Ramai yang bertanya mengenai isu anak-anak tidak mahu ke tadika kerana cikgu tersangat garang, marah-marah dan kuat menghukum fizikal dan kata-kata kasar.
Ini jawapan Ibu Rose;
Anak-anak kecil tidak pandai menyorok perasaan mereka. Terutama jika mereka tidak berasa selamat.
Jika mereka menangis takut nak ke tadika kerana cikgu sangat garang dan sepertinya…jangan ambil mudah ketakutan anak itu.
Selidik, apakah yang sebenarnya terjadi. Betul ke guru itu sangat garang atau suara dia sahaja yang kuat sebab ramai anak murid? Jika itu halnya, maka perbetulkanlah pesepsi anak anda itu. Kenalkan dia semula kepada gurunya dan terangkan mengapa gurunya terpaksa bercakap kuat.
Jika betul cikgu itu terlalu garang dan marah-marah tidak bertempat, menghukum dengan kasar dan tidak berpatutan serta menggunakan pendekatan yang mengerunkan anak-anak kecil, berbincanglah dengan guru itu secara baik dan professional untuk dia berubah.
Jika cikgu itu masih hendak garang dan marah-marah tidak bertempat juga, maka usahlah diteruskan meletak anak kecil anda di dalam kandang singa atau harimau itu. Keluarkan dia dan cari tempat yang lebih baik. Ada banyak tadika di Malaysia ini yang memberi latihan baik kepada para guru mereka.
Ads
Ramai para guru yang sayang dan sabar mendidik anak-anak murid mereka. Cari mereka dan biarlah mereka ini yang mendidik anak-anak anda. Mereka layak mendidik anak-anak bakal pemimpin ummah ini. Dan jangan beri anak anda kepada mereka yang mengunakan kerja mereka untuk melepaskan marah di hati mereka kerana kecewa dengan kehidupan mereka lalu melepaskan kepada anak-anak kecil yang tidak berdosa!
Ketahuilah anda ada kuasa untuk menentukan apakah jenis tadika yang boleh terus maju dan bertapak di negara ini dengan memilih tadika yang layak mendidik anak-anak kecil ini dengan baik.
Bagi yang beranggapan, biarkanlah anak-anak kecil itu menjadi tough sikit….hmmm…. kalau cikgu tu marah bertempat dan marah dengan berhemah, ia akan melahirkan toughness for the right reason di dalam perwatakan anak.
Tapi kalau guru itu garang dan marah-marah tidak bertempat, menghukum dengan kasar dan tidak berpatutan serta menggunakan pendekatan yang mengerunkan anak-anak kecil serta menjadikan anak-anak kecil itu ‘punching bag’ mereka, itu tidak akan menjadikan anak anda tough, tetapi jadi hati keras, rosak hati, rosak jiwa kerana perkembangan EQnya terbantut!
Ads
Dari mana anak-anak kecil belajar mengenai perasaan, emosi dan cara mengawalnya?
Ya, dari orang-orang dewasa di sekeliling mereka. Nah, jika mereka di kelilingi oleh orang-orang dewasa yang tidak tahu mengawal perasaan…agak-agaknya apa yang anak itu belajar? Lepas itu anda ibu bapa pening kenapa anak-anak anda menjadi degil atau mudah menangis, suka bergaduh dengan adik beradik dan mula marah-marah dengan anda dan orang di sekeliling mereka. Bila tidak dapat apa yang dihajati, maka marah-marah adalah solusi mereka.
Maka, nak terus letak lagi anak-anak anda di dalam kandang harimau tu atau hendak selamatkan dia?
Bunyi macam Ibu marahkan? Ya Ibu marah sebab tidak sepatutnya anda meletakkan anak-anak anda di dalam tempat sebegitu. This is TOUGH LOVE. Ramai lagi guru-guru yang baik akhlak dan hati mereka. Mereka ini memang jiwa pendidik.
Janganlah memberi anak anda kepada orang yang tidak suka apa yang dia lakukan dan melakukan dengan terpaksa…itulah sebabnya dia asyik marah-marah tidak bertempat.
Ads
Namun, Ibu bukan menyuruh anda membenci guru-guru yang sedemikian. Rasalah belas kepada mereka kerana mereka itu sebenarnya ‘sakit’ di dalam diri mereka. Doakan sahaja mereka akan tersedar dan dapat memperbaiki diri. Kasih sayang anda kepada insan beginilah yang boleh menyedarkan mereka, dengan izin Allah. Itu pun jika mereka itu mahu berubah.Namun, buat masa mereka masih belum, selamatkan anak anda!
*Ingatlah bukan semua guru garang tidak bertempat. Ramai yang baik dan berjiwa pendidik. Oleh itu jangan kutuk profession perguruan ini. Ianya mulia. *
Apa yang kita tidak suka ialah perbuatan sesetengah guru kerana mereka tidak menghayati apakah maksudnya seorang pendidik itu. Mereka tersalah cara yang boleh membawa kepada kerosakan kepada hati dan jiwa kanak-kanak kecil itu yang sepatutnya mereka bina. Doa Ibu agar Allah memberi mereka ini petunjuk.Marilah doakan bersama-sama.
Syabas kepada para guru yang mendidik penuh sedar diri, kasih sayang, bertanggungjawab dan berwawasan tinggi.
Anak anda adalah tanggungjawab anda memastikan keselamatan dan pertumbuhan dirinya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang risau apabila anak prasekolah iaitu usia lima atau enam tahun tidak menjawab soalan atau bercakap sendirian. Jika bercakap pun, tidak menjawab soalan. Malah menurut terapis pertuturan ini, ia dikatakan antara kesan penggunaan gajet yang salah. Penjelasan Izzati Wan Azlee Terapis Pertuturan daripada Excel Qhalif diharap dapat memberi manfaat kepada ibu bapa.
“Anak saya boleh bercakap, tapi tak boleh jawab soalan”
“Anak saya ada words, tapi sangat limited”
“Anak saya pandai cakap, tapi pendek-pendek”
“Kalau dia main sorang-sorang dia cakap, tapi kalau saya tanya dia tak jawab”
Persoalan tersebut kedengaran familiar? Atau mungkin itu jugalah yang berlegar-legar di fikiran anda? Sebagai Speech Therapist, itu adalah antara beberapa keluhan dan persoalan yang sering kami hadapi tatkala berdepan dengan parents kepada anak yang mengalami masalah komunikasi.
Sedar atau tidak secara realitinya ramai parents di luar sana membiarkan anak-anak mereka berkawan rapat dengan gajet. Kini dalam era yang serba canggih dan moden, tidak dapat dinafikan memang dunia anak-anak kita lebih terjerumus kepada dunia robot (a.k.a gajet). Pendedahan kepada tablet, handphone, computer dan tv kepada anak-anak telah menjadi satu kebiasaan pada masa kini. So, jika terlihat anak-anak kecil memegang handphone atau tablet di tangan mereka—bukan satu situasi yang mengejutkan. Malah ramai mengatakan ianya NORMAL pada masa kini.
Sebagai Speech Therapist, secara peribadi saya juga tidak menghalang anak-anak untuk mendekati dunia gajet. Sememangnya itu adalah zaman mereka. Malahan, mereka belajar banyak perkara melalui gajet itu sendiri. Namun, adakah sampai di situ sahaja peranan kita sebagai parents? Hanya membiarkan anak-anak hanyut bersama gajet mereka sahaja? Tidak! Kita masih mempunyai peranan yang jauh lebih besar daripada HANYA membelikan mereka gajet semata-mata.
Anak-anak membesar sesuai dengan corak kehidupan mereka. Maka tidak hairanlah sekiranya kita pernah terjumpa dengan satu situasi di mana seorang anak yang mungkin sedang memegang gajet di tangan mereka sambil mulut mereka mengajuk satu dialog kartun yang mereka pernah dengar. Sama skripnya sama intonasinya.
“ oh no, what happen”
“Johny-Johny yes papa!”
“Ops, sorry. Its okay. I’m fine, thank you”
“What is your name? You are not Lala? You are Ms. Jenny! Oh no!”
Memang ianya kedengaran comel dan lucu. Namun sedarkah kita bahawa ianya boleh bertukar kepada satu perkara yang membimbangkan dan menyedihkan. Kenapa? Kerana tanpa kawalan dan pengawasan, anak-anak sebenarnya sedang belajar bercakap daripada sebuah mesin atau robot—iaitu GAJET! Iya, memang mereka sedang mempelajari sesuatu—memang mereka sedang bercakap, tapi adakah ia merupakan KOMUNIKASI bermakna? Adakah berlakunya komunikasi 2-hala di situ?
BERCAKAP seperti ROBOT—intonasi yang sama walaupun berulang-ulang kali diungkapkan—dialog yang sama dituturkan walaupun pada situasi berbeza—jawapan yang sama terhadap soalan yang berbeza atau tiada langsung respon apabila diajukan soalan. Itulah definisi percakapan robot secara ringkasnya! Kerana itu, anak-anak kita boleh bercakap tetapi tidak pandai menjawab soalan. Mengalami kesukaran untuk mem-variety-kan ayat mereka. Sukar berinteraksi dengan orang lain dan lebih banyak bercakap serorang diri.
KOMUNIKASI 2-HALA
Komunikasi yang bermakna adalah komunikasi 2-hala. Iaitu yang melibatkan turn taking dalam komunikasi—anak bercakap, parents mendengar—parents bercakap, anak mendengar—anak bertanya, parents menjawab—parents bertanya, anak menjawab. Secara ringkasnya itulah corak komunikasi yang kita semua inginkan. Kita mungkin tidak expect anak untuk menjawab kesemua soalan kita dengan betul, tapi at least mereka dapat berikan respon terhadap persoalan kita. Salah atau betul jawapan mereka—itulah proses pembelajaran untuk mereka!
Oleh itu, perbanyakkanlah interaksi bersama anak-anak. Tontonlah segala macam kartun, movie atau nursery rhymes BERSAMA-SAMA mereka—kerana di situlah kita dapat memainkan peranan sebagai GURU kepada anak-anak. Sambil menonton, sambil bersembang—komunikasi 2-hala! Interupt anak-anak semasa mereka sedang menonton tv atau bermain bersama tablet. Berinteraksilah dengan mereka. Jadikan tv atau tablet tersebut hanya sebagai medium perbualan atau alat untuk menarik perhatian dan minat mereka. Bukannya sebagai guru yang melekakan mereka.
Anak mungkin sedang mempelajari tentang buah-buahan daripada tablet—A for apple, B for banana. Maka apabila mereka melihat pisang di supermarket, secara automatic ayat yang terkeluar daripada mulut mereka adalah ‘B for banana’. Memang ianya tidak salah—tapi hanya sekadar itu sahaja. Berbanding kalau mereka pelajarinya daripada parents—Look, banana! Yellow banana. Yum…yum..yum…eat banana. Yummy! So input yang mereka terima adalah lebih banyak dan variety. Dan kemungkinan ayat yang mereka akan cakap sekiranya nampak pisang adalah ‘yellow banana! Yummy!’—lebih appropriate dan bermakna!
Kesimpulannya, anak-anak memang cepat belajar melalui apa yang mereka lihat dan dengar. Kebolehan mereka untuk mengingati sesuatu sememangnya jauh lebih hebat daripada kita yang dewasa. Oleh itu, gunakan lah kelebihan mereka ini dengan sebaiknya. Biarlah mereka berguru dengan KITA dan bukannya daripada ROBOT! Sekiranya anda ingin mereka berkomunikasi seperti manusia—maka bermain/berinteraksilah dengan mereka. Namun sekiranya anda ingin mereka berkomunikasi seperti robot—maka biarkan dunia mereka dengan gajet.
Lama tak dengar cerita anak arwah Abam Bocey. Pejam celik, pejam celik, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey dah pun berusia 2 tahun lebih. Kejap je dah besar!
Menerusi perkongsian video terbaru di Instagram Hidayah, dia telah berkongsi aksi Hamzah yang sedang lincah bermain bola di kawasan rumah.
Jelas terpancar kegembiraan dan keseronokan anak arwah Abam ini dikelilingi dengan sepupu-sepupunya. Walaupun hanya sempat merasai kasih seorang ayah sehingga usianya 8 bulan, tetapi ia bukan penghalang untuk si comel ini membesar dikelilingi saudara mara terdekat.
Apa yang membuatkan orang ramai tersenyum melihat video tersebut adalah, aksi ‘terkedek-kedek’ Hamzah berlari sambil memegang bola dan memakai kasut pink sungguh mencuit hati. Walaupun ‘Abam Sado’, pakai kasut pink terus nampak cute.
Dalam kapsyen yang ditulis Hidayah itu, Hamzah seronok dapat bermain bola bersama kakak-kakak dan abang-abang.
Selain itu, video yang berdurasi seminit lebih itu mendapat pelbagai komen dan ramai yang geram melihat gelagat Hamzah dan ada yang menyatakan makin Hamzah besar, saling tak tumpah macam arwah Abam.
Bantal Ayah peneman ke mana-mana
Sementara itu, Hidayah juga ada berkongsi perangai Hamzah, setiap kali nak tidur, mesti bantal Ayah kena ada. Ibaratnya seperti Ayah ada di mana-mana. Walaupun hanya gambar semata-mata, ia dah cukup untuk melepaskan kerinduan yang tiada penghujungnya.
Macam anak-anak orang lain di usia kecil boleh bermanja dengan ayah tapi Hamzah anak yang kuat dan seolah dia faham. Inilah kenangannya sampai bila-bila.
Moga Hidayah dan Hamzah dapat terus mengecapi nikmat kebahagiaan hidup dan sentiasa dalam rahmat Allah. Orang baik semua sayang!
Kredit: IG hidayah_hamzah
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doktor selebriti, Dr. Say, tidak menyangka anak sulungnya mempunyai simptom autism sehinggalah dia berjumpa dengan pakar perkembangan kanak-kanak.
Dia turut berkongsi di laman instagram bagaimana mereka suami isteri mengesyaki anaknya mempunyai simptom autism dan bagaimana cara mereka menghadapinya. Ikuti perkongsian ini.
Anakku Moderate Autism
Lama dah tak karang cerpen ber-part-part ni tapi saya rasa topik ni tak muat satu part. Ceritanya gini, wife saya perasan anak sulung kami Aezriel atau nicknamenya Ace kurang eye contact seawal dia berumur 6 bulan. Secara teorinya babies make eye contact around 3 months of age. Avoidance of eye contact ni is a very strong possible indication of autism. Tapi biasalah kami (lebih kepada saya) bagitau untuk “bagi masa dulu”. Bila Ace dah 9 bulan, wife perasan another red flag yakni Ace tak respond bila kami panggil nama dia. Biarpun panggil Aezriel ataupun Ace, dalam 10 kali panggil ada lah sekali atau 2 kali dia pandang tu pun sekilas lalu ja.
Masih Terlalu Awal Untuk Diagnos Autism
Time tu bini start tengok video pasal autism & somehow banyak traits yang ada pada Ace tapi yelah hard to be 100% sure sebab masih terlalu awal. Ace tak tunjuk typical behaviour macam jalan berjengket, tangan ber-flapping tapi dia ada susun kereta in one line yang kalau kami kacau susunannya dia tak marah, bila bermain dia kadang-kadang join budak lain & kadang-kadang dia main sendiri. Jadi saya agak sukar nak pick up whether ini betul autism atau just developmental delay tapi bini dah menangis-nangis sebab dia tersangat yakin yang something is “different” with Ace.
Buat Pemeriksaan Ketika Umur 1 Tahun 6 Bulan
Maka masa Ace 1 tahun 6 bulan (Nov 2020) we decide to assess Ace. Again masa ni pun masih terlalu awal untuk buat diagnosis what Ace is having tapi keputusan assessment tu tang social skill Ace memang jauh ketinggalan berbanding development yang lain. Maka kami start Ace on ABA therapy di @fitincdc untuk 6 bulan dari dia setahun 7 bulan (Dec 2020) sampai lah dia 2 tahun (May 2021). A lot of improvement seen tapi memandangkan ada pelbagai kekangan kami terpaksa hentikan terapi Ace. Masa ni pun kami dah dapat date untuk berjumpa pakar perkembangan kanak-kanak which was on 13 Oktober baru-baru ni (buat appointment sejak Mac 2021).
Ace Moderate Autism
Jadi 13 Oktober kami bawak Ace berjumpa paeds developmental specialist, Dr Cindy di @sunwaymedical. Maka assessment by Dr Cindy terhadap Ace bermula. Macam-macam yang di-assess-kannya sampai almost sejam setengah. Tu pun assessment terpaksa dipercepatkan sebab Ace dah restless, menangis-nangis tarik tangan saya & bini ajak kami balik. Tapi Dr Cindy cekap, tak perlu masa yang lama untuk dia come to a final diagnosis yang Ace moderate autism. Terduduk saya dibuat perkataan “moderate” tu. Saya menjangkakan yang Ace hanyalah mild autism sebab bagi saya tak berapa kuat ciri-ciri autisticnya. Dunia saya jadi blank. Saya tak boleh terima.
Terdiam, Hanya Mampu Menangis
On the way back saya terdiam because its too much for me to grasp. Soalan yang sama keep on berulang dalam kepala saya “Kenapa kena dekat Ace? Dia bijak, ceria & comel. Kenapa dia?”. Menangis saya sepanjang perjalanan pulang sebab autism ni bukan macam penyakit yang makan ubat boleh sembuh but its a condition yang akan stay with him lifelong. Tulis ni pun buat saya berlinang peeps. Inilah sebabnya why it took me a while to share this with the world. Mak saya, bini saya larang saya cerita benda ni tapi i think its necessary so that parents out there ambil peka dengan perihal & perkembangan anak-anak. Jangan jadi alpa seperti saya “takpe bagi masa dulu” atau “biasela anak lelaki cakap lambat”.
My Son Is Gifted
Slowly i am accepting the fact that my son is gifted. Sedih, menangis, menyesal tak berguna sebab it wont change the fact that my son is autistic. Apa yang kami perlu lakukan sekarang is help him through intervention. I am lucky & blessed bini peka dengan kelainan Ace awal-awal dulu & mujur kami dah start terapi awal-awal dulu or else mungkin lain diagnosis Dr Cindy terhadap Ace. InsyaAllah November kami akan start terapi Ace di @fitincdc sekali lagi. Kalau dulu 2 kali seminggu terapinya, kali ni kami tingkatkan kepada 3 kali seminggu. Gonna give my best to my son. Daddy is going to stay with u till my last breath.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak...