Pemergian adik Adam Rayqal yang berusia 5 bulan dalam keadaan yang tragis beberapa hari lalu telah meruntun hati rakyat Malaysia termasuk pengacara Faizal Ismail.
Faizal Ismail yang tersentuh dengan kejadian itu turut berkongsi pengalaman menghantar anaknya ke pengasuh.Menerusi perkongsiannya di laman Instagram (IG), Faizal memberitahu sebelum isterinya berhenti bekerja dia pernah menghantar anak pertamanya ke rumah pengasuh.
Bagaimanapun dia menyedari anaknya tidak gembira serta sering kelaparan setiap kali pulang dari rumah pengasuh itu.Tanpa berfikir panjang, dia meminta isterinya berhenti kerja dan menjaga anaknya di rumah walaupun gajinya ketika itu hanya RM1000 hingga RM1500.Sementara itu, Faizal juga turut berkongsi pengalaman bagaimana mereka kehilangan bayinya yang baru berusia 10 hari.Faizal memberitahu dia dan isteri amat pedih menerima kenyataan anak mereka meninggal dunia kerana masalah komplikasi jantung ketika itu, namun apa yang dirasai oleh ibu Adam Rayqal jauh lebih pedih kerana anak mereka menemui ajal ketika dalam jagaan orang lain.
Namun, Faizal bersyukur Allah gandakan nikmat yang tak sangka apabila selepas kehilangan anaknya itu dia dikurniakan tiga lagi cahaya mata.Faizal dan isteri kini membesarkan empat orang anak mereka yang lain iaitu Nur Khairina Iman, 16, Muhammad Khalish Iman, 7, dan Khayla Nur Iman, 5 dan Qalisya, 1.
Sumber: Astro Gempak