes ambil duit pun memang saya menyirap juga, 3 hari berturut duit Eva kena ambil. Alhamdulillah dapat kerjasama mak ayah kawan Eva untuk tegur anaknya.
Eva memang jenis lembut, tak pandai marah dan berkasar. Puas dah suruh dia marah kawan yang buat & jadi garang sikit supaya orang lain tak ambil kesempatan.
Ads
Tapi itulah, nak cakap lebih pun mak dia pun sama macam itu juga. Dulu masa sekolah rendah pun bila ada kawan buat pun, saya jenis tak melawan cuma menangis sahaja.
Tapi memang bye-byelah orang itu, saya block terus tak mahu kawan lagi. Jangan main-main dengan orang jenis sensitif, ingatan kuat. Sekali buat hal, memang ingat sampai ke besar.
Mak ayah saya selalu cakap saya “gembeng” masa kecil (ke sampai besar eh?). Pengalaman saya berkerja dengan bermacam-macam personaliti anak, saya boleh simpulkan yang:
1. High need baby = Sensitive child Bayi jenis “high need” akan membesar menjadi anak jenis sensitif.
2. Masalah anak jenis “high need” adalah mereka terlampau sensitif dengan persekitaran. Sentiasa perlukan perhatian, sentuhan dan kasih sayang dari mak atau ayah. Terlampau peka dengan perubahan. Contohnya anak yang melekat 24 jam dengan mak, bila ayahnya peluk waktu dia tidur pun dia boleh tahu.
Ads
3. Bila anak masuk fasa “toddler”, mereka peka dengan perubahan muka orang, emosi orang lain dan tanggapan orang terhadapnya. Disebabkan mereka terlampau sensitif dan empati dengan perasaan orang lain. Mereka mudah bertolak ansur dengan kawan dan orang lain.
4. Bila di tadika atau sekolah, jika salah pilih kawan memang boleh jadi target buli. Sebab anak jenis ini tak suka ada konflik, kalau boleh nak semua orang sayang dia.
5. Bagi anak jenis sensitif, tak apalah diri berkorban untuk orang yang dia sayang.
6. Baik dan bertolak ansur sangat sampai orang senang ambil kesempatan. Begitulah, saya cerita ini bukan berdasarkan kes Eva sahaja ya. Tetapi berdasarkan ratusan kes anak jenis sensitif yang saya pernah jumpa.
Sebagai “ex-sensitive child”, pengalaman saya membesar memang masa sekolah rendah selalu sangat menangis lagilah ada abang & kakak. Saya jenis sensitif hati tisu, kakak saya pula karakter “strong willed” memang kena buli ajelah.
Memang masa anak kecil, kita nampak anak jenis banyak menangis dan “gembeng” ini nampak lemah, nampak mudah dibuli-bulikan sahaja.
Ads
Tetapi percayalah, ia bukanlah menandakan anak kita lemah atau mudah putus asa. Tetapi ia menunjukkan anak pandai “buang” perasaan negatifnya.
Bila dah “buang”, baru rasa lega dan boleh teruskan hidup seperti tak ada apa yang berlaku. Tak kiralah anak perempuan atau lelaki. Sentiasa percaya yang setiap orang ada kelebihannya tersendiri.
Anggaplah sikap “gembeng” itu satu kelebihan yang Allah beri, berbanding kelemahan. Nasihat saya buat mak ayah lain yang ada anak jenis sensitif:
1. Percaya kebolehan anak. 2. Beri ruang dan masa untuk anak menangis, jangan marah anak menangis tak kiralah anak perempuan atau lelaki. 3. Sentiasa “highlight” kebolehan anak supaya keyakinan diri mereka meningkat. 4. Adil jika ada adik beradik lain, janganlah disebab anak jenis sensitif senang bertolak ansur kita sentiasa menangkan anak yang susah bertolak ansur. 5. Ajar anak cara selesaikan masalah dan konfik mengikut situasi. 6. Tolong jangan “victim blaming”, sentiasa tekankan yang orang lain yang salah sebab membuli dan bukannya anak salah menyebabkan diri dibuli. 7. “Backup” anak jika memang anak berada di pihak yang betul, jangan biarkan ada campur tangan ahli keluarga lain. 8. Sentiasa ambil tahu tentang perihal di sekolah dan kawan-kawan.
Saya rasa kalau cerita tentang ini memang boleh jadi satu buku sebab nak cerita tentang pengalaman sebagai anak jenis sensitif dalam masa yang sama ada anak jenis sensitif juga. Kerja dengan anak orang lain yang jenis sensitif juga.
Fuhh berapa banyak perkataan sensitif Ada mak ayah yang sekapal dengan saya?
Bila anak semakin membesar apalagi sudah pandai bercakap, anak akan mula rasa geli pada sesuatu benda yang dipegangnya. Lebih-lebih benda yang jarang dipegang dan mengotorkannya. Sedangkan hakikatnya banyak benda mengajar anak untuk jadi peka dengan alam sekeliling.
Salah satunya adalah bermain pasir. Main pasir bukan hanya membiasakan anak dengan alam sekeliling bahkan aktiviti ini merangsang sensori anak ketika disentuh dengan tangan.
Jadi sejak bayi lagi, mak ayah perlu membiasakan anak dengan pasir dan benda-benda yang bertekstur supaya anak dapat merasa sentuhan dan merangsang sensorinya.
Arini teacher share gambar main pasir kat playschool.
Anak mummy memang gemar main pasir, siap pakej masuk mulut rasa lagi kalau pegi pantai. Memang favourite dia la main pasir.
Antara kebaikan sand play ni: – Boleh stimulate sensory motor, fine motor skill anak. Sebolehnya kena stimulate dari baby untuk sensory takdela nanti bila anak dah besar masih takut pijak pasir atau pegang pasir. Pastu marah anak kenapa geli, no no no)
– Social skill anak, dia berkawan dengan kawan. Berinteraksi dengan persekitaran.
– Eye hand coordination
– Pembentukan bahasa, melalui interaksi
– Kreativiti dan imaginasi anak dapat dirangsang
Main pasir biasa pun boleh sayang-sayang, tak perlu pasir kinetik ke apa tau. No problem. Janji tujuannya dan manfaatnya sama ☺
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ruang bilik yang kecil memerlukan susun atur yang baik supaya keadaan bilik tidak menjadi semakin sempit selepas perabot dimasukkan. Ianya memerlukan perancangan dalam susun atur dan juga jenis perabot yang akan digunakan.
Namun bilik yang sempit tak semestinya tak boleh kemas, nampak luas dan cantik kan? Puan Balqis berkongsi ilham dekorasi serta susun atur dan jenis perabot yang digunakan untuk bilik dua anak lelakinya yang masih kecil. Yang paling penting nampak kemas dan luas.
Ikuti perkongsian ibu ini bagaimana dia menyusun atur bilik kecil dari rumah teres lama. Mungkin boleh dijadikan inspirasi buat anda.
“Ini sharing bedroom untuk 2 anak lelaki saya yang umur 4 dan 6 tahun.. bilik ni kecil je.. rumah teres jenis lama.. jadi tak besar mana pun..”
“Untuk katil, saya guna yang jenis underbed.. bila nak tidur malam baru tarik keluar.. time siang tolak masuk bawah katil, jadi akan ada banyak ruang untuk anak anak saya bermain..”
“Yang lain lain tu macam biasa je.. guna rak dengan floating shelf untuk letak barang dan mainan anak anak saya..”
“Jadi ni cara saya buat untuk jimatkan ruang dalam bilik yang kecil ni..”
Puan Balqis turut menggunakan warna dinding yang cerah dan lembut bagi menampakkan ruang bilik lebih luas dan segar.
Ramai parents yang masih tercari-cari cara nak pisahkan tempat tidur dengan anak. Jom cuba tip di bawah
1. Kerjasama mak dan ayah
Macam biasa, mak dan ayah kena ada persetujuan bersama sebab usaha ni apa yang penting? Yesss kerjasama! Janganlah ayah nak try, mak pula tak sampai hati. Halahaii..
2. Mulakan dengan tidur di bawah
Untuk bilik yang ada katil, mula-mula kita biasakan anak tidur di bawah. Bukan sama-sama dengan kita di atas katil. Bentang la toto ke, tilam ke dan mula latih mereka tidur. Yes, memang masih dalam bilik yang sama.
3. Hias bilik anak
Kanak-kanak ni biasanya excited bila ada bilik sendiri. Mungkin kita tak mampu nak deco bilik secantik bilik pameran IKEA. Memadailah kalau kita belikan katil kecil dengan tilam yang dibalut cadar superhero kegemaran mereka. Boleh tampal gambar dan hiasan bersesuaian di dinding.
Masukkan gambar comel mereka dalam frame. Susun baju dalam almari mereka sendiri, rak buku dan meja kecil. Di situlah mereka mula belajar untuk tidak masuk lagi bilik ibu bapa. Beraktiviti di bilik sendiri sampailah waktu tidur.
4. Bed time story
Teman mereka sebelum tidur dengan membaca buku kegemaran. Boleh juga ceritakan kisah nabi, kisah-kisah dalam Al-quran dan kisah pengajaran. Jadikan rutin setiap malam tanpa gagal. Jangan paksa mereka masuk bilik dan tidur sendiri!
5. Teman mereka tidur kemudian…
Tutuplah lampu dan tidur bersama di bilik mereka. Tapi awas, tidur tidur ayam je. Bila anak dah mula lena, tinggalkan mereka dan kembali ke bilik anda. Keesokan harinya, kejut anak. Bila mereka sedar yang mereka tidur di bilik sendiri, lama kelamaan keyakinan diri mereka untuk tidur sendiri mula meningkat.
Ada juga kes, anak terjaga di tengah malam dan mula mengetuk pintu bilik kita. Jangan benarkan mereka tidur bersama. Again, kembali temani mereka di bilik mereka. Dan kembali semula ke bilik anda selepas mereka lena. Fuhhh..nampak macam complicated semacam kan. Itulah pengorbanan.
6. Didik anak
Ini bab education. Untuk anak yang dah besar dan mula faham, terangkan mengapa kita sudah tidak boleh tidur bersama. Kaitkan dengan agama dan suruhan Allah. Bagi mereka peluang untuk belajar, berfikir dan menerima.
Sebenarnya, usaha ni jadi lebih mudah jika anak-anak dah ada kakak atau abang yang lebih besar. Share room dari kecil, mereka lebih mudah berpisah tempat tidur dengan kita. Jangan lupa juga pisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan yaa..
Rezeki setiap orang tak sama. Ada ketikanya tanpa sedar, kita cemburu dengan ‘nasib baik’ orang lain. Sedangkan kita terlupa yang setiap manusia ada ujian hidup dan rezeki. Cuma situasinya sahaja berbeza. Itu lumrah kehidupan yang nyata.
Mungkin ada yang dikurniakan rezeki berkahwin, duit banyak tetapi menunggu bertahun-tahun untuk dapat zuriat. Ada juga yang hidupnya dan pasangan sederhana tetapi Allah bagi mudah untuk dapat anak.
Sebab itulah dalam hal ini, Allah menguji orang-orang yang layak di uji. Ada orang menanti selama 10 tahun untuk mendapat rezeki anak. Dia redha.
Ada orang sampai ke tua, tidak dikurniakan rezeki anak sendiri. Dia bertabah. Rezeki setiap orang berbeza. Ujian setiap orang berbeza.
Sesungguhnya Allah berikan rezeki dan ujian ikut kemampuan individu tersebut. Rezeki buat yang layak, dan ujian buat yang tabah.
Tapi sayangnya ramai yang mengeluh dan ramai yang tidak bersabar. Anak baru nakal sedikit, dah mengeluh susahnya nak jaga anak. Anak baru umur setahun dua, dah merungut macam mana nak handle anak bagi dengar kata.
Dapat tatap muka anak setiap hari pun boleh rasa rimas dan terbeban. Allahu..Sepatutnya kita bersyukur! Sedangkan ada yang bersedih kerana Allah izin dukung anak 3 hari sahaja.
“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.”
[ Al-Anfaal 8:28 ]
Tak ada yang kekal buat selamanya, melainkan Allah swt. Sangka baik dengan ujian Allah. Sabar hadapi kesukaran ujian anak ini. Syukur tanpa mengeluh atas rezeki kurniaanNya.
Allah maha mengetahui apa yang baik dan buruk buat kita.
Sabar sikit kalau anak nakal dan lasak ye, sesungguhnya kita antara orang-orang yang bertuah mendapat kurniaan Allah swt.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.