Keibubapaan

Anak Kalau Mengamuk Jangan Terus Pujuk, Ikut Langkah Mudah Ni Redakan Anak!

Share

Boleh naik buntu dibuatnya bila mana anak mula mengamuk. Puas dipujuk makin menjadi-jadi amukannya. Anak yang sedang mengamuk jangan dipujuk, biarkan anak reda dulu.

Parenting Influencer, En Mohd Fhais Salim kongsikan tip paling mudah untuk meredakan mood anak yang tengah bergelora. Bukan anak saja, bahkan mood kita yang tengah pening dengan karenah anak tadi pun boleh cool.


Aduh, serabut kepala kalau anak mengamuk. Lebih lebih lagi kalau dia mengamuk di tempat umum atau tengah ramai orang.

Silap jika kita terus pujuk setiap kali dia mengamuk, makin lama rajukan dia tu boleh makin parah.

Sebaliknya bila anak mengamuk jangan pujuk terus tapi kira dulu ke belakang 10 sampai 1.
10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1. Kira kuat-kuat pun tak apa, dah habis kira tu baru kita slow talk dengan anak.

Hujahnya :
Kira ke belakang ni dapat menurunkan kadar stress dalam badan dan beri rasa tenang. Bukan pada anak sahaja, tapi pada kita juga yang sedang berhadapan dengan ragam anak.

Selain dari itu, cara ini juga memberi satu mesej pada anak bahawa
– Ini cara yang betul untuk urus emosi.

Kadang masa mula-mula praktik teknik ni memang sukar anak nak terima, maklum la emosi dia masih liar lagi.

Tapi jika kita konsisten dan istiqomah praktik setiap kali anak mengamuk lama kelamaan anak akan dapat ibrahnya.

Jangan terkejut, anak sendiri pandai kira 10 sampai 1 untuk tenangkan diri dia sendiri.

Emosi membentuk tingkahlaku. Baik emosi dia, dengan sendiri tingkahlaku dia pun akan baik-baik saja.

Wallahu A’lam,

~ Mohd Fhais Salim

Menarik: Dukung Anak 9kg Setiap Hari Sampai Lupa Makan, Zahirah Macwilson Tak Sempat Fikir Diri Sendiri!

Nak dapatkan produk anak sambil cuci-cuci mata, jom ke Mom’s House.

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?

Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
SRM