Anak yang takut dan segan kepada orang lain menimbulkan masalah kepada mama dan papa. Persoalannya adalah normal bagi kanak-kanak normal berusia lima hingga enam tahun untuk takut kepada orang-orang di sekelilingnya?

Menurut Puan Nik Evina, Pensyarah Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UNITAR International University perasaan takut terhadap orang yang tidak dikenali adalah normal di kalangan kanak-kanak berusia lima hingga enam. Maka, ibu bapa perlulah mengambil menghadapi situasi ini dengan sabar dan mengendalikan emosi anak dengan baik. Elakkan daripada memarahi anak, sebaliknya ambil langkah untuk berbincang dan memberikannya masa untuk menyesuaikan diri.

Anak Jenis Takut Orang, Patutkah Dibiarkan? Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kata  Ibu Bapa Kurang Bersosial Boleh Jadi Punca
Puan Nik Evina

IBU AYAH PERLU JELASKAN DAN BIMBING

Perasaan takut kepada orang ini selalunya timbul disebabkan kurang maklumat berkenaan individu yang mereka temui atau kenali. Sebagai contoh, situasi kanak-kanak yang pertama kali bersua muka dengan saudara-mara. Mereka akan menunujukkan perasaan dan reaksi kurang selesa, tidak berkomunikasi dan juga bertindak menjauhkan diri daripada saudara mara.

Ia boleh ditangani dengan cara ibu bapa memainkan peranan iaitu menjelaskan dengan lebih terperinci maklumat yang perlu diketahui oleh kanak-kanak seperti menjelaskan hubungan saudara mara.

Melalui kaedah ini, kanak-kanak akan melahirkan rasa percaya kepada orang yang baru dikenali dan sekali gus berjaya menjalinkan hubungan yang akrab. Proses ini akan mengatasi masalah kanak-kanak takut kepada orang-orang di sekelilingnya dengan adanya bimbingan dari ibu bapa.

Ads

Anak Jenis Takut Orang, Patutkah Dibiarkan? Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kata  Ibu Bapa Kurang Bersosial Boleh Jadi Punca

KETAHUI PUNCA DAN AJARNYA CARA UNTUK HADAPINYA

Setiap kanak-kanak akan mengalami pengalaman yang menakutkan semasa mereka membesar dengan cara tersendiri. Pengalaman juga memainkan peranan untuk menghadapi situasi ini. Contohnya, pengalaman takut timbul apabila berjumpa dengan doktor di hospital kerana persekitaran tersusun dan bau ubat yang kuat. Selain itu, rasa takut juga boleh timbul apabila kanak-kanak melihat orang yang rapat dengan mereka kelihatan takut walaupun tidak mengalaminya secara langsung.

Anak Jenis Takut Orang, Patutkah Dibiarkan? Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kata  Ibu Bapa Kurang Bersosial Boleh Jadi Punca

Ads

MEREKA AKAN CUBA MENGELAK

Disebabkan oleh pelbagai ketakutan yang dialami, mereka akan mengelak situasi tersebut sebanyak mungkin. Ini kerana mereka tidak dapat menanganinya sendiri dan menganggap  dengan mengelak dari situasi tersebut dapat menyelesaikan masalah ketakutan itu. Jadi ibu bapa perlu mengambil peranan untuk membantu anak melaluinya dengan memberikan semangat, bimbingan dan pelukan.

IBU BAPA JARANG BERCAKAP DENGAN ANAK JADIKAN MEREKA TAKUT KEPADA ORANG

Personaliti ibu bapa atau genetik juga boleh menjadi faktor terjadinya karakter ini. Contohnya, personaliti ibu bapa yang kurang berkomunikasi atau kurang bersosial dengan orang ramai, ini akan diwarisi oleh kanak-kanak secara tidak langsung. Oleh itu, kanak-kanak yang mempunyai perasaan takut terhadap orang-orang disekelilingnya boleh dikaitkan dengan faktor genetik.

Ads

Anak Jenis Takut Orang, Patutkah Dibiarkan? Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kata  Ibu Bapa Kurang Bersosial Boleh Jadi Punca

5 CARA BANTU ANAK ATASI KETAKUTAN

Bantu si manja menghadapi perasaan takutnya itu. Jangan biarkan ia berlarutan. Berikannya keyakinan dan dorongan.

  1. Komunikasi adalah kaedah berkesan untuk membantu kanak-kanak mengatasi ketakutan mereka. Luangkan masa dengan kanak-kanak dan berbincang tentang ketakutan yang mereka alami.
  2. Menghormati perasaan si kecil dengan mendengar apa yang mereka katakan mengenai ketakutan yang dihadapi. Dengan cara ini, ibu bapa dapat memahami dengan lebih mendalam dan mudah untuk membantu menangani masalah ini.
  3. Ibu bapa juga harus mengelakkan dari menggunakan kekerasan bagi mengatasi perasaan takut.
  4. Kaedah lain yang boleh digunakan adalah dengan bermain bersama kanak-kanak. Melalui bermain, kanak-kanak lebih terbuka untuk meluahkan perasaan mereka. Contohnya, bermain dengan anak patung atau boneka dapat memberi kanak-kanak pemahaman melalui main peranan (role play) dan menangani masalah takut berjumpa dengan orang-orang disekeliling.

Anak Jenis Takut Orang, Patutkah Dibiarkan? Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kata  Ibu Bapa Kurang Bersosial Boleh Jadi Punca

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI