“Anak Kecil, Mengandung Lagi?” Jangan Cakap Macam Ni, Emosi Ibu Hamil Sensitif

Share

Emosi ibu mengandung lebih sensitif daripada kebiasaannya. Sebab itu setiap tutur kata perlu dijaga bagi mengelakkan perasaannya terguris. Malah ada sesetengah ibu hamil tiba-tiba boleh menangis atau kerap merajuk tanpa sebab ataupun disebabkan hal yang kecil saja.

Dalam situasi ini, ibu mengandung mungkin dianggap mengada-ngada tetapi suami atau orang sekeliling perlu faham perubahan hormon ketika hamil ini pencetus kepada keadaan tersebut.

Seperti perkongsian seorang ibu, Adawiyah Abdul Rahman, sebolehnya bila bercakap dengan ibu mengandung, ada baiknya berlapik sikit. Sekurang-kurangnya dua-dua pihak tidak terasa hati.

 JAGA EMOSI IBU MENGANDUNG

Bab merancang:

“ Laa…mengandung lagi ke? Tak pandai merancang ke???”
“ Mengandung lagi? Nak buat apa ramai-ramai…Hujan pun tahu berhenti tau…”
“Hmm…, memang tak merancang ke?? kesian yang kecik tu tak sempat nak manja…”

Kalau boleh elakkan la bercakap begini, sebab yang menanggung emosinya adalah si ibu…jangan tak tahu sebab mulut orang kadang ada si ibu sanggup nak gugurkan kandungan…

Bab mengidam lain pulak:

“Alah …ngada-ngada je tu…jangan layan sangat tekak tu…”
“Alah aku dulu pun mengandung jugak tak de lah mengada cam ni…”

Yang tak merasa tak apa, yang merasa tu Tuhan je tahu. Bukan dibuat-buat tapi tulah ajaibnya ibu mengandung, kalau nak tak boleh ditahan-tahan.

Para suami selagi mampu dan tak pelik tolonglah tunaikan apa hajat isteri. Tak berbaloi pun kalau dibanding dengan sakit mengandung dan melahirkan.

Bab temankan checkup lain pula reaksinya:

“ alaa..aku dulu pergi sendiri je…ok je…”
“Alaa cuba lah belajar berdikari…”
Lain orang lain sifatnya. Kadang bukannya isteri tak pandai pergi sendiri, tapi sekadar nak nikmati momen indah tu bersama-sama.

Jadi setiap percakapan tu walaupun bukannya berniat apa-apa, kadang-kadang boleh menggores hati. Bila mengandung hati lebih sensitif, maka tak salah kalau orang sekeliling jaga pertuturan.

Buat para ibu, selagi mampu, cubalah untuk berfikiran positif. Kalau ada yang toxic di kalangan anda cuba lah untuk “masuk telinga kanan keluar telinga kiri”

Sebab emosi kita sangat penting untuk anak kita. Insya-Allah kadang bersifat ‘tak ambil pusing’ kata kata orang ni sangat berguna untuk kita lebih harmoni dan bahagia.

#ummikhairullah

Kredit: Adawiyah Abdul Rahman

Mama jom rileks jap, klik link ni!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy