Murahnya rezeki Adira Suhaimi. Tatkala anak kedua masih belum cecah setahun dia hamil lagi.
Ibu kepada dua cahaya mata comel, Anggerik, 2 tahun & Assan, 8 bulan ini tidak mengetahui dirinya sedang mengandung. Penyanyi lagu Pujaan Hati Kanda ini hanya menyedari dirinya sedang hamil anak ketiga apabila kandungan memasuki bulan ke-5.
TIADA ALAHAN & PERUT KECIL
Menurut Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 28 tahun, selain tidak mengalami sebarang alahan. Saiz perutnya juga agak kecil membuatkan dia tidak tahu kehadiran janin di dalam rahimnya.
PENGALAMAN KEDUA HAMIL DI BULAN RAMADAN
Pemenang tempat kedua Akademi Fantasia Musim ke-8 ini mengakui ini merupakan kali kedua dia mengandung di bulan Ramadan.
Ads
LIMA BULAN BARU TAHU, DOKTOR TEKAN ADA BAYI
Adira juga memberitahu Mstar dia hanya mengetahui diri hamil ketika usia kandungan mencecah lima bulan. Ia hanya disedari ketika membuat pemeriksaan kesihatan. Semasa doktor tekan bahagian terbabit, rupanya ada bayi.
“Sejujurnya saya tidak tahu saya sedang hamil. Tiada alahan, perut pun leper sahaja. Sehingga kandungan memasuki usia lima bulan, itu pun selepas saya berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan. Bila doktor tekan, baru tahu ada baby.”
Adira ditemui Mstar di majlis Pelancaran Koleksi Raya Hermanas x Adira di Work @ Nest, The Curve, Damansara.
Ads
MERAHSIAKAN JANTINA
Dalam pada itu, Adira yang merahsiakan jantina bayinya itu. Ibu muda ini tidak kisah sekiranya dikurniakan bayi lelaki atau perempuan kerana dia kini adalah ibu kepada sepasang cahaya mata.
“Jantina anak saya tak scan lagi. Biarlah ianya menjadi kejutan buat semua. Saya tidak kisah soal jantina kerana sudah ada Anggerik (perempuan) dan Assan (lelaki). Untuk kehamilan kali ini saya tidak kisah lelaki atau perempuan asalkan dia sihat,” kata Adira.
TIDAK MENOLAK ANAK RAMAI
Ads
Anak ramai memang menyeronokkan. Penyanyi berasal dari Sabah ini juga tidak menolak sekiranya dikurniakan anak yang ramai.
“Kalau boleh nak merancang juga tapi sudah rezeki. Saya okay sahaja kalau anak ramai. Lagi seronok. Cuma awal-awal tu mungkin susah sedikit,” katanya.
Adira telah berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015. Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya iaitu Anggerik pada 10 Mac 2017 manakala anak kedua iaitu Assan pada 9 September 2018.
Ketika kehamilan, mual dan loya adalah perkara biasa yang sering dialami oleh ibu mengandung terutamanya ketika di trimester pertama. Perkara ini disebabkan oleh meningkatnya hormon B-HCG fan progesteron yang mencapai puncaknya pada usia kehamilan sekitar lapan minggu. Keadaan hormon ini dipengaruhi oleh pencernaan dan penghasilan air liur yang membuatkan anda terasa ingin meludah, mual dan menginginkan makanan tertentu atau lebih dikenali dengan mengidam.
Trimester Pertama
Dalam keadaan hamil juga, ibu lebih sensitif terhadap bau tertentu yang membuatkan terasa ingin muntah. Mengidam merupakan tanda bahawa ibu hamil memerlukan makanan tertentu. Contohnya jika wanita hamil mengidam sesuatu yang masam itu tandanya badan sedang memerlukan vitamin C. Pada usia kehamilan ini, adalah sebaiknya ibu-ibu mengelakkan daripada mengambil daging merah dan juga jauhi asap rokok serta minuman alkohol. Biasanya pada trimester pertama ibu-ibu akan mengalami mual, muntah-muntah dan juga lelah.
Cara mengatasi:
Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap
Minum air halia panas atau suam, air putih, air putih dengan perahan lemon, yogurt, jus tembikai atau melon bagi menggantikan cecair yang hilang kerana loya dan muntah.
Untuk sumber karbohidrat, pilih roti bakar dengan sapuan jem stawberi atau salad aneka sayuran dengan sos ringan daripada minyak zaitun atau minyak sayur yang diperasakan dengan jus lemon.
Siapkan biskut, epal atau pisang di dalam beg tangan dan juga di tempat kerja supaya anda dapat mengudapnya setiap kali lapar atau selepas muntah.
Trimester kedua
Masuk sahaja trimester kedua kehamilan, anda biasanya sudah tidak mual dan muntah lagi. Malah selera makan sudah kembali bahkan lebih meningkat. Rasa lapar yang meningkat itu disebabkan oleh bayi dalam kandungan yang semakin membesar dan memerlukan nutrisi tambahan. Sebaiknya anda menahan diri dan makan makanan yang jelas kualiti dan nutrisi untuk kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.
Cara mengatasi:
Minum air kosong lapan gelas sehari atau lebih jika anda seorang yang aktif dan turut bersukan ketika hamil.
Pastikan makanan yang diambil mengandungi khasiat yang berkualiti seperti daging dan ayam tanpa lemak, buah-buahan dan sayuran.
Sediakan makanan seperti kismis, kekacang dan buah di dalam beg tangan dan tempat kerja anda.
Makan dengan kerap tetapi tidak lebih dari enam kali. Makan terlalu banyak atau terlalu kerap boleh menyebabkan perut anda kembung dan anda mengah.
Selalu pantau berat badan supaya keadaan kandungan dan anda berada dalam keadaan baik dan sihat.
Trimester ketiga
Seiring dengan perkembangan bayi dalam kandungan yang semakin membesar, ruang dalam perut juga semakin menyempit. Keadaan ini akan membuat ibu hamil berasa cepat kenyang. Justeru selera makan sedikit merosot pada usia kehamilan ini. Namun ada juga yang meningkat. Apa yang pasti di trimester ketiga anda memerlukan lebih tenaga untuk persiapan bersalin. Ketika usia kehamilan ini juga ibu hamil biasanya akan mengalami berat badan berlebihan, konstipasi dan juga heartburn.
Cara mengatasi:
Jangan lupa untuk mengambil karbohidrat dan lemak bagi memenuhi kalori yang diperlukan ketika bersalin. Ubi kentang, roti, kekacang, bijirin dan susu. Untuk sumber lemak pula sebaiknya anda makan telur, daging, mentega susu dan lain-lain.
Pengambilan air yang cukup amatlah penting pada trimester ketiga. Selain lapan gelas air kosong, pengambilan jus buah-buahan, makanan berkuah dan juga buah-buahan segar adalah digalakkan. Hindari minuman bergula dan juga minuman ringan.
Pengambilan serat juga penting ketika ini kerana ia dapat membantu anda daripada konstipasi atau sembelit. Tapi sayuran yang dimakan perlulah dimasak terlebih dahulu kerana ibu hamil tidak digalakkan makan makanan mentah selain buah-buahan.
Menjadikan buah-buahan sebagai snek untuk menjaga berat badan agar seimbang dengan usia kehamilan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fetal distress istilah ini mungkin terasa baru bagi anda yang hamil buat kali pertama. Sebenarnya ia merupakan masalah kelahiran yang serius dan perlu diberi perhatian.
Fetal distress merupakan satu situasi di mana janin mengalami tekanan dan seterusnya menyebabkan dia lemas kerana kurang mendapat bekalan oksigen ketika anda sedang sakit bersalin sehingga boleh mengancam nyawa bayi. Untuk menyelamatkan bayi tersebut, pembedahan ceasarean harus dilakukan segera.
Selain bekalan oksigen yang tidak mencukupi, fetal distress juga boleh berlaku oleh pelbagai sebab. Antaranya saiz janin kecil daripada purata, kontraksi berlaku terlalu cepat atau terlebih hari (overdue). Jika kehamilan bermasalah, ia mungkin akan menjejaskan kelahiran bayi tersebut. Kemungkinan besar janin lebih mudah mengalami fetal distress sekiranya anda mempunyai diabetes atau pra- eklampsia; darah tinggi, hamil kembar atau lebih dan berusia 35 tahun ke atas.
Tanda fetal distress
Pergerakan bayi kurang
Sekiranya ini berlaku, ia harus dipantau oleh doktor. Ada kalanya bayi tidur di dalam rahim, sehingga menyebabkan kurang pergerakan. Tetapi, jika pergerakannya berbeza daripada biasa, anda perlu berjumpa doktor untuk memastikan dia tidak berada dalam situasi yang bahaya.
Pergerakan bayi biasanya mantap sekitar 28 minggu. Jika anda berasa pergerakan bayi telah berhenti atau menurun, maklumkan doktor supaya pemeriksaan boleh dilakukan dan dapat memastikan bayi sihat dan selamat. Doktor perlu melakukan ujian bukan tekanan (NST), di mana dua buah alat pengikat pinggang diletakkan pada perut anda untuk mengukur kadar jantung bayi dan kontraksi.
Pendarahan ketika hamil
Keadaan ini juga merupakan salah satu penyebab gangguan bekalan oksigen kepada bayi kerana pendarahan ketika hamil menyebabkan kerosakan uri seperti yang berlaku pada accidental hemorrhage.
Toxemia
Rangkaian penyakit yang terdiri daripada tekanan darah tinggi, kencing yang mengandungi protein dan bengkak kaki/edema turut menjadi penyebab gangguan bekalan oksigen kepada bayi.
Lilitan tali pusat
Tali pusat terlilit pada sekeliling leher bayi khususnya lilitan yang banyak boleh menyebabkan bayi lemas ketika bersalin. Keadaan ini dapat dikesan dengan ultrasound scanning.
Cephalo pelvic disproportion (CPD)
Keadaan yang berpotensi menimbulkan situasi bayi lemas ialah rongga punggung anda yang sempit iaitu cephalo pelvic disproportion (CPD). Biasanya ukuran tinggi anda rendah iaitu kurang daripada lima kaki.
Punggung leper
Kadangkala bentuk rongga punggung si ibu yang tidak bulat tetapi leper juga menyebabkan bayi lemas. Adakala kepala bayi memasuki rongga punggung dalam keadaan senget dan ini menyebabkan proses bersalin memakan tempoh yang panjang dan akhirnya bayi lemas.
Pintu rahim tidak terbuka
Pintu rahim yang tidak mahu terbuka ketika bersalin dan berterusan juga penyebab bayi lemas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum bercakap dan bertanya sesuatu perkara kepada wanita hamil, anda kena sentiasa ingat yang dia sedang melalui fasa perubahan hormon, bentuk fizikal sehingga menjadikannya mudah menjadi sensitif. Ambil tahu dan elakkan soalan-soalan seperti berikut.
1. Mengandung lagi ke? Bila nak bersalin?
Anda perlu tahu bahawa tempoh kehamilan mengambil masa sehingga 40 minggu atau lebih. Sudah tentulah ia mengambil masa yang panjang sebelum tiba masa untuk bersalin.
2. Mengandung kembar ke ni?
Saiz perut ketika hamil boleh menimbulkan isu sensitif. Jika saiz perutnya kelihatan besar pada pandangan anda, jangan sesekali ditanya soalan sebegini. Dibimbangi soalan itu membuatkan wanita hamil beranggapan bahawa perutnya terlalu besar untuk memuatkan seorang bayi.
3. Nanti nak ambil epidural ke? Tahu tak saiz jarum tu?
Jangan sesekali menakut-nakutkan orang lain yang tidak pernah melalui pengalaman yang sama seperti anda. Lebih-lebih lagi jika wanita hamil itu sedang menunggu hari untuk bersalin.
4. Anak lelaki/ perempuan lagi?!
Jantina anak bukanlah sesuatu yang boleh dipilih. Ia adalah rezeki yang sudah ditentukan oleh Tuhan.
5. Kenapa awak seorang je yang panas?
Apabila usia kehamilan bertambah terutamanya di akhir trimester, kebanyakan wanita hamil akan mengalami situasi di mana akan kerap berasa panas disebabkan peningkatan jumlah darah dalam tubuh. Jadi, adalah normal bagi wanita hamil untuk sentiasa berasa panas sedangkan anda rasa di sebaliknya.
6. Berapa lama agaknya boleh kembali kurus lepas bersalin?
Wanita hamil itu belum pun selamat melahirkan anaknya, anda sudah bertanya soalan sebegini. Soalan ini tidak patut ditanya kerana ia mungkin boleh membuatkan wanita hamil itu stres dengan berat badannya.
NAK HAMIL, TETAPI TIADA REZEKI
Kebanyakan wanita yang sudah bersedia melangkah ke alam perkahwinan biasanya sudah mula menyiapkan diri untuk hamil dan menjadi seorang ibu, Peluang untuk hamil berbeza bagi setiap wanita. Mungkin mudah untuk sesetengah wanita, tetapi sukar untuk yang lain.
Sebagai salah satu inisiatif untuk hamil, wanita perlu tahu waktu yang sesuai untuk mengadakan hubungan seks bersama suami. Sebaiknya-baiknya jika anda dan suami merancang untuk hamil kali pertama atau kandungan seterusnya, haruslah merancang sekurang-kurangnya enam bulan sebelum itu.
Anda perlu tahu waktu subur dan tidak boleh leka dengan waktu kitaran haid. Setiap tarikh datang haid perlu dicatat supaya tidak timbul kekeliruan atau tersakah kira waktu subur. Kitaran dikira bermula dari hari pertama datang haid terkini sehingga tarikh datang haid bulan berikutnya. Kitaran haid yang normal biasanya 28-30 hari. Sesetengahnya pula boleh mengalami kitaran haid yang lebih pendek atau lebih panjang, melebihi 40 hari. Dapatkan nasihat daripada doktor atau jururawat perbidanan untuk mengetahui waktu ovulasi anda yang sebenarnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...