Risau pula setiap hari tengok anak-anak bercakap kuat, menjerit. Walaupun ditegur masih lagi bersikap begitu. Mungkin kita sebagai ibu bapa perlu kenal pasti kenapa anak bercakap kuat, menjerit-jerit. Perkongsian daripada Ibu Rose boleh dijadikan panduan untuk kita semua sebagai ibu bapa.
(Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type kanak-kanak di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.)
Kenapa Anak-anak Kecil Bercakap Kuat-Kuat?
Sebab bila dia bercakap perlahan kita tidak beri dia perhatian
Lagi pun bila bunyi bising, contohnya lagu dipasang kuat dalam kereta, atau bunyi enjin kuat, anak-anak itu cuba ambil perhatian lalu bercakap kuat.
Itu sebabnya cara mengubat yang paling mujarab, beri perhatian bila dia minta sesuatu, dengar dan beri tumpuan.
Caranya begini:
1.Beri perhatian dengan apa yang dia mahu sampaikan. Melutut dan pandang wajahnya.
2.Respon pada keinginannya dengan suara perlahan dan tidak menjerit. Sama ada anda akan penuhi atau tidak, itu perkara ke dua.
3.Dimasa yang lain, selalulah pesan dan ingatkan dia, jika dia hendak sesuatu, minta dengan baik, cakap dengan suara tidak menjerit dan nyatakan kalau dia menjerit anda tidak akan layan permintaannya.
4.Jangan layanlah jika dia menjerit.
Mudah kan!
Sumber: Salam kasih, Ibu Rose