Ibu ayah cuba perhatikan berapa lama anak-anak kita boleh beri perhatian dalam satu-satu masa. Jika tak sampai 30 minit kemungkinan anak dalam kategori visual learner. Biasanya anak dalam kategori ini dia lebih suka pada paparan bergambar dan video untuknya belajar.
Apabila ibu ayah dah tahu anak dalam kategori ini, sekurang-kurangnya anda dah faham serta tak lah memaksa sehingga lain pula jadinya. Anak kategori ini mereka akan tetap akan berjaya juga. Jangan risau!
Menurut Coach Parenting, Mohd Fhais Salim, visual learner adalah yang paling ramai. Kira-kira 60 peratus orang di dunia adalah visual. Paling senang nak belajar, budak visual la.
Mereka cepat belajar jika kaedah mengajar tu,
✅ kena ada visual
✅ kena bagi dia nampak
✅ kena menarik visualnya
✅ kena grab attention
✅ kena ada gambar atau video
Ads
Baru la potensi sebenar dia terserlah. Sungguh!
Cuma kelemahan mereka ialah,
❌ tak boleh fokus lama
❌ cepat bosan & menguap
❌ mudah terganggu visuali
❌ susah “dengar” arahan verbal
❌ kuat termenung
15 – 20 minit tu memang dah limit dah. Lebih dari tu memang minda dia sampai ke langit 7 dia punya berangan.
Kuasa visual hebat dah, cuma dia kena belajar lebih sikit untuk self-manage kuasa visualnya.
Ads
Macam superman, kalau tak pandai kawal kuasa semua benda dia sentuh boleh rosak.
Anak visual anak yang hebat. Kuat memori, super kreatif & kuasa imaginasi tanpa batasan.
Kredit: Mohd Fhais Salim
– hanya orang visual je faham ada otak visual.
Pilih mainan mesti betul-betul supaya berikan impak maksima kepada perkembangan si kecil. Mainan terlalu banyak dan canggih sebenarnya akan mengganggu fokus & kreativiti kanak-kanak.
Siapa sangka jumlah mainan yang kurang lebih baik untuk si kecil berbanding mainan yang canggih dan banyak. Patologis Pertuturan ini berikan sebabnya.
Kanak-kanak sukakan permainan. Tidak hairan kalau ada yang buat aksi berguling dan mengamuk bila tidak dibelikan mainan. Tapi mama papa perlu tahu fungsi mainan ialah untuk menggalakkan perkembangan pertuturan, bahasa dan anak ke tahap optimu
Menurut Aishah Kassim, Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim Academy, untuk memastikan permainan membantu perkembangan anak jadi bijak dan pintar, ibu bapa boleh mengikuti 5 tip ini.
#1 MAINAN TANPA BATERI
Mainan yang berbateri memang best. Sebab kita tak payah berusaha sangat untuk mainan itu bergerak dan hasilkan bunyi.
Tapi mainan yang mmpunyai bateri akan menghadkan pembelajaran kanak-kanak kerana merekan hanya perlu melihat sahaja, tak perlu buat bunyi atau gerakkan.
Tanpa bateri, kanak-kanak boleh belajar untuk menggerakkan mainan tersebut seperti menolak, menekan, menarik, dan ini melatih kemahiran motor mereka..
Selain itu, mereka juga boleh buat bunyi seperti brooomm, meow, pop, mooo dan lain-lain bunyi. Ini boleh mnggalakkan mereka melatih kemahiran asas untuk bercakap iaitu membuat bunyi dulu, nanti baru sebut perkataan.
Jika sudah ada mainan yang menggunakan bateri tak menjadi masalah. Cabut je bateri dan mainkan iasecara manual.
#2 PILIH MAINAN YANG BIASA-BIASA JE
Mainan biasa-biasa ni maksudnya kita tak perlukan mainan yang berteknologi tinggi, mainan yang terkini atau yang mahal. Tapi mainan yg klasik yang kita biasa main boleh banyak membantu kanak-kanak.
Contohnya seperti mainan masak-masak, kereta, set haiwan, blocks, lego, malah barang rumah seperti kusyen, sudu, cawan pun boleh digunakan.
Ini kerana mainan seperti ini adalah jenis ‘open ended’ iaitu maksudnya tiada kesudahan. Ianya boleh dimainkan dengan pelbagai cara, bila-bila masa dan selama mana pun yang kita nak.
Contoh: Main kereta Kereta tidak semestinya kita tolak je kan. Kita boleh buat naik bukit, turun bukit, letak orang atas kereta, boleh jalan laju/perlahan, boleh berhenti dan lain-lain.
Selain belajar banyak perkataan, kanak-kanak boleh menjadi kreatif dengan berfikir untuk bermain dengan cara yang pelbagai. Kalau anak tak tau, anda tunjukkan lah macam mana.
#3 GALAKKAN ANAK BERGERAK SEMASA BERMAIN
Galakkan anak untuk bergerak semasa bermain kerana ia boleh membantu minda mereka lebih aktif dan berfikir. Tapi pastikan pergerakan anak dengan ada hala tuju lah ya..
Tidak perlu keluar rumah, dalam rumah pun boleh. Anda boleh main panjat kusyen, lalu bawah meja yang dijadikan terowong, duduk bawah selimut, lompat atas mat(tikar mainan), dan macam-macam lagi.
Tidak perlu spesifik mainan pun untuk buat semua ini. Banyak yang boleh anda ajar seperti:
– Pergerakan dan koordinasi badan
– Boleh belajar berfikir dan selesaikan masalah
– Belajar bahasa seperti nama aksi, kedudukan atas, bawah dan lain-lain.
Jadi, anda boleh bergerak bersama sama anak.
#4 KUANTITI SEDIKIT LEBIH BAGUS
Memang kanak-kanak akan sangat gembira bila tengok banyak mainan. Tapi sedikit mainan itu lebih baik.
Maksudnya bukan tidak boleh sediakan banyak mainan kepada anak. Tapi keluarkan dan gunakan sedikit sahaja mainan pd satu-satu masa..
Jika mainan terlalu banyak, ia sebenarnya akan mengganggu fokus kanak-kanak terutamanya pada kanak-kanak yang mmpunyai masalah untuk fokus.
Mereka akan main mainan ini sekejap, lepas tu tukar mainan lain dan belum smpt habis dah tukar mainan lagi. Jika ini terjadi, macam mana kanak-kanak nak belajar untuk fokus dan kekalkan fokus mereka untuk satu jangka masa kan..
Jadi keluarkan mainan secara berperingkat adalah lebih baik. Bila habis main, simpan dan keluarkan set yang baru.
#5 BERMAIN DENGAN IBU BAPA ITU YANG TERBAIK
Dan yang paling penting sekali adalah bukan mainan itu sendiri, tapi dengan siapa kanak-kanak itu bermain.
Seperti yang diterangkan di atas, anda boleh menggunakan macam macam sebagai mainan. Pinggan, cawan, kertas, kotak, sudu, bantal, kerusi dan lain-lain pun boleh dijadikan mainan.
BAIK IBU BAPA PERLU KREATIF
Ibu ayah hanya perlu kreatif dan jadi seperti kanak-kanak atau dalam erti kata lain tidak perlu ‘skema’ sangat bila bermain. Bermain dan berinteraksi dengan anak adalah asas pembelajaran komunikasi yang paling berkesan…
Bila orang mula membanding-bandingkan bila anak kita nak bercakap, ibu bapa dah mula rasa cuak. Lagi-lagi bila tengok anak orang lain yang sebaya anak sendiri dah cakap banyak.
Sampai satu tahap ibu bapa dah mula rasa stres dan mula memberi tekanan pada anak. Sebenarnya mengikut Patologis Pertuturan, Aishah Kassim ibu bapa boleh mengenal pasti anak lambat bercakap melalui komunikasi dua hala dan pemerhatian.
Pada usia berapakah anak anda menyebut perkataan pertama? Perkataan pertama tu maksudnya apa?
Perkataan pertama tu maksudnya perkataan yang disebutkan oleh kanak-kanak yang mempunyai makna…
Contohnya seperti
cucu – merujuk kepada susu ola – merujuk kepada bola bu – merujuk kepada ibu
Perkataan-perkataan itu dikira sebagai vocab yang kanak-kanak ada walaupun sebutan mereka masih lagi pelat.
Perkataan pertama biasanya muncul pada usia 1 tahun, bermula dengan 1 perkataan dan bilangannya akan bertambah setiap hari.
Tapi ingat, perkataan pertama ni ada had umurnya. Kanak-kanak perlu mengeluarkan perkataan pertama paling lewat 1tahun 6 bulan. Sekiranya selepas 1 tahun 6 bulan masih tiada perkataan pertama, kanak-kanak sudah mengalami kelewatan bahasa yang ringan
Jika berterusan, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk dan banyak kemahiran bahasa yang akan turut sama lewat. Jadi anak anda dah ada perkataan pertama ke belum?
Sepatutnya pada usia 15 bulan anak kita dah boleh kenal lebih kurang 5-6 bahagian tubuh. Kemahiran kenal bahagian tubuh ini penting sebagai indikator yang anak kita tu, berkembang secara normal dan seiring usianya.
Menurut Terapis Cara Kerja, Aisyah Rozalli, ada sebab anak perlu tahu bahagian tubuhnya seawal usianya 1 tahun 3 bulan.
Ini saya senaraikan 7 kepentingan kenapa anak seawal 15 bulan, dah kena kenal bahagian tubuhnya:
1. Sosial komunikasi.
Ini menandakan perkembangan sosial & komunikasi anak kita baik. Dia boleh tengok kita, faham kita dan join in dengan kita setiap kali kita cuba main / engage dengan dia.
2. Reseptif bahasa.
Bila anak kita boleh tunjuk bahagian tubuh badannya yang kita sebut, itu tandanya anak kita sudah mula ada reseptif bahasa yang baik. Anak kita boleh faham apa yang kita sebut. Reseptif bahasa yang baik, penting untuk ekspresif (sebut) bahasa nanti.
3. Kesedaran tubuh.
Ini memang benda paling asas. Anak perlu sedar kedudukan bahagian tubuhnya. Kalau tak sedar, dan seakan tak aware, anak akan susah nak belajar pelbagai kemahiran lain. Anak susah nak belajar toilet training, anak susah nak belajar makan sendiri, anak susah nak belajar menulis juga nanti tau.
4. Sensori sentuhan.
Sebenarnya bukan hanya sensori sentuhan anak bagus kalau anak boleh tunjuk bahagina badannya. Sensori penglihatan, pendengaran anak juga bagus.
5. Fokus & perhatian.
Anak yang kenal anggota badannya pada usia 15 bulan itu, tandanya anak kita ada fokus dan perhatian yang mencukupi untuk dia belajar “exchange”. Dia boleh bertukar maklumat dengan kita. Maka, senanglah kita nak ajar anak kita tu berinteraksi.
6. Kemahiran konsep asas.
Anak yang boleh kenal bahagian tubuhnya, akan lebih mudah nak di ajar konsep asas. Konsep asas ni termasuk nak ajar bentuk, nama objek lain, nama pergerakan, kedudukan. Macam “besar, kecil”, “atas, bawah”. Semua tu penting untuk bank perkataan anak.
7. Memori visual & auditori.
Ini merujuk kepada kemampuan anak untuk ingat apa yang dilihat dan didengar. Kemahiran ini penting untuk anak belajar melabel benda, dan seterusnya bercakap dengan lebih baik.
Penting kan kemahiran yang nampak simple ni? Semoga bermanfaat perkongsian ini. SHARE kan maklumat ni pada rakan-rakan ya.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!