Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel, 33, mengakui dia dan isterinya, Wawa Zainal bekerja keras membina perniagaan untuk diwarisi empat cahaya mata mereka apabila dewasa kelak.
Bina empayar perniagaan untuk anak-anak
Aeril berkata, apa yang diusahakan itu adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan masa depan anak mereka terjamin.
“Kami selalu memberitahu anak kedua, Hayla, dia bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) suatu hari nanti. Memang apa yang kami usahakan sekarang ini demi untuk masa depan mereka.
“Kami sedang berusaha mencari dan memasang strategi untuk kekalkan perniagaan dalam jangka masa panjang. Seperkara yang saya belajar, untuk naik senang, tetapi untuk kekalkan itu yang susah,” katanya.
Tak sekat minat anak
Aeril bagaimanapun tidak akan menyekat anaknya untuk meneroka minat dalam bidang lain.
Ads
Nampak bakat Hayla dalam lakonan
Namun, secara peribadi, pelakon filem Jibril dan Sabda Kekasih itu melihat, Hayla banyak mewarisi bakat lakonannya serta isteri.
“Kami galakkan Hayla masuk industri hiburan kerana dia ada bakat. Bukan senang untuk kanak-kanak pada usia sepertinya mengingati skrip, melakonkan watak sedih dan tidak malu bila berada di hadapan kamera.
“Saya sudah 16 tahun dalam industri. Sebagai anak seni, saya dapat membezakan pelakon yang dikurniakan anugerah istimewa atau dipaksa-paksa beraksi di depan kamera.
Ads
“Saya dan Wawa tengok Hayla paling berbakat, selain anak ketiga kami, Soffya. Mereka kelihatan ‘natural’ di depan kamera. Tetapi, kami tanya juga minat dan apa yang ingin mereka buat.
“Tidak kisah apa minat mereka kerana paling penting, kami tekankan didikan asas, termasuk aspek agama. Itu yang paling utama,” katanya.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 30 November tahun lalu.
Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.
Mungkin sebelum ini kita kurang pendedahan tentang kebaikan Saffron untuk kesihatan otak dan bagaimana cara untuk digunakan dalam minuman. Dr Mazliana Mazlan berkongsi kebaikannya dan bagaimana cara untuk anda amalkan seisi keluarga. Ikuti perkongsian ini.
Jom lah kita ganti air saffron untuk otak setiap pagi sebelum anak pergi sekolah. Kalau sebelum ni kita bagi air coklat tinggi gula sebelum anak mula belajar, sekarang kita start bagi air saffron pulak.
Tak perlu dah vitamin IQ tinggi gula, saffron je kita guna sekarang ok.
Saffron bagus untuk otak anak:
Bantu untuk kuatkan memori anak
Mudahkan proses faham ilmu baru
Bantu anak lebih fokus masa belajar Banyak dah kajian tentang saffron, cuma kita je jarang ambil tahu tentang herba paling mahal di dunia ni.
Antara cara yang saya buat untuk anak minum air saffron;
1. Terus minum air rendaman saffron
2. Campur madu dalam air saffron
3. Letak 1 helai safrron dalam susu
4. Masuk 1 helai saffron dalam botol air anak ke sekolah
Boleh je try yang mana korang suka.
Bila kita mula buat perubahan, anak mungkin susah nak terima pada awalnya. Sama anak saya pun, air kuning dia kata, dalam botol air ada ikan kawan dia kata. Tapi kalau setiap hari kita tak putus asa cuba, minum jugak akhirnya anak insyaAllah.
Kita cuba sama-sama ya, biasakan minuman yang asli pada anak, berbanding minuman tinggi gula dan perasa.
Selepas pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri semalam untuk membuka hampir keseluruh sektor ekonomi bermula 4 Mei ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mengeluarkan SOP kepada pengusaha Taska untuk mereka beroperasi semula.
Dengan pembukaan semula taska-taska, ibu bapa yang bekerja mampu menarik nafas lega untuk kembali bekerja setelah Perdana Menteri mengumumkan sektor awam dan swasta akan mula beroperasi pada Isnin nanti.
Dalam SOP Taska yang dikeluarkan oleh MKN, terdapat tiga peringkat tindakan sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19 yang perlu dibuat oleh pengusaha taska iaitu sebelum memulakan operasi, semasa operasi dan juga selepas beroperasi.
Sebelum memulakan operasi:
Pengusaha, guru dan kakitangan Taska perlu disahkan bebas Covid-19
Premis Taska mesti dibersihkan dan dinyah kuman.
Guru dan kakitangan Taska perlu diberikan latihan langkah-langkah kebersihan dan keselamatan, serta pelaksanaan aktiviti
Mengisi Borang Akuan Pengisytiharan Kesihatan oleh kanak-kanak, ibu bapa/ penjaga dan kakitangan sebelum Taska beroperasi. Langkah Pencegahan Penularan Covid-19 (semasa operasi)
Semasa operasi:
Kakitangan atau kanak-kanak yang menunjukkan gejala dilarang daripada berada di Taska dan perlu diasingkan untuk dirujuk bagi nasihat perubatan.
Kakitangan/ kanak-kanak yang pernah menjadi kontak rapat dengan orang disahkan positif Covid-19 atau baru pulang dari luar negara tidak dibenarkan hadir ke Taska dalam tempoh 14 hari.
Melaksanakan saringan sebelum masuk/ semasa berada/ sebelum balik setiap hari bagi mengesan gejala berkaitan Covid-19 seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas. Kakitangan atau kanak-kanak yang mempunyai suhu badan 37.5° Celsius ke atas dilarang berada di Taska.
Menjalankan proses sanitasi dan pembasmian kuman di Taska setiap hari sekurang-kurangnya dua (2) kali sehari.
Pengusaha hendaklah menyediakan hand sanitizer
Meletakkan label penjarakan sosial seperti tanda jarak 1 meter di lantai khususnya di ruang makan, ruang tidur dan ruang membasuh tangan.
Penggunaan face mask dalam kalangan kakitangan sepanjang masa berada di Taska.
Melatih kanak-kanak Taska kepentingan menjaga kebersihan dengan kerap membasuh tangan dan menjaga jarak sosial.
Selepas operasi:
Menjalankan proses sanitasi dan pembasmian kuman di Taska.
Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga untuk memandikan kanakkanak terlebih dahulu, dan mengelakkan kontak terus dengan warga emas di rumah setelah balik dari Taska.
Dalam pada itu, langkah yang perlu dilakukan sekirannya terdapat warga dalam Taska disahkan positif Covid-19 juga turut dinyatakan iaitu pengusaha Taska perlu:
Menutup Taska serta-merta.
Berhubung dengan Pejabat Kesihatan berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Melakukan disinfeksi mengikut panduan yang ditetapkan oleh KKM.
Turut dinyatakan dalam SOP berkenaan adalah waktu beroperasi yang dibenarkan dan juga kapasiti pekerja untuk setiap taska.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menyediakan diri untuk menduduki peperiksaan yang besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memerlukan para pelajar untuk mengikuti kelas tambahan dan sebagainya. Namun kali ini berbeza kerana pandemik yang berlaku telah menyukarkan anak-anak untuk keluar rumah atas faktor keselamatan.
Oleh itu, Astro Tutor TV telah mengambil inisiatif untuk anak-anak dapat belakar di rumah dalam keadaan yang lebih santai dan mudah. terdapat dua program yang bakal ditayangkan pada November ini yang mengetengahkan konsep belajar secara menyeronokkan dan tidak stres.
Dengan inisiatif ini tak perlulah ibu bapa merasa risau anak-anak tidak bersedia untuk menduduki SPM. Selain hiburan anak-anak juga dapat belajar daripada guru-guru berpengalaman yang berkongsi tip pembelajaran yang mudah serta memupuk disiplin mereka untuk belajar.
GENG RAJIN BELAJAR
Bermula pada 2-6 November akan datang, Astro Tutor TV akan menayangkan sebuah program yang dinamakan Geng Rajin Belajar. Dalam program ini,anak-anak dapat belajar bersama selebriti remaja seperti Wafiy, Mia Sara dan Erissa. Selepas letih belajar, anak-anak akan dihiburkan dengan nyanyian atau perkongsian nasihat peribadi.
Di dalam program ini, mereka bertiga akan menjadi teman belajar anak-anak serta memberi motivasi untuk mengulangkaji dengan lebih fokus. Program ini akan disiarkan setiap hari bermula dari tarikh yang dimaklumkan di saluran Astro Tutor TV 603 pada jam 3.00 petang.
PELAN A+ SPM
Jika program Geng Rajin Belajar mengetengahkan konsep mengulangkaji bersama selebriti kegemaran anak-anak, lain pula dengan program Pelan A+ SPM. Untuk program ini, anak-anak berpeluang untuk belajar bersama guru-guru terbaik dalam setiap subjek. Mereka akan berkongsi tip, teknik serta soalan ramalan untuk membantu anak-anak skor dalam peperiksaan SPM.
Guru-guru terpilih merupakan tenaga pengajar yang berkaliber dan berpengalaman untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Menarik kan? Program ini akan mula ditayangkan pada 13-28 November 2020 di saluran Astro Tutor Tv 603 pada jam 10.00 pagi setiap Jumaat dan Sabtu.
APA KELAINAN PROGRAM-PROGRAM INI?
*Dapat akses ke tip peperiksaan untuk subjek-subjek ini dari guru-guru hebat dengan hanya menonton rancangan ini di Astor Tutor TV.
*Selain di TV, anak-anak juga boleh menonton melalui komputer riba atau telefon pintar di AstroGo.
*Ia PERCUMA!
*Bukan sahaja berkongsi tip untuk menguruskan masa dan belajar, tetapi program-program ini akan ‘bersama’ anak-anak untuk mengulangkaji dan membuat semakan.
Jangan ketinggalan untuk mengikuti dua program ini dan beri galakan kepada anak-anak supaya mereka lebih bersemangat untuk belajar. Sesi belajar sekarang tidak perlu sesukar atau memberi beban seperti dahulu, tetapi tambahkan elemen yang menyeronokkan supaya anak-anak tidak merasa bosan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...